beberapa hari lepas, kawan saya dari Mesir datang melawat saya dan yang lainnya di kampus. dia dulu belajar di sini, amik course degree in biotech. sampai sem 3, ada rezeki untuk dia belajar di Mesir, ambik medic. alhamdulillah, tercapai jugak hasratnya untuk ke sana.
kami lepak bersama, cerita macam-mcam cerita, dari isu Hosni Mobarak, isu belajar hinggalah isu merepek. main gitar, lepak di kedai makan, semua la. dari apa yang saya nampak, perubahan sikap itu ada dalam dirinya. ada azam yang kuat untuk belajar, dan mempraktikkan apa yang dipelajari. lebih dekat dengan agama Tuhan dan lebih matang. alhamdulillah~
saya berharap, saya mampu jadi seperti dia. matang dalam pemikiran, matang dalam perbuatan. saya kagum, kerana dalam tempoh 5 bulan dia di Mesir, ada banyak perubahan sikap dalam dirinya, walaupun dari luar, masih gila-gila seperti dahulu.
saya harap minda saya cukup kuat untuk melakukan perubahan. amin~
2 comments:
amin sentiasa menjengah....
semoga dipermudahkan urusan...
Post a Comment