December 21, 2012

gagal

tarikh hari ni: 21/12/2012

ada la seminggu lebih lagi dalam 2012 ni. dah nak habis dah. dan tahun 2012 akan menutup tirai dengan kegagalan aku menyempurnakan beberapa perkara yang pada awal tahun dulu aku nak buat.

dan satunya, kegagalan untuk jadi lebih baik, lebih dekat dengan Tuhan.

memang, aku akui aku bukan baik mana pun. banyak juga teguran dari orang orang di sekeliling tentang satu dua perkara. dan aku nampak kekurangan itu.

perubahan bukan boleh jadi sehari dua. dan susah nak istiqamah. itu yang aku gagal sebenarnya. semai amalan tu sehari dua, paling lama pun seminggu dua, pastu kurang balik. kadang-kadang nak sedapkan diri sendiri, aku kata, nak buat macam mana, sibuk dengan itu ini. padahal alasan je semata-mata.

Ya Allah, ampuni aku. aku tak kuat. didiklah hati ini untuk lebih dekat denganMu. Amin.

*matlutfi90 ada cakap, bila ada masalah, baru ingat Tuhan. harapnya aku tetap ingat Tuhan saat masa susah dan juga senang.

1 comment:

Hikaru Yui said...

minat matlutfi jugak ke?

btw hari2 kita usaha jadi baik.. just keep on going n ull get there =p