anak kucing kelabu itu dari malam semalam mengiau dengan kuat. mencari ibu. dia sangat lapar, dan mengharapkan ibu pulang untuk menyusukannya.
apabila kita membesar dengan kucing di sekeliling kita, kita boleh faham apa kucing itu mahu. tak ada kuasa special pun untuk faham hati kecil anak kucing kelabu itu.
pagi tadi, awal-awal lagi dia mengiau lagi. sampai serak suaranya. anak kucing kelabu itu, satu lagi mangsa pembuangan anak.
suara tangis anak kucing kelabu itu pun boleh runtuhkan hati manusia, apatah lagi tangisan anak manusia.
1 comment:
suka dgn kucing, sedih bila tngok kucing berkeliaran, tp tak mampu mengambil semuanya....
Post a Comment