July 26, 2010

Ana Raffali di UniSZA.



ana raffali.

malam tadi dia ada di sini. di unisza.

best. ramai yang enjoy.


masa soundcheck petang tu, aku dan budak2 sekelas pergi jenguk dia. ramai orang di situ tak tau dan tertanya siapa gadis baju kurung pegang gitar dan nyanyi lagu yang sedap bunyinya.

"adik, siapa yang nyanyi kat atas tu?"

"itu la ana raffali"

"artis ke tu?"

"yup artis. best kan lagu2 dia?"

(sekadar mengangguk).

dan abang tu terus jadi pelanggan pertama beli cd ana raffali-ketika aku kecil.

*

masa malam persembahan, ramai jugak yang tertanya2 pasal ana raffali. dan lagu2 dia berjaya pikat mereka yang dengarkan pada kali pertama.

dan walaupun takde kaitan dengan aku, aku sedikit sebanyak tumpang bangga. bangga sebab akhirnya yang lain2 nampak jugak talent dia. bangga sebab akhirnya aku tak layan lagu-lagu dia sorang2.

p/s: buku jayzuan dah ada di rumah. nanti aku mahu buat review di sini.

4 comments:

batumelukut said...

klu sy ingt td, dh lama cabut g sana, haiz

mr kay said...

rugi la tak join..huhu

Maya Liyana Yahya said...

aku pon pelik cmne owg leh tak kenal beliau yg femes + santek ni..haish...
aku yg tak ekot sgt psl dunia musik ni pon leh kenal beliau...haha

Mrymnbhh said...

sy lyn ana tgh hujann..huhu..:)