December 25, 2015

style

jangan ingat kerja aku sekadar makan angin.
datang-ambil gambar-keluar report.

itu bukan style aku.

iye, aku tak ada pengalaman.
tapi kerja aku membolehkan aku collect pengalaman dari bermacam-macam jenis orang dan cara kerja, dan dari situ la aku dapat ilmu.
dan aku tak nafi setiap orang ada cara tersendiri, dan itu juga satu ilmu baru untuk aku ceduk. 

tengok cara aku kerja, baru judge. 

*tak kenal maka tak cinta. ewahh~

December 18, 2015

pen

pen. ada macam-macam warna. macam-macam bentuk.
macam-macam jenama. harga ada mahal, ada murah.

fungsi sama. menulis.

habis ink, kita buang. beli baru.

*

life kita, macam pen jugak.
sampai masa, mati la.

cumanya, cara 'ink' kita tu 'habis'.
sama ada habis sebab menulis, ataupun habis sia-sia je sebab kering macam tu je.

azam 2015 korang, tercapai?

December 10, 2015

kahwin

kahwin.

tak lama dah.
risau dah ni.

ok, kalau la ada readers kat sini, aku nak jemput korang share pasal perkahwinan korang / perancangan perkahwinan korang. sebab aku dah mula dah rasa debaran dia. duit dia ntah burn sana sini. haha. aku perlukan idea, pandangan dan pengalaman orang lain dalam hal ni.

plan: in sha Allah tahun depan. lepas raya kot. tarikh belum decide tapi tahun depan. orang terengganu, aku di perak, so dalam kepala, kena sewa bas la kot.


soalan khas untuk lelaki: berapa rm korang habis untuk segala majlis kahwin ni? (perempuan kalau tau pun sila share)

meh ajar aku planning supaya semua boleh atur baik-baik dan semua jalan lancar.

aku tunggu komen korang.

November 27, 2015

karier

kononnya, masa baru pindah tempat kerja baru, nak update blog ni lebih kerap, nak maintain menulis kat sini. tapi, tak kesampaian pulak. kurang busy di tempat kerja, tapi masa lapang terisi dengan benda lain.

karier dalam industri ayam ni alhamdulillah baik-baik saja. dan rezeki tak berhenti sebab masih ada syarikat yang menawarkan kerja. tapi tak ada offer yang menarik lagi. dan kalau company ni tak ada masalah dari segi management, atau karier aku boleh pergi jauh, in sha Allah aku boleh stay.

loyalty. setakat ni company2 yang offer aku, masa interview session, ada yang mempersoalkan kekerapan lompat-lompat company ni. tapi situasi di company sebelum ni, kita dan pihak-pihak tertentu saja tau. 

now, back in ipoh, banyak benda aku nak explore. jalan-jalan kat sini sebelum ni aku tak pernah hafal pun. dan nasi ganja, masih tak berkesempatan nak pergi lagi. ok aku tak tau nak tulis pasal apa.

moga masa depan kita generasi Y dan akan datang di Malaysia ni boleh pulih. takut aku dengan situasi politik kita sekarang. jangan sampai jadi macam Mocking Jay dah la. haha.

August 30, 2015

transfer market

career kita ni pun macam transfer market jugak. kalau ada value, company lain akan pancing kau, offer better.

since ada demand dari syarikat lain, I was hope that I have what they want to help their company grow and be part of that. And certainly, they've picked my interested with the team and the huge project they'll execute and I will playing a big role with them.

orang akan kata macam2 since kalau ikut career track, setahun kat DPDC, lepas tu setahun NAFAS, lepas tu dah nak lari. bukan aku nak lari suka2 sebab gaji tu. tapi ini untuk career aku sendiri. yang aku rasa NAFAS tak akan bagi experience ni untuk aku, at least bukan untuk short and medium term.

alhamdulillah, rezeki aku murah. Allah atur rezeki aku senang dapat kerja yang baik.

ingat nak settle down dah kat kedah. dah beli barang2 dalam rumah tu siap dah. kena cari lori la pindah balik barang ke Perak ni.

August 17, 2015

Planta


Nama dia Planta. Bukan kucing aku, tapi kucing kaiyisah. and Planta have shown symptom of virus infected. Kaiyisah kerja klinik kucing, dan dia tau kucing dia dah kena virus. dr suggest untuk run a test, dan kalau positif, just PTS (paid to sleep), which is matikan dia.

Planta sekarang tak boleh ikut Kaiyisah setiap kali Kaiyisah kerja kat klinik. sebelum ni, dia seronok la dapat main, berlari kat klinik tu, ada ramai kawan. Sekarang ni, sebab dah infected, nak ikut pun tak boleh, so terperap je kat rumah.

Hari tu, kebetulan aku ada majlis jamuan raya kat sana, kami bawak Planta ni keluar, pergi taman. sedih aku tengok virus ni dah kacau saraf dia, sampai Planta ni jalan pun tak betul. kaki belakang dia mmg x kuat. jalan pun senget2. tapi at least, Planta ni ada jugak la keluar main2, tak la terperap je kat bilik.

now, just counting days. taknak PTS. 

August 5, 2015

foreign

dengan foreign worker pun, kau boleh belajar sesuatu.
be humble.
lepak, makan dengan diorang.

yes, diorang busuk.
nak expect apa?
dah kerja reban ayam. biasa la.

ada yang datang Malaysia sebab terpaksa.
mak sakit tenat dan nak duit untuk operation.
jadi datang Malaysia, agent advance duit bagi family.
jadi datang kerja sini, tahan lapar.
duit tak ada sebab dah bagi family.

datang sini, tinggal anak bini.
semata2 nak bagi anak hidup senang.
bila balik, anak pulak tak kenang budi.
buang family, buang ayah.
kata ayahnya tak sayang dia, tinggalkan dia sekeluarga.
padahal si ayah simpan duit, bagi dia makan.

macam2.

July 28, 2015

raya

kalau la ada rezeki, ada jodoh aku, mudah-mudahan tahun depan mahu beraya berdua.

dan kalau la raya berdua, tak tentu lagi raya di mana. kalau raya di perak, mama akan ada geng baru di dapur. dan aeyman boleh la relaks dari tugasan preparation kuah laksa, kukur kelapa, isi kuih raya, dan sebagainya.

memang tahun ni aku suruh aeyman tolong macam-macam. sebab aku takut, kalau tahun depan, abg adi beraya di kampung kak ina, mama akan hanya harapkan abah untuk buat itu ini. jadi aeyman paling kurang wajib tahu steps buat kuah laksa. (fyi, laksa adalah hidangan wajib setiap kali raya di rumah aku)

tahun ini, aku kurang spend raya dengan kawan atau kenalan pejabat lama. sebab tahun ni fokus lebih di dapur. dan tahun ni, kuah laksa aku yang dibantu oleh aeyman habis pada raya kedua! selalu raya ketiga pun ada lagi kuah laksa tu. mujur ada kak ina, kami sama2 prepare 'express bihun tomyam'. dan hasilnya, malam tu jugak habis! padahal main campak je segala apa yang ada.

di masa depan, aku yakin, momen2 ini yang akan aku rindu. 

July 15, 2015

selamat hari raya

tiap-tiap tahun, rutin sehari sebelum raya memang aku akan join sepupu-sepupu aku kat kampung tolong bakar lemang. esok akan busy sikit so mungkin tak update blog esok.


Selamat Hari Raya guys!

*tahun depan, tak tau la. doa2 la ada rezeki, beraya berdua pulak :)

July 11, 2015

random thought

kerja adalah kerja. part of your life that you spent to earn yourself, to survive. sama ada kerja tu memang bidang yang kau suka atau jauh menyimpang, antara matlamatnya adalah duit itu sendiri.

tak kisah la nak kata isu zahra tu betul ke tak. tapi aku salute sebab tu depan2 TPM.

so ini untuk kengkawan sebaya, dan pada readers or juniors aku yang ada baca ni.

untuk yang dah grad, tahniah. tapi korang baru masuk stage baru. jangan rest lama sangat. so cari la kerja. hantar resume ke sana sini. dan jangan memilih dulu. janji kerja.

adik2 perempuan yang dalam bidang aku, be strong. korang kena tough sikit kalau nak kerja dalam bidang penternakan ni. masuk farm, kerja keras sikit.

dan general advise untuk yang masih study, please be active. enjoy your university life. maksud aku, ye betul kena fokus study, tapi cuba la buat sesuatu masa tempoh 3 atau 4 taun belajar tu. join persatuan, belajar berniaga, join kawan bukak booth, belajar buat paperwork atau organize program atau event. benda2 kecik ni, masa kerja atau bukan masa kerja pun, mungkin korang akan perlukan experience tu. kalau tak perlu pun, at least korang enjoy masa belajar tu.


*adik2 aku yang struggle bab cari kerja, meh pm aku. leh sembang2.


July 7, 2015

playlist lagu raya

lagu2 raya aku biasanya adalah lagu2 yang kita sedia maklum dan biasa dengar dekat radio.

dan lagu ini berjaya breakthrough dalam playlist lagu raya aku. sedap didengar, simple, dan tak terlalu 'pelik' macam lagu2 raya style baru sekarang.

dan aku prefer versi original ni berbanding yang duet ramai2 tu.

cuba try dengar, kalau rajin, komen skali. atau ada lagu raya baru yang korang rasa sedap, meh share. aku cari kt youtube nanti.


July 2, 2015

tukar duit raya

ok. ini cerita di area Putrajaya.

tak lama lagi tempat lain pun boleh tukar dah.

standby...


June 7, 2015

cermin


memang style aku. tak tengok cermin bikin rambut.
dan aku hari tu lepas selesai kerja di satu ladang, aku singgah solat zohor kat satu masjid ni.

dah terlepas jemaah. jadi aku solat dulu.

lepas solat, imam tadi masih ada.
dia tunggu aku. nak tutup pintu.
"takut anjing masuk", dia bagitau.

dia kata lagi, kat toilet ada cermin.
nampak serabut sangat tu.

dia tambah,
sekali sekala kena luang masa tengok cermin.
selain tengok jerawat tumbuh di muka, tengok rambut sikat rapi.
tenung lama lagi, biar tembus ke dalam.

muhasabah.

mati bila-bila.

entah sempat Ramadhan tahun ini tidak, siapa yang tahu.

June 5, 2015

duit tabung blog

Nuffnang baru nak aktif balik nak melekat iklan kat sini.

dulu sedap je earning. lepas tu tersilap langkah, gatal tangan dan terlampau kreatif usik coding2 layout blog, dah berterabur. lepas tu masa tu busy, tak ada masa nak betul balik.

tahun ni, baru nak mula balik.

tengok ni. sebelum ni, duit masuk masa 2013. hahaha.


takpe la. janji ada masuk. tak dapat buat duit kawen, buat duit lepas kawen pun takpe. hahaha.

moga2 Nuffnang kurniakan semula Buffered Earning kembali ke blog ni secepat mungkin. ke dah xde buffered earning? ke skarang ni panggil as CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT)? iye la kot. haha

May 30, 2015

kills time

sejak 2 minggu ni, susah nak tidur malam. sleeping disorder. insomnia. aduh.

letih travel jauh2, tapi mata tak mau pejam.
minum susu panas, tak jadi jugak.

nak tulis blog, tak tau nak tulis apa.

tapi satu la.
kalau ada readers kat sini work as a boss, or ada lead a group or workers,
be good and be reasonable to them/her/him.
and understand what their/his/her workstuff and when necessary, protect them/her/him.

at least itu la yang aku mahu.
dan itu yang aku harap aku buat
kalau Tuhan bagi rezeki aku duduk atas.
sebab aku dah rasa.
dan tak nak bagi orang rasa apa aku rasa.

okay. tutup laptop.
cubaan tidur untuk kesekian kalinya.

kalau taknak pejam jugak,
laptop ni aku bukak balik main PES sampai pagi.
sekian.


May 24, 2015

stays or leave



yang belum dapat/tak fulfill lagi:
promoted
involved (banyak decision buat tanpa tanya kemampuan ground operation)
valued (tak rasa camtu. rasa kena fully utilized ada la)

alhamdulillah, offer dari company lain masih ada, walaupun ada yang aku pernah tolak dulu.
sekarang tak tau pilih. 
moga apa2 keputusan, biarlah yang terbaik. 

May 8, 2015

adik-adik nak tau pasal unisza?

since the major keyword search directed to my blog is related to UNISZA, so here's my thought and stories of UNISZA.

UNISZA, shorts of Universiti Sultan Zainal Abidin.

kalau tak silap, aku masuk U masa umur 19 kot. rasanya 2009 la kot. kos? Ijazah Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan.

yup, kos ni pilihan keempat aku dalam pemilihan UPU. nak apply vet UPM, tak layak sbb x excel masa matriks.

masa tu, nama dia bukan UniSZA. tapi UDM. Universiti Darul Iman Malaysia.
soalan? kenapa bukan UDIM? malas nak jawab. haha.

soalan2 biasa adik2 yang dapat offer ke UniSZA:

best tak UniSZA?

best atau tak best, korang la tentukan. simple. sebab kita yang corakkan life kita sendiri. dari segi fasiliti dan pengurusan, biasa la ada kurang itu dan ini.. masalah2 tu letak ke tepi sket. jangan sampai kacau social life korang.

as for me, UniSZA provides me a chance to learn. what i did during 4 years in UniSZA, got me today. bukan setakat knowledge degree tu, tapi jugak social life, suasana agama yang terjaga, pengalaman berpersatuan, buat kertas kerja, turun naik HEPA fight for your organization, semua tu amat2 precious.

enjoy what you do. that's all.

May 2, 2015

terkenang

memancing adalah satu aktiviti yang aku suka. memang dibesarkan dan diajar dan didedahkan untuk memancing sejak dari kecik. bermula dengan ikut abah sama2 memancing di anak sungai, memancing sendiri depan rumah opah (arwah) dengan abg adi dengan umpan cacing, lepas tu dibawa paksu untuk turun ke lombong, menjala dan menjaring ikan talapia, dan belajar untuk menjala dan menjaring sendiri.

entri ni takde motif. cuma aku terkenang. memancing masih lagi sebati. cuma tukar persekitaran, memancing di kolam, air tawar. 

terkenang macam2 benda. kaki luka terpijak kulit kepah masa menjaring kat lombong, fami (sepupu aku) luka kepala terhantuk besi lepas tahan taut dekat parit, macam2 lagi la. 

dah besar dah aku sekarang. haish. 

April 27, 2015

format

komputer
kalau kena virus, hang, slow,
kita format

tak reti,
cari orang yang reti format
minta ajar,
atau minta tolong
atau upah.

sebelum nak format tu pulak
siap-siap asingkan file
file penting, simpan, backup
tak penting, abai, buang
kalau format
tak boleh recover
hilang
zero.

kalau diri rasa serabut, tak teratur,
semak.
mungkin perlu format.


April 22, 2015

belajar ayam kerja bank

kerja adalah kerja. part of your life that you spent to earn yourself, to survive. sama ada kerja tu memang bidang yang kau suka atau jauh menyimpang, antara matlamatnya adalah duit itu sendiri. rezeki semua Allah yang bagi.

ramai kenalan aku, terutamanya yang course-related dengan aku susah nak survive. tak dapat kerja yang sesuai dalam bidang aku, iaitu bidang ternakan. nothing wrong with that. apa saja, asalkan halal. asalkan boleh bayar bil utiliti bulanan kau. asalkan masuk bank simpanan kau untuk kahwin nanti.

"amek degree, blajar pasal ayam, tapi kerja bank"
"jauh menyimpang tu"

pekakkan telinga, kawan! yang rasa, yang tau pasal kau, cuma kau. memang kalau boleh, memang kita nak kerja bidang yang kita suka. semestinya. tapi realiti, tak seindah khabar.

yang penting, usahalah, cari saja apa kerja kau boleh buat. bukan mulut orang lain yang nak kau suap dgn hasil gaji kau.

April 21, 2015

5 things

1. masih di NAFAS, poultry.
2. stress. bila stress, makan. pastu tido tak tentu. pastu naik berat badan, gemuk. please do something about this!
3. GST. pendapat aku? terima je la. apa nak kata dah? haha
4. kawen? in sha Allah. doakan semuanya dipermudahkan. bukan tahun ni.
5. memang ada masa aku nak update blog, tapi ada kekangan. kena mula tulis balik ni. sebab sekarang masa aku tulis ni pun, sampai tak tau nak tulis apa. dah padam-tulis-padambalik berapa kali dah.

till next time!