February 12, 2011

trivia hantu kak limah

filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang berjaya berdasarkan kutipannya. itu dah cukup bukti.
 
secara personal, filem ini okey. cukup sekadar okey. boleh diterima tapi tidak la berapa kuat sebab tak ada element kuat untuk saya rasa begitu.


pendapat saya bukan releven pun kan?

dua kali jugak saya melayan filem ini. dan ada beberapa perkara saya perasan. antaranya:

1. Pak Joko, bomoh dari indonesia. waktu adegan dia menurun, baca mantera, pada asalnya saya tak perasan apa yang dibaca, tapi sebenarnya, itu semua istilah saintifik. semua ada dalam periodic table. cuba tengok balik.

2. cerita ini adalah cerita futuristik, sebagai plot berlangsung sekitar 2013. kenapa saya kata begitu? ya, tak ada seekor karakter pun kata begitu atau sebut tahun 2013. memang tak ada.

klu dia ada pada adegan bapak Che Nin bawak Husin ke kubur Che Nin. perasan atau tidak, hayat Che Nin di batu nisan, 1987-2010.

dikatakan, Che Nin meninggal enam bulan selepas Husin pergi ke Singapura (ada diberitahu pada awal cerita). konklusinya, cerita ini berlaku sekitar 2013. haha.

secara keseluruhannya, filem Mamat Khalid ini ada mesej tersendiri yang mahu disampaikan kepada penonton. ada banyak elemen yang disentuh yang aku sendiri berbelit-belit untuk tulis di sini. sebab dah beberapa kali tulis-padam-tulis-padam. haha

belum tengok? tanya kawan2 yang ada download tu. sedut je.

1 comment:

husna nabila said...

hahahaha.. tu la..
cite ni dah la best ..
hahahaha

sbnrnye myk lagi bnde die nak perli
hahahah

buat filem pakai duit ptptn..ahhaha kelakar giler