February 4, 2011

anak jiran belakang rumah

petang itu Amin dah berjanji dengan Halimah anak jiran belakang rumah untuk main badminton sama-sama. cuaca yang redup, tak berapa panas itu sungguh sesuai untuk main badminton. boleh juga bersenam untuk keluar peluh dan juga buang sedikit lemak yang terkandung di dalam perut. apabila tepat pukul 5.30 petang, terkocoh-kocoh dia mengayuh basikal untuk ke taman permainan. dan dia turut berdoa agar petang ini angin tak bertiup kuat. senang nak tunjuk kehebatan dia depan Halimah.

*

kecewa. sebab Halimah anak jiran belakang rumah tak datang-datang. lagi kecewa, dalam perjalanan pulang lewat senja itu, dia nampak Halimah bermain dengan Zaki, kawan sekolah yang jauh lagi comel dari Amin.

2 comments:

Sifu GameMasterZ said...

OMG....ksian.....xpe2 amin...cube lagi...

Mr. TN_SkY said...

=_=...xpe2..xlari gunung dikejar hehe...cuba lagi.


KENALI CIRI PENGIKUT DAJJAL, ADAKAH KITA?