February 22, 2011

budak 5 tahun dengan power rangers hitam

ini cerita betul. tak percaya tanya abah saya.

ini cerita zaman belum suara garau. belum akil baligh. zaman doraemon, thunder cats dan zaman main kawin2. dan paling hebat bagi budak lelaki ialah zaman power rangers.

saya juga budak lelaki yang ketagihkan power rangers. ketika itu, saya masih anak bongsu dalam keluarga (adik saya aeyman syafiq lahir ketika saya umur 7 tahun). saya tak ingat tarikh dan waktunya, tapi bila tiba masanya, saya akan pastikan saya akan dan boleh melapangkan diri di rumah. pernah sekali saya beritahu mama yang saya nak demam bila mam dengan abah nak ajak keluar pergi shopping.

saya tahu saya nakal. haha.

fenomena power rangers menular di kalangan kawan2 hingga ada yang ada patung power rangers. bukan patung macam barbie doll yang comel tu, tapi patung power rangers putih yang lengkap berpedang dan boleh berkeadaan bertopeng dan tidak bertopeng. itu memang hebat!

saya balik rumah, saya minta dengan abah. minta power rangers hitam. nak sebijik sama macam kawan saya, boleh tukar2 rupa. keluarga saya ketika itu bukanlah kukuh sangat ekonominya, jadi abah tak mahu beli. menangis, meraung, itu biasa la. masa itu anak bongsu. senang dapat apa dihajat, tapi tiba-tiba tak dapat.

dengan akal umur 5 tahun, saya kata pada abah, "gaji abah kan banyak, lebih seribu. takkan tak boleh belikan mainan untuk k?"

saya tak ingat sangat reaksi abah, tapi abah ada kata, "dah besar nanti, kamu akan faham tentang tanggungjawab, kamu akan faham sendiri."

dan, saya rasa saya faham sekarang.  ('-')

3 comments:

sawn said...

Nasib baik masa kecik-kecik dulu aku tak minat sangat mainan-mainan action figure ni....

Tapi aku pernah gi tengok wayang filem power ranger yang 1st... hihihihi

Maya Liyana Yahya said...

sedeh lak aku dgr ayat ayah tu..T_T

mr kay said...

sawn: best kan movie tu? haha

maya: abah aku buat macam tu sebab nak didik aku tu. sebenarnya boleh je dia beli, tapi saja lambat2.

last2, aku dapat jugak..haha