November 6, 2012

konvensyen prs kebangsaan

alhamdulillah, it's already november.

selesai sudah Konvensyen PRS IPTA peringkat kebangsaan anjuran PRS UNiSZA. alhamdulillah, rata-rata kesemuanya berpuas hati dan banyak input yang dapat diambil. bukan senang nak anjurkan program peringkat kebangsaan macam ni, tapi alhamdulillah, kami mampu laksanakan.

topik utama konvensyen ni adalah berkenaan generasi Y, macam aku ni la. generasi y, kebanyakannya mesra teknologi, sms, facebook dan sebagainya serta multi-tasking. macam aku jugak. haha. dalam sibuk2 urus pasal konvensyen, boleh selesaikan bacaan Rooftop Rant, buat drap thesis, dapatkan draf untuk 'projek mega' aku, dan macam2 lagi la. haha

bila berkumpul ramai2 dalam konvensyen macam ni, kita jumpa ramai orang, dan dalam sesi pembentangan selari tu, aku dapat tengok macam mana perkongsian idea tu berlaku. banyak benda menarik yang dibangkitkan dan dibincangkan bersama-sama.

insyaAllah, PRS akan meneruskan lagi aktiviti2 seumpama ini.

*rest sekejap minggu ni untuk cover lecture, assignment dan thesis. huhu

No comments: