December 25, 2012

thesis report writing submission

dateline of thesis report writing submission: 27 DECEMBER 2012!

this suited the situation right now...




p/s: ssuke layan lagu2 muse dalam concert kat wembley ni. nice!

December 21, 2012

gagal

tarikh hari ni: 21/12/2012

ada la seminggu lebih lagi dalam 2012 ni. dah nak habis dah. dan tahun 2012 akan menutup tirai dengan kegagalan aku menyempurnakan beberapa perkara yang pada awal tahun dulu aku nak buat.

dan satunya, kegagalan untuk jadi lebih baik, lebih dekat dengan Tuhan.

memang, aku akui aku bukan baik mana pun. banyak juga teguran dari orang orang di sekeliling tentang satu dua perkara. dan aku nampak kekurangan itu.

perubahan bukan boleh jadi sehari dua. dan susah nak istiqamah. itu yang aku gagal sebenarnya. semai amalan tu sehari dua, paling lama pun seminggu dua, pastu kurang balik. kadang-kadang nak sedapkan diri sendiri, aku kata, nak buat macam mana, sibuk dengan itu ini. padahal alasan je semata-mata.

Ya Allah, ampuni aku. aku tak kuat. didiklah hati ini untuk lebih dekat denganMu. Amin.

*matlutfi90 ada cakap, bila ada masalah, baru ingat Tuhan. harapnya aku tetap ingat Tuhan saat masa susah dan juga senang.

December 17, 2012

D-E-T-E-R-M-I-N-A-T-I-O-N!

maksud:
- keazaman (kamus english-malay dalam samsung corby aku)
- n 1. act of settling, fixing, penentuan, penetapan, pemutusan, memutuskan: the ~ of company policy, penentuan dasar syarikat; 2. resolve, azam, keazaman, tekad: her ~ to achieve high goals in life, azamnya utk mencapai matlamat tinggi dlm hidup; 3. firmness of character, penuh /azam, keazaman, tekad/: women of great courage and ~, wanita-wanita yg berani dan penuh keazaman. (kamus Inggeris-Melayu Dewan)

with only this words, your works will slowly finished.

tepat sekali.

dengan perkataan di atas, alhamdulillah, siap dah poster Nipah Virus untuk assignment kelas Dato Dr Azahar.

dengan perkataan di atas, alhamdulillah, thesis writing dah nampak jalan cerah untuk disiapkan. data-data yang bersepah tu pun dah dikemas kini dan nampak cara penulisan result and discussion dengan lebih teratur.

semuanya dengan D-E-T-E-R-M-I-N-A-T-I-O-N!

dan syukur alhamdulillah, ilham dari Yang Maha Esa yang dikurniakan jualah yang menbuatkan segalanya berjalan lancar. dan Dia jugalah yang menurunkan hujan, yang membuatkan aku menghabiskan petang di PTM dan terbuka hati untuk menggerakkan segala kerja yang terbantut.

walau apapun, masih belum sempurna...(Malique, 2011 kot)



December 14, 2012

kepercayaan

aku selalu pegang kata-kata ataupun lagu justin timberlake (agaknya la) yang berbunyi 'what goes around, come around', ataupun perumpamaan 'hidup bagaikan roda' dan seumpama dengannya.

mungkin hari ni aku kena dengan kau, mungkin esok2 kau pulak kena dengan aku. kalau tak dengan aku pun, mungkin dengan orang lain. aku percaya Tuhan tu Maha Adil. simple.

kita hidup ada Tuhan, ada agama, ada kepercayaan masing2. sesetengah orang kata rokok itu bagi tenaga untuk buat kerja berat. aku tak tau sebab aku tak hisap. tapi kenalan2 buruh2 indonesia ada cakap macam tu.

cukup, untuk sekadar contoh.

sekadar makluman, aku tak suka konsep senioriti. bukan tak suka apa, aku tak suka bila aku kena hormat orang atas dasar dia senior aku. yes, hormat, tapi hormat macam aku hormat orang lain la. tapi, bila korang buat or show something nice to me or to other people, u deserved that respect. level of respect tu akan naik sendiri tanpa perlu korang suruh2 pun.

bila korang buat contoh x elok, layak ke nak hormat? maksud aku, still hormat la sebagai orang lebih tua, tapi kalau nak buat orang respek pada ko, ko kena respek orang jugak.

hidup macam roda kan? rasa sendiri bila jadi senior nanti.

notakaki: semester 7 terasa perlahan gara2 thesis writing. haish....

November 29, 2012

get you fact right

keseronokan menonton bola sepak di cafe mahupun kedai makan memang tidak terkata.

antara sebabnya:
- lucu dengan group2 budak-budak yang bajet tahu segala fakta, goreng semuanya. padahal fakta semua salah.

contoh yg berlaku tadi:

A: weh, kenapa diorang x guna muslim? muslim kan hebat.
B: dia x main sebab injured masa main dengan singapura hari tu. tu pasal la main teruk.
A: oooo....

*dik, muslim x tersenarai pun...

- tengok perbezaan penyokong sejati dengan haters sejati.

*tapi goal Laos tu memang kesilapan defend pun..xleh nak kata apa.


ada seorang kenalan lama aku pernah cakap:

jadi peminat bola sepak, tak kira EPL ke, team Perak ke, Malaysia ke, ianya ibarat macam sayang kat awek , yang kita mahu jadikan isteri yang sah. tak kira di masa team tu tengah top of the league or bottom of the league atau tersingkir awal ke, korang tetap sokong. terima baik dan buruk, dan tak bercerai. tak curang,

well, panjang sangat. tapi ada la betulnya kot. ke salah? haha. ikut korang la. masing2 ada tafsiran korang tersendiri.

November 19, 2012

Amal Palestin

nak derma banyak, x mampu... lagipun dalam online banking pun ada sikit je. tapi walaupun rm1 pun memadai. ada rezeki lebih, derma la lebih.. asalkan ikhlas..

tabung kecemasan Gaza Aman Palestin

Maybank 562263010787
Bank Islam 12029010047880
Bank Muamalat 12070005133717
RHB 21245760004907

atas nama Aman Palestin Bhd

November 13, 2012

running man online


pengisian semasa cuti:

-update article kat fooyoh.com (passive income)




nak dapat duit gak, sila daftar di fooyoh.com..haha sempat lagi share kan..


dan paling penting, masa aku terisi dengan Running Man. haha. internet laju, so xpayah download2 dah. tengok online je...



dah ep119 dah. dah ada english sub, so jom layan!! hahaha

November 12, 2012

kind

when you are kind, you love to help people.
and somehow people also love ask you for help.

and sometimes, you feel that people are using you for their own benefit.
it's true.

ignore that feeling, please.

November 10, 2012

Separuh Akhir Muzik Muzik 27

ada kat rumah ni, macam2 berita dengar, walaupun benda tu dah lama dah. haha. maklum la, banyak benda kena setel, online pun jarang2..

ni baru aku tau, Muzik-Muzik 27 dah masuk separuh akhir dah. so ni dia senarai lagu yg masuk separuh akhir. sumber dari gua.com.my.

1. Kasanova
Artis : Stacy
Komposer : Edry Abdul Halim
Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

2. Sesaat Kau Datang
Artis : Ramlah Ram & Sleeq
Komposer : ID Mifzal
Penulis Lirik : Zie Syafruddin

3. Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari

4. Watak
Artis :Hafiz
Komposer : Aidit Alfian
Penulis Lirik : AD Samad

5. Angkasa
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Diandra Arjunaidi

6. Ombak Rindu
Artis : Hafiz dan Adira
Komposer, Penulis Lirik : Zaidi

7. Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah

8. Tapi Bagaimana
Artis : Spider
Komposer : Tam Spider
Penulis Lirik : M.Nasir

9. Biar Sampai Ke Bintang
Artis : Asmidar
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ahmad Farid Abdul Jalal

10. Lagu
Artis : Bedroom Sanctuary
Komposer dan Penulis Lirik : Bo Amir Iqram

11. Terlalu Mencintaimu
Artis : Suki
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Jeremy Chong

12. Pencinta Terbaik
Artis : Sofazr
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

13. Mesti Ada Cinta
Artis : Akim dan Fiq
Komposer dan Penulis Lirik : Kuncidemak

14. Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat

15. Sebelah Jiwaku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

16. Aku Datang
Artis dan Komposer : Tomok
Penulis Lirik : Rafidah Abdullah

17. Jerrypah
Artis dan Penulis Lirik : Aizat
Komposer : Anas dan Aizat

18. Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna

19. Simetri
Artis : Hazama dan Amy Search
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan

20. Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim

21. Cerita Dia
Artis : Drama Band
Komposer : Ammar Habir
Penulis Lirik : Aepul

22. Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan

23. Beginilah Caranya
Artis : Shaheizy Sam
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

24. Harapan
Artis dan Komposer : Hyper Act
Penulis Lirik : Frozen

25. Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer : Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

26. Panik
Artis : Bunkface
Komposer dan Penulis Lirik : Sam Bunkface

27. Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer dan Penulis Lirik : Ajai

28. Teman Pengganti
Artis : Black & Malique
Komposer dan Penulis Lirik : Malique

29. Aku Suka Dia
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Ainan Tasneem

30. Majnun
Artis : Hazama
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Audi Mok / Omar K

November 6, 2012

konvensyen prs kebangsaan

alhamdulillah, it's already november.

selesai sudah Konvensyen PRS IPTA peringkat kebangsaan anjuran PRS UNiSZA. alhamdulillah, rata-rata kesemuanya berpuas hati dan banyak input yang dapat diambil. bukan senang nak anjurkan program peringkat kebangsaan macam ni, tapi alhamdulillah, kami mampu laksanakan.

topik utama konvensyen ni adalah berkenaan generasi Y, macam aku ni la. generasi y, kebanyakannya mesra teknologi, sms, facebook dan sebagainya serta multi-tasking. macam aku jugak. haha. dalam sibuk2 urus pasal konvensyen, boleh selesaikan bacaan Rooftop Rant, buat drap thesis, dapatkan draf untuk 'projek mega' aku, dan macam2 lagi la. haha

bila berkumpul ramai2 dalam konvensyen macam ni, kita jumpa ramai orang, dan dalam sesi pembentangan selari tu, aku dapat tengok macam mana perkongsian idea tu berlaku. banyak benda menarik yang dibangkitkan dan dibincangkan bersama-sama.

insyaAllah, PRS akan meneruskan lagi aktiviti2 seumpama ini.

*rest sekejap minggu ni untuk cover lecture, assignment dan thesis. huhu

October 26, 2012

transition

hari makin hari, makin kurang masa aku dengan blog ni. kesian gak.

banyak kali aku bukak url blogger.com, then sign-in, pastu click new post. pastu selalunya terbiarkan kosong. ataupun tulis panjang2, lepas tu padam balik.

yeah. this is it. dulu pernah aku bayangkan benda ni. aku dulu bayangkan bila dah kerja, ada komitmen, so untuk update blog ni memang amat2 la jarang. nahh, ni blom pun kerja, dah terasa busy bagai.

still, aku rasa macam tak ready lagi nak melangkah ke alam kerja. sekarang dah nak masuk bulan 11, so dalam 6 bulan lagi, habislah tempoh 4 tahun belajar. kena kerja. memang kalau ikutkan hati, dah malas dah nak keluar masuk lecture, assignment bagai ni, tapi in the same time aku rasa belum ready.

teringat kata2 sorang dr, pengurus kat TERSAT dulu. 1st place attachment. "lesen paling besar untuk buat silap adalah ketika menjadi pelajar".

indeed. dah kerja nanti bila buat salah, tanggung la. haha.

anyway, selamat hari raya aidil adha. selamat makan daging.

October 14, 2012

tiada masa

hello!

sejak dua menjak ni, sangatlah tiada masa nak ber-blog. hadui.

update:

-presentation proposal FYP dah selesai. walaupun kena condemned banyak, tapi xpe. teruskan jugak. haha.

-semakin selesa duduk di rumah sewa. badan pun makin gemuk sebab puas hati masak sendiri.. hadui, camne la nak kurus.

-sekarang dah officially 22 tahun. main tua. tak boleh perangai macam budak2 sangat. kena jadi lagi matang.


okey, xde menda best nak citer skrg. tido dulu la. bye.

October 2, 2012

kroni

budi bahasa dan adab sopan tu kita dah belajar dari kecik dah. tak payah tunggu masuk sekolah, kita dah diajar untuk membudayakan ucapan terima kasih setiap kali dapat upah pergi kedai mahupun dapat hadiah apa-apa sekalipun. mama abah pun ajar macam tu. sampai kalau tak cakap terima kasih, tak dapat upah. haha. well, upah tu bukan persoalannya pun kat sini.

budaya berterima kasih tu adalah common sense pada masyarakat kita yang berbudi bahasa ni. tapi yelah, masa berubah kot. tu yang tak sama dah tu.

tapi memang pegangan aku, tak mengharapkan ucapan terima kasih mahupun balasan apa-apa setiap kali tolong orang atau berbuat baik apa saja la. ikhlas. itu lebih baik.

dan tolong orang juga bukan merangkumi hanya pada kroni-kroni kita sahaja. kalau la definisi 'tolong' tu macam tu, kesian la makcik yang nak lintas jalan, orang buta jatuh hilang tongkat, mangsa kebakaran, yang mahu bantuan nak buat pembedahan dan sebagainya.

agak terkilan tengok sesetengah orang, bukan tak tahu kawan tu perlu bantuan, tapi sebab tu bukan kroni dia, dia tak nak tolong pun. kena pulak si kawan tu terhegeh-hegeh cari dia nak mintak tolong itu ini.

nanti timbul pulak persoalan, "la, kenapa tak cakap nak mintak tolong?". adui, orang tua yang jatuh kat tempat orang ramai tu, kau tolong, tapi dia tak mintak tolong pun. sebab apa? prihatin?

yela. kita lagi prihatin kat orang luar / strangers daripada prihatin kat kengkawan sendiri. kan?



September 11, 2012

ringkasan

opening entry of September...

semester akhir - duduk luar - rumah sewa - tak dapat asrama - rumah selesa -

Final Year Project - dah ada tajuk - literature review - proposal tak buat lagi - report LI pun tak buat lagi -



haa, ringkas je isi utama entri aku kali ni. macam soalan english skola rendah lak. haha

September 4, 2012

one steps at a time

okey, sudah masuk tahun paling crucial. TAHUN AKHIR!

balik unisza je, terus berdepan dengan bermacam masalah (tak mau citer pasal asrama). final year project ni salah satu bebanan yang harus dipikul dan dipukul sem ni.

meh nak share sket tajuk projek aku ni haa.


tajuk FYP: Performance of Goats To Compare The Digestibility of Brachiria humidicola and Napier Grass (lebih kurang la, still tajuk raw, blom specific lagi)

see? tak gempak mana pun research aku. orang lain punye buat research nak cure cancer, nak treat itu ini, aku punya, haa, stakat bagi makan kambing je. haha.


August 31, 2012

UCL GROUP STAGE 2012/2013

UCL draw...

Group A:
FC PORTO
DYNAMO KYIV
PARIS SAINT GERMAN
DINAMO ZAGREB

Group B:
ARSENAL
SCHALKE
OLYMPIAKOS
MONTPELLIER

Group C:
AC MILAN
ZENIT
ANDERLECHT
MALAGA

Group D:
REAL MADRID
MANCHESTER CITY
AJAX
DORTMUND

Group E:
CHELSEA
SHAKHTAR DONETSK
JUVENTUS
NORDSJæLLAND

Group F:
BAYERN MUNICH
VALENCIA
LILLE
BATE BORISOV

Group G:
FC BARCELONA
BENFICA
SPARTAK MOSCOW
CELTIC

Group H:
MANCHESTER UNITED
BRAGA
GALATASARAY
CFR CLUJ

August 26, 2012

back to normal

kereta2 besar bernombor plat W_ _ kebanyakannya sudah balik ke bandar. kecuali WJX abah la, haha. kampung sudah kurang sesak, dan bunyi mercun masih ada, cuma sudah kurang.

things change back to usual.

dan harapnya apa yang aku (kita) semaikan dalam ramadhan yaang lepas, boleh terus dikekalkan.

tapi berat badan yang naik ni tak boleh dikekalkan la. kena buat something nih. hahaha.

*

bloggers, rekomen sket kat aku template blog yang lawa2? dah berape taun dah tak tukar template. huhu.

August 20, 2012

selamat hari raya

assalamualaikum..SELAMAT HARI RAYA!


adeh, raya kedua baru boleh update blog. bz sket. haha. ingat nak update malam raya tu, tapi bz lak mengemas ape2 yg patut. sorry la geng.

alhamdulillah, sebulan dah ramadhan berlalu, raya pun dah masuk hari kedua dah. hari raya tahun ni pun macam tahun2 lepas, kat sini2 je, pasal kampung dekat je. senang.

eh, lupe, tahun ni lain sket, sebab tahun ni ada kakak ipar skali. hehe. mama ada geng la kat umah tahun ni. selalu 5 orang je, tapi tahun ni family kitorang dah jadi 6 orang. insyaAllah, taun depan, dapat anak sedara, maybe? hahaha.

aku? kawen?? eh lambat lagi. soalan tu simpan lain kali la. haha

kepada kawan-kawan sekolah, kawan sekampung, kawan kenal kat mane2, kawan fb, kawan hobi sejenis, kawan2 blogger, dan sesiapa yang baca ni, selamat hari raya aidil fitri diucapkan. maaf zahir dan batin. mohon maaf atas salah silap sama ada yang disedari mahupun tak disedari.

drive safe :)

August 15, 2012

happy birthday!

14/8/2012

HAPPY BIRTHDAY MAMA!! (43 tahun)

15/8/2012

HAPPY BIRTHDAY my cupcake!! (22 tahun)

August 11, 2012

cerita di komen youtube

assalamualaikum...

selalu layan youtube? tak kisah la dengar lagu ke, tengok iklan ke, citer ke apa ke. tengok video ilmiah ke. mesti ada kan? kalau boring je, ada yg akan bukak youtube untuk isi masa lapang. ye tak?

sama la aku pun.

tapi sejak dua menjak ni, aku pun selalu jugak bukak youtube. tapi selain melayan video tu, aku suka baca komen2 kat bawah tu.

contoh, iklan petronas dalam previous entry aku.

orang kita banyak argue pasal yahudi, bonus tak dapat la, tukar kerajaan la. come on la weh. just tengok je la video tu dan grab mesej yg disampaikan tu.

*jangan tanya aku uzbek tu negara yahudi ke tak. aku tak cukup ilmu pasal tu.

tu baru satu video. try tengok video2 lagu rock kapak.

contoh dari satu video. lagu ape, teka la..


dulu aku paling suka nyanyi lagu nie.
time tu ngan xgirlfriend KU.
aku ingat ianya sekadar lagu saja, rupanya ianya bnr2 berlaku terhapa ku.
sedih juga bila dgr lagu ni smula.
lagu ni khas utk CT R.harap berhibur

Smalah kita Eyzat... Aku pon cuba buktikan cinta aku pda dia... Sbb sblum nie dia dpermainkn Ex dia... Jdia dia pyah nak pcya llaki... Jdi aku cuba bktikn aku syang dia... Aku usha dn mcm2 plan mg nak buktikan sngat2... Last2 aku dpat tawu stts dia kat FB dan in relationshp ng sorg laki nie... Siap2 main syang B lgi... Wahh hati mna xsakit.... Aku ttap syang evn dia buat cmnie... Cinta tak smstinya mmlikikan.....


hadoi. nak kelakar ke nak sedih ni. tak tau la. cukup la dua contoh kan..




August 9, 2012

appreciate Malaysia more

this is good CM. petronas memang tetap tak mengecewakankan setiap tahun.

btw, Jeyhun tu comel sangat. haha.

Erman, a PETRONAS engineer stationed in Central Asia, struggles to adjust to life away from home, when his path crosses that of a local boy, Jeyhun.
While Erman and Jeyhun start out as strangers, every step brings them closer to realising their true potential, to reimagining their energy and making a difference to those around them. Its a story of one man's journey of self-discovery and exploration towards the meaning of life

While past PETRONAS TVCs have always celebrated stories from within Malaysia, this year, it tells a bigger story -- of the role that PETRONAS plays in its countries of operations.





well, Petronas sebenarnya layak kot kalau produce filem. haha. ada kualiti. tapi filem sarat mesej camni, ramai ke nak gi tengok kat wayang? hm, kena pk balik tu.

k la, nak sambung buat kuih raya. yes, aku buat kuih raya, so what? hahaha

August 7, 2012

gambar2 di ladang ayam part 2


part II: selain kerja

hari tu dah upload gambar2 yang related dengan kerja kat sana. ni ada gambar2 lain pulak. haha. gambar2 ni memang tak akan masuk report la. haha.


aktiviti 1: mandi sungai!!






































mandi sungai lepas buat kerja penat2 tu memang best! kawasan dia pun sangat bersih dan sejuk! ramai orang datang sungai ni hujung minggu, so, dengan berpandukan bro Badi, anak jati kawasan tu, dia bawak kitorang kat port yang xde orang. best!



aktiviti 2: pool table!!






































bagus bos kitorang ni. dia prepare pool table untuk pekerja dia, sebab memang kalau ayam dah masuk 10 hari sampai dekat2 nak harvest tu, xde keje sangat. so boleh r nak habiskan masa lapang dengan bende ni. huhu. dan kitorang pun same2 manfaatkan la. huhu.



aktiviti 3: masak dan makan!

gambar yang ni paling banyak skali. haha. tapi aku letak sket2 je la. gigih sangat2 diorang masak. dan pada masa yang sama, banyak jugak aku blajar masak. huhu. so, jangan sangka dak laki xreti masak weh.

ni sumer gara2 masterchef celebriti Malaysia la nih. haha

























August 5, 2012

gambar2 di ladang ayam part 1

sekitar sesi practical di AZNOR DYNAMIC POULTRY SDN BHD:

part 1: kerja
































































































antara gambar2 kerja2 yang kitorang lakukan kat sana. dari loading anak ayam dan bersauna dalam tu, stage grower, cuci heater, tangkap ayam, sampai la cuci reban.

good experience :)