October 2, 2012

kroni

budi bahasa dan adab sopan tu kita dah belajar dari kecik dah. tak payah tunggu masuk sekolah, kita dah diajar untuk membudayakan ucapan terima kasih setiap kali dapat upah pergi kedai mahupun dapat hadiah apa-apa sekalipun. mama abah pun ajar macam tu. sampai kalau tak cakap terima kasih, tak dapat upah. haha. well, upah tu bukan persoalannya pun kat sini.

budaya berterima kasih tu adalah common sense pada masyarakat kita yang berbudi bahasa ni. tapi yelah, masa berubah kot. tu yang tak sama dah tu.

tapi memang pegangan aku, tak mengharapkan ucapan terima kasih mahupun balasan apa-apa setiap kali tolong orang atau berbuat baik apa saja la. ikhlas. itu lebih baik.

dan tolong orang juga bukan merangkumi hanya pada kroni-kroni kita sahaja. kalau la definisi 'tolong' tu macam tu, kesian la makcik yang nak lintas jalan, orang buta jatuh hilang tongkat, mangsa kebakaran, yang mahu bantuan nak buat pembedahan dan sebagainya.

agak terkilan tengok sesetengah orang, bukan tak tahu kawan tu perlu bantuan, tapi sebab tu bukan kroni dia, dia tak nak tolong pun. kena pulak si kawan tu terhegeh-hegeh cari dia nak mintak tolong itu ini.

nanti timbul pulak persoalan, "la, kenapa tak cakap nak mintak tolong?". adui, orang tua yang jatuh kat tempat orang ramai tu, kau tolong, tapi dia tak mintak tolong pun. sebab apa? prihatin?

yela. kita lagi prihatin kat orang luar / strangers daripada prihatin kat kengkawan sendiri. kan?



No comments: