July 30, 2010

bedah kambing, ternak arnab

sekarang baru bangun dari tidur. dan lepas solat, rasa segar sampai rasa tak perlu tidur balik dah. hakikatnya, minggu ni terasa penuh dan padat je, walaupun isnin dan selasa suppose takde kelas, boleh rilek2.

hari isnin dan selasa, aku terlibat dan bertanggungjawab untuk jaga gerai konvo untuk kelab PRS. agak susah juga nak handle task ni awalnya sebab takde pengalaman lagi. dulu masa matrik, tolong2 gak wak and the geng bukak gerai burger, tapi tolong ala kadar je. so dari pengalaman masa matrik tu je la aku ada nak setup gerai PRS. plus syafik yang dah macam expert berniaga ni, so takde masalah la.

gerai aku jual bunga untuk student2 yang grad hari tuh. dan alhamdulillah, jualan sangat memberangsangkan. at least ada duit diraih untuk PRS buat modal bagi aktiviti2 yang lain. thanks pada yang bagi kerjasama dan thanks jugak pada yang tak bagi kerjasama. haha.

minggu ni jugak untuk kelas anatomy, dah mula main bedah2 binatang. kambing dah dapat seekor for every group. 1st task, potong forelimb, belah kiri, then tengok muscle2 yang ada kat situ, then potong sampai tinggal tulang dan joint. best dan busuk. haha. lab coat aku melekat bau kambing tu, tapi tu sumer takde hal. janji experience tu penting. dapat gak tengok scapula, humerus dan tulang2 lain tu lebih dekat dan real.

dan petang tadi (or petang semalam? dah pagi ni) was a good news for me, and my class. proposal aku untuk ternak arnab akhirnya diluluskan dan kami dapat 5 ekor arnab untuk permulaan. untuk projek ni, still banyak lagi yang kurang aku rasa. so pelan2 la, aku usahakan nak tambah sangkar dan lain2 keperluannya. then, mst important thing, harap semua bagi komitmen la untuk jayakan projek ni. sama2 dapat untung kan?

owh ya. nama2 arnab pun dah ada. ada si Kenanga dan Melur (warna putih) dan Sazali. yang arnab kecik, namanya Laila dan Majnun. haha. sangat klasik.

ada gambar, tapi slow sangat la nak upload gambar sini. hope kalian ok, semua ok. semoga selamat semuanya. amin.

July 28, 2010

fikirkan

kadang-kadang,
rasa terbuang.

tapi syukur,
rasa itu buat aku sendiri,
ambil masa untuk berfikir,
tentang diri sendiri.

ambil masa, sendirian.
fikirkan apa yang ada dalam diri.

*

July 26, 2010

Ana Raffali di UniSZA.



ana raffali.

malam tadi dia ada di sini. di unisza.

best. ramai yang enjoy.


masa soundcheck petang tu, aku dan budak2 sekelas pergi jenguk dia. ramai orang di situ tak tau dan tertanya siapa gadis baju kurung pegang gitar dan nyanyi lagu yang sedap bunyinya.

"adik, siapa yang nyanyi kat atas tu?"

"itu la ana raffali"

"artis ke tu?"

"yup artis. best kan lagu2 dia?"

(sekadar mengangguk).

dan abang tu terus jadi pelanggan pertama beli cd ana raffali-ketika aku kecil.

*

masa malam persembahan, ramai jugak yang tertanya2 pasal ana raffali. dan lagu2 dia berjaya pikat mereka yang dengarkan pada kali pertama.

dan walaupun takde kaitan dengan aku, aku sedikit sebanyak tumpang bangga. bangga sebab akhirnya yang lain2 nampak jugak talent dia. bangga sebab akhirnya aku tak layan lagu-lagu dia sorang2.

p/s: buku jayzuan dah ada di rumah. nanti aku mahu buat review di sini.

July 24, 2010

couple dan putus dan couple lagi

malam ni aku agak beremosi jiwang2 dan ada nada melankolik.

sejak aku putus dengan ex aku, aku takde awek lain. jangan tanya kenapa. sebab aku pun tak tau.

iejat pernah cakap, "kau ni dah lali ke putus bila couple?"

maybe iejat betul. sebab aku dengan ex aku, banyak kali putus, then couple balik. so bila dah banyak kali, aku dah tak rasa apa. haha.

aku memang selalu tertarik pada awek2 ni, tapi usik2 as a friend, ok. untuk kapel2 ni, aku tak rasa buat masa terdekat ni aku boleh bagi komitmen. malas.

pasal jodoh ni, aku percaya, kalau takdir tu kau dah ditakdirkan dengan dia, kau tetap dengan dia. elak macam mana pun, lambat laun kau tetap dapat. kalau dah bukan jodoh, ikhtiar la bomoh ke, kawin kat siam ke, tetap akan wujud masalah nanti.

konklusinya, jangan risaukan sangat soal jodoh unless dah ada cukup duit pinang anak orang.

July 22, 2010

baca puisi

aku dah tengok-tengok pilihan yang ada, dan aku rasa yang ini sesuai untuk dikongsi masa dinner nanti. 


Kemanusiaan.

  
kemanusiaan sebenarnya sudah lama habis
jiwa2 sebenarnya sudah terlalu banyak menangis
kita hidup dalam pembohongan kita hidup dalam kelalaian
kita kata kita bersatu untuk sesuatu yang bernama perjuangan

kita malu untuk mengaku
setiap yang terjadi ini sudah pun dirancangkan
kita malu untuk mengatakan
setiap ini sebenarnya satu permainan

kita suruh anak2 kita pergi berperang
tanpa senjata bagaimana mau berjuang
disedekahkan anak2 kita pada satu ideologi
tapi bisikkan ke telinga ini apa itu yang kau namakan seni

kemanusiaan sudah lama tewas
kita ketawa tetapi dalam hati sangat panas
sudah tidak ada apa yang lagi mau kita katakan harapan2
sudah tidak ada apa lagi semua itu, tuan2 puan2

kita cuma ada mimpi kosong yang akan nyata
cuma ada suatu yang kita nyanyikan sebagai pujangga
hey anak2 muda bangkit dan bangun sekarang
kita mampu menang walau tanpa senjata berjuang

tuhan itu sudah menjanjikan keadilan
dia sudah katakan dia yang maha mendengar maha mengasiahan

engkau cuma bangkit dan berdiri
cuma bangkit dan berdiri
minta apa saja kan diberikan semua
itu senjata kita
itu senjata kita
itu senjata kita

kemanusiaan takkan pernah ada
kalau kita bertopengkan binatang sahaja
kemanusiaan takkan ada
kalau kita cuma mahu hidup sendirian sahaja
sendirian sahaja
apa itu manusia kalau hidupnya ifrad sahaja
ifrad sahaja
ifrad sahaja

manusia,
kita harus bersama

bersama.

p/s: ini bukan hasil tulis saya. pinjam dari kak fynn.

Yuna dan album barunya


 Akhirnya, Yuna akan melancarkan album terbarunya yang bertajuk "Decorate" pada 23 dan 24 Julai 2010 bertempat di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) di Sentul. Yuna yang popular dengan lagu "Dan Sebenarnya" dan "Deeper Conversation" ini sudahpun mengeluarkan sebuah EP pada tahun lepas dan kali ini muncullah album keduanya yang diberi nama "Decorate".

Yuna bukan sahaja akan melancarkan albumnya, malah akan membuat persembahan showcase khas buat peminat dan rakan media yang akan hadir pada 2 hari tersebut. Beliau akan menyajikan 11 buah lagu dari album terbarunya dan beberapa buah lagu dari EPnya. Disamping itu, album terbaru beliau juga akan dijual pada hari pelancaran tersebut dengan harga yang lebih murah berbanding di kedai-kedai muzik. Album terbaru Yuna ini akan menemui anda di pasaran sekitar bulan Ogos 2010 nanti.

Kepada peminat-peminat penyanyi independent ini bolehlah mendapatkan tiket untuk ke pelancaran album dan showcasenya melalui laman web Axcess, KLPAC ataupun di butik Yuna sendiri iaitu IAMJETFUELshop yang terletak di SS15, Subang Jaya. Tiket-tiket dijual dengan harga RM60 dan RM80. Nantikan kejutan apabila anda membeli tiket ke pelancaran album Yuna ini kerana Yuna menjanjikan tiket yang dibeli oleh anda memang berbaloi!




support okey?

jangan selalu download. bagi sokongan kat industri kita.

July 18, 2010

trip ke kandang kambing.

hari ni best. sebab pergi trip ke ladang kambing. tak macam sem lepas yang just tengok dan dengar je, kali ni memang bertarung betul-betul dengan kambing ni. berpeluh gak nak tangkap kambing, tambah2 yang dah besar-besar, layak sembelih tu.

task hari ni, ukur tinggi, panjang, ukur lilit, tengok jenis breed, ada tanduk takde, then kena timbang. yang kecik2 tu senang r nak angkat kat penimbang. yang besar tu..haha, aku gelak je la. tak larat mau angkat.

pendek cerita, walaupun bau kambing, tapi seronok. itu paling penting. huhu.

nak upload gambar, tapi agak problem. blogger in draft punya format ni aku rasa macam lagi slow je....

nanti aku upload gambar kat sini, or tengok je kat fb aku.


*

terfikir mau buat persembahan untuk dinner fakulti minggu depan. haha.

July 17, 2010

tak ada idea menulis

aku tak tau mau tulis apa. betul ni.

boleh korang bagi topik kat aku?


*

tadi pegi pc fair. beli usb hub and pendrive baru.

banyak benda kat situ. takut aku. takut habis duit aku borong barang.

tertarik gila aku dengan samsung dual screen. harga leh tahan murah gak.

sila alert ni oke? boleh kasi birthday present aku nanti.

July 15, 2010

jadual kelas dan blog trafik

memang best jadual. Isnin dan selasa memang kosong jadual.

memang terbaik!

tapi,

hari ahad (info: di Terengganu ni, Ahad macam Isnin erk) jadual penuh. dari pukul 8 pagi sampai pukul 7 malam. cuma ada rehat waktu tengah hari je.

Rabu dan Khamis pun penuh gak. tapi sampai pukul 5 je.

*

statistik blog ni jatuh kaw-kaw. dari 1000++ trafik seminggu, skarang jadi 300++ je. kurang blogwalking, kurang masa online, sebab internet yang sangat slow. adeh.

nanti aku curi masa nak stabilkan balik nuff aku. dan earning aku. huhu.

July 13, 2010

jam dua petang

memang betul tekaan aku dulu.

bila kita dapat junior, seolah-olah kita akan tengok gelagat diri sendiri.

setakat ni, memang betul.


apa yang batch aku alami, persoal, tanya pasal kos kitorang. sama macam mula-mula kitorang kat sini dulu.

majoriti tak puas hati dengan kos ni. tertanyaa-tanya masa depan dengan kos ni.

tertanya-tanya macam mana mau keluar dari sini, nak apply tempat lain.


memang perkara sama berulang. haha.


aku yakin, ada rezeki untuk aku dengan kos ni.

sesiapa tak yakin, jangan cuba-cuba mau goyahkan keyakinan aku dengan kos ni. oke?

July 11, 2010

orientasi


sebahagian dari fasilitator program orientasi pelajar baru, fakulti bioteknologi dan pertanian.

lain masa, cerita lagi.

July 10, 2010

entri pendek

kali ni short post.

  • hari orientasi yang kelam kabut, tapi seronok.
  • sakit tekak, bangun pagi dah ok, tapi masa explorace dengan junior, suara serak balik.
  • dalam hati tetap rasa sesuatu kurang best untuk orientasi-ada orang baca, malas sebut.
  • minta kalian, selain blogwalking, doakan esok tekak aku pulih ye. 
thanks. selamat malam.

    July 8, 2010

    Jerman kalah dan sakit tekak

    Jerman kalah semalam. tak boleh buat apa. dan kemenangan Spain semalam buatkan lebih ramai percaya kat Paul si sotong.

    kurafat. haha

    Kekalahan Jerman buatkan aku tanpa berbelah bagi sokong Belanda di final nanti.


    cerita lain pulak.

    sekarang ni tengah demam, dan suara hampir-hampir takde. tekak sakit sangat. aku fikir banyak minum air, boleh kasi tekak sembuh cepat. tapi tak pun. kembung perut jadinya. haha.

    kawan-kawan blogger sekalian, ada tips untuk hilangkan sakit tekak tak? esok mau berdepan dengan junior. adeh.. tolong saya erk?

    July 6, 2010

    balik untuk semester 3

    • malam ni aku mau balik. 

    • so kurang la ber-blog. kalau ada masa, ada la entri baru.

    • salah silap harap maaf la erk.

    • doakan aku untuk semester baru ni..huhu

    July 5, 2010

    cabutan bertuah



    Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player

    Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
    Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com 

    try la jugak..huhu..mana tau ada rezeki.

    lagi edisi jual handbag


    Juicy Couture
    *Pink! Bulu2 :P
    *Juicy emblem on front side only
    *Single side pocket
    *Dark brown shawl twines, can be tightened to have a different shape
    *Zip top closure
    *Inside zip, handphone and multifunctional pockets

    Price : RM179.00


    Gucci HOT!
    *Light brown GG canvas
    *Buckled shoulder straps
    *No zips/magnet closure, just front clip closure
    *Average sized shoulder bag
    *Inside zip, handphone and multifunction pocket

    Price : RM159.00


    Coach
    *Canvas material
    *Zip top closure
    *Inside zip, handphone & multifunction pocket
    *Medium average size
    *Refer below for inside pic

    Price : RM145.00

     
     macam biasa.

    emel kat amadkhir@gmail.com

    tinggal kat ruang komen pun ok jugak.


    July 3, 2010

    kak fynn dan keynote

     

    kalau tengok facebook aku, aku iye-iye benar promote-kan kak fynn. ramai juga yang mula bukak mata. kebanyakan respond, positif. aku saje mau kongsi lagu yang best dari orang yang talented.

    aku bukan kenal sangat kak fynn ni. tapi aku follow blog dia. pernah tengok dia perform dua kali. aku ada peluang nak tegur dia, tapi takut. sebab dalam formspring, macam garang je.haha, gurau je.


    sekarang kak fynn di keynote, astro ria.

    rasa mau undi?

    Taip
    KN (jarak) FYNN
    atau
    KN (3/5/10) (jarak) FYNN
    (untuk 3/5/10 undian)
    hantar ke
    32999
    undian korang amat2 dihargai.
    sekian.
    terima kasih.
    :)

    July 2, 2010

    handphone dan aku

    2004.


    aku dapat henpon, pak su bagi. telefon nokia 3210. tau ke? sama macam nokia 3310 tapi lebih panjang dan berat. memang boleh mati anjing kalau kena lempar ngan henpon ni. dulu tak pikir mau style, asalkan ada, dah seronok.

    walaupun henpon ni buruk dan tak elegan, pernah juga dicuri masa aku bawak kat hostel. tapi sebabkan ramai link, senang mau jumpa balik. huhu.

    betapa berharganye henpon masa tu.

    2005.
    awal taun, aku tukar henpon nokia jugak, nokia butterfly ni. siap dah upgrade text kat situ. ayah aku yang beli, kat mane ntah. lupa. lampu putih. cantik la. huhu. bertahan dengan aku dalam 5 bulan rasanya. kawan aku buat hilang. dia pakai henpon ni, pastu tinggal dalam meja dalam kelas. memang sengaja cari nahas la kan. tapi silap gak, sebab kitorang pikir kelas kunci after abis skola, so takkan ada sape curi. bodoh gak la hilang henpon ni. kawan aku lak wat senyap je pasal henpon ni. adeh.

    lepas tu, untuk sementara waktu, aku tak pakai henpon. dekat ujung taun, baru la mama abah bagi aku beli nokia 1110.


    aku punya memang kaler ni la. henpon ni bertahan lama dengan aku. dari form 3 tu, sampai la zaman kat skolah alam shah. record gak la, sebab aku bawak henpon ni dari masa pendaftaran, dan kekal sampai abis form 5. huhu. cuma awal form 5 je ada kes. kena curi, dengan dormmate sendiri. memang sakit hati. haha. nasib baik tak lama lepas tu, dia keluar sekolah.

    habis SPM, aku tukar henpon lagi. Nokia 5300. sebab aku suka layan music, so memang mau cari henpon yang ada mp3 camni la. express music ni best, sebab mp3 dia memang organize, senang nak susun lagu2 dalam mp3 list tu.

    ogos lepas, aku tukar henpon. sebab henpon tu ada rosak sikit2, dan aku ada janji nak bagi kat adik aku. sekarang aku dah bagi henpon tu kat adik aku. aku pulak pakai sony ericsson w395. takde function menarik langsung. sebab theme, or ape2 application tak boleh masuk. tapi aku seronok jugak pakai, sebab keypad yang sangat best untuk ber-sms sampai lebam. haha. sekarang takde awek, kurang bermesej pun. jimat kredit..haha.

    nuffnang ada promosi henpon LG Cookies. aku mula tertarik la pulak nak cuba. haha. rasa tak mampu la pulak. takkan mau abeskan duit PTPTN kat henpon je, kan?


    bila guna duit sendiri beli henpon, rasa sayang nak tukar sesuka hati.

    July 1, 2010

    kepada pengunjung blog saya

    ok. ada yang dah bertanya, kenapa tak kunjung blog dia. kurang aktiviti blogwalking.

    3 hari ni, agak busy. ke sana ke mari. kurang waktu online. mak cik aku masuk hospital. aku tolong jaga dia, uruskan apa yang patut. Alhamdulillah, dah selamat operation mata. mata makcik aku ada selaput apa ntah, kena operation untuk buang selaput tu.

    itu lebih penting dari online kan?

    lambat atau cepat, kunjungan korang aku balas jugak okey? cuma take note pada tuan blog yang berat ( maksud aku bukan berat badan), kalau blog korang sangat2 lembab dan slow, aku klik nuff (kalau ada) dan aku tak tunggu nak pekik kat shoutbox korang. boleh?