beberapa hari lepas, kawan saya dari Mesir datang melawat saya dan yang lainnya di kampus. dia dulu belajar di sini, amik course degree in biotech. sampai sem 3, ada rezeki untuk dia belajar di Mesir, ambik medic. alhamdulillah, tercapai jugak hasratnya untuk ke sana.
kami lepak bersama, cerita macam-mcam cerita, dari isu Hosni Mobarak, isu belajar hinggalah isu merepek. main gitar, lepak di kedai makan, semua la. dari apa yang saya nampak, perubahan sikap itu ada dalam dirinya. ada azam yang kuat untuk belajar, dan mempraktikkan apa yang dipelajari. lebih dekat dengan agama Tuhan dan lebih matang. alhamdulillah~
saya berharap, saya mampu jadi seperti dia. matang dalam pemikiran, matang dalam perbuatan. saya kagum, kerana dalam tempoh 5 bulan dia di Mesir, ada banyak perubahan sikap dalam dirinya, walaupun dari luar, masih gila-gila seperti dahulu.
saya harap minda saya cukup kuat untuk melakukan perubahan. amin~
most people said that "sharing is caring".. so i think by this blog,, i can share anything with everybody..
February 28, 2011
February 25, 2011
PERTANDINGAN PHOTOGRAPHY SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2011
saya sedang "menyelam" dengan google, dan terjumpa ini.
HARI PENGGUNA MALAYSIA 2011.
PERTANDINGAN PHOTOGRAPHY:
Kategori A:
Pelajar (Terbuka kepada semua pelajar sekolah, IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6)
Kategori B:
Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Hadiah
Kategori A
Hadiah Pertama RM1,500.00
Hadiah Kedua RM1,000.00
Hadiah Ketiga RM750.00
Hadiah Sagu Hati (x10) RM200.00
Kategori B
Hadiah Pertama RM2,000.00
Hadiah Kedua RM1,500.00
Hadiah Ketiga RM1,000.00
Hadiah Sagu Hati (x10) RM200.00
Tema Pertandingan
Kategori A: Pelajar
1. Sistem pengangkutan awam di Malaysia
2. Produk dan perkhidmatan yang mesra alam.
Kategori B: Umum
1. Sampah dan rakyat Malaysia.
2. Pengiklanan dan makanan.
Tarikh tutup pertandingan: 17hb Jun 2011.
Untuk borang penyertaan & keterangan lanjut sila lawati laman web MyPengguna
notakaki: lambat lagi tu, so boleh asah skill yang dah berkarat. haha

February 24, 2011
formspring: komen pasal classmate
soalan dari formspring ni.
haha, kelakar punya soalan. soalan dari anonymous, tapi aku rasa maybe aku tau siapa yang bertanya ni. hehe.
okey. aku akan buat satu entry special untuk bagi opinion aku tentang semua classmate aku, tapi bukan sekarang la. maybe dekat2 nak grad ke..baru aku jawab dengan jujur dan open-minded. cuma yang aku risaunya, penerimaan classmate aku je nanti. haha.
dulu aku pernah buat macam ni masa zaman2 matrikulasi dulu. aku akan bagi personal opinion kat semua orang dan luahkan habis-habisan. kira bagi setel la. hahaa.
untuk kali ni, kita tengok la dulu macam mana.
kau berani tak tulis tentang semua classmate kau? maksud aku, kau bagi personal opinion kau terhadap diorang, seorang demi seorang. tulis dekat blog. berani?
haha, kelakar punya soalan. soalan dari anonymous, tapi aku rasa maybe aku tau siapa yang bertanya ni. hehe.
okey. aku akan buat satu entry special untuk bagi opinion aku tentang semua classmate aku, tapi bukan sekarang la. maybe dekat2 nak grad ke..baru aku jawab dengan jujur dan open-minded. cuma yang aku risaunya, penerimaan classmate aku je nanti. haha.
dulu aku pernah buat macam ni masa zaman2 matrikulasi dulu. aku akan bagi personal opinion kat semua orang dan luahkan habis-habisan. kira bagi setel la. hahaa.
untuk kali ni, kita tengok la dulu macam mana.
kawal emosi
kadang-kadang
emosi yang terganggu membuatkan kita tidak bijak dalam membuat keputusan.
sedang cuba kawal emosi. terima kasih.
emosi yang terganggu membuatkan kita tidak bijak dalam membuat keputusan.
sedang cuba kawal emosi. terima kasih.
February 22, 2011
budak 5 tahun dengan power rangers hitam
ini cerita betul. tak percaya tanya abah saya.
ini cerita zaman belum suara garau. belum akil baligh. zaman doraemon, thunder cats dan zaman main kawin2. dan paling hebat bagi budak lelaki ialah zaman power rangers.
saya juga budak lelaki yang ketagihkan power rangers. ketika itu, saya masih anak bongsu dalam keluarga (adik saya aeyman syafiq lahir ketika saya umur 7 tahun). saya tak ingat tarikh dan waktunya, tapi bila tiba masanya, saya akan pastikan saya akan dan boleh melapangkan diri di rumah. pernah sekali saya beritahu mama yang saya nak demam bila mam dengan abah nak ajak keluar pergi shopping.
saya tahu saya nakal. haha.
fenomena power rangers menular di kalangan kawan2 hingga ada yang ada patung power rangers. bukan patung macam barbie doll yang comel tu, tapi patung power rangers putih yang lengkap berpedang dan boleh berkeadaan bertopeng dan tidak bertopeng. itu memang hebat!
saya balik rumah, saya minta dengan abah. minta power rangers hitam. nak sebijik sama macam kawan saya, boleh tukar2 rupa. keluarga saya ketika itu bukanlah kukuh sangat ekonominya, jadi abah tak mahu beli. menangis, meraung, itu biasa la. masa itu anak bongsu. senang dapat apa dihajat, tapi tiba-tiba tak dapat.
dengan akal umur 5 tahun, saya kata pada abah, "gaji abah kan banyak, lebih seribu. takkan tak boleh belikan mainan untuk k?"
saya tak ingat sangat reaksi abah, tapi abah ada kata, "dah besar nanti, kamu akan faham tentang tanggungjawab, kamu akan faham sendiri."
dan, saya rasa saya faham sekarang. ('-')

February 21, 2011
new talent: syeera sanders!
ini satu talent baru yang ramai mula perkatakan. try dengar lagu kat atas, pastu tengok la video2 dia yang lain main gitar. best kan?
makin ramai orang gunakan youtube sebagai platform untuk tonjolkan bakat. tapi apa salahnya kan?
ni satu lagi video best. aku suka dia cover lagu dunia by bunkface ni..layan~
February 20, 2011
review: Lab The Rat
satu band baru di xfm yang saya rasa best. tajuk lagu di atas-i know. catchy, saya fikir.
saya sendiri belum dig in tentang mereka, sebab sekarang ini, sepatutnya saya study untuk test pada pukul 830 pagi ini. tapi biasalah, saya tak mampu fokus terus menerus. kena break sekejap sambil tunggu azan subuh.
esok juga ada test. jadi tunggu sajalah bila saya ada kelapangan untuk cari lagi info pasal band ni.
ini, satu video buat saya kurang stress awal-awal pagi. kurang sikit stress saya pagi-pagi ni.
February 18, 2011
malam ini
malam ini
tiada seribu bintang menemani seperti selalunya
cahaya bulan pun sayup-sayup terpana di celah-celah awan
oh bintang, pulanglah padaku
kerana ku tak bisa kesepian, sendiri
oh bulan, terangi malamku
kerana ku ketakutan di waktu malam.
notakaki:apesal earning nuffnang aku ni? nuffnang memang prob ke skrg wey? satu pun tak masuk. ada apa2 advice?

Rakan2 Ana Raffali
hebahan kepada siapa yang suka ana raffali macam saya.
sekarang ana raffali dah ada kelab peminat yang bergelar "Rakan2 Ana Raffali". jadi kepada siapa2 mahu jadi Rakan2 Ana Raffali, boleh la daftar. senang je. emailkan nama penuh, no telefon kepada marhaens@anaraffali.com. tarikh tutup adalah 1 mac 2011.
kenapa Rakan2 Ana Raffali ditubuhkan? tujuannya untuk menyokong kerjaya Ana sebagai seorang singer-songwriter, meminati karya dan muzik Ana, dan merapatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan Ana.
oh ya, dengarnya Ana Raffali akan ke Batu Burok sabtu ni. hari sabtu pulak aku ada test. lepas test tu, terus ke Batu Burok la. hehe.

February 17, 2011
membunuh
kadang-kadang
duit mampu membunuh segalanya.
membunuh jiwa
membunuh kehendak
membunuh naluri
membunuh minat.
*baru pulang dari ladang. nak sikit susu kambing segar?
:)
duit mampu membunuh segalanya.
membunuh jiwa
membunuh kehendak
membunuh naluri
membunuh minat.
*baru pulang dari ladang. nak sikit susu kambing segar?
:)
February 12, 2011
trivia hantu kak limah
filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang berjaya berdasarkan kutipannya. itu dah cukup bukti.
secara personal, filem ini okey. cukup sekadar okey. boleh diterima tapi tidak la berapa kuat sebab tak ada element kuat untuk saya rasa begitu.
pendapat saya bukan releven pun kan?
dua kali jugak saya melayan filem ini. dan ada beberapa perkara saya perasan. antaranya:
1. Pak Joko, bomoh dari indonesia. waktu adegan dia menurun, baca mantera, pada asalnya saya tak perasan apa yang dibaca, tapi sebenarnya, itu semua istilah saintifik. semua ada dalam periodic table. cuba tengok balik.
2. cerita ini adalah cerita futuristik, sebagai plot berlangsung sekitar 2013. kenapa saya kata begitu? ya, tak ada seekor karakter pun kata begitu atau sebut tahun 2013. memang tak ada.
klu dia ada pada adegan bapak Che Nin bawak Husin ke kubur Che Nin. perasan atau tidak, hayat Che Nin di batu nisan, 1987-2010.
dikatakan, Che Nin meninggal enam bulan selepas Husin pergi ke Singapura (ada diberitahu pada awal cerita). konklusinya, cerita ini berlaku sekitar 2013. haha.
secara keseluruhannya, filem Mamat Khalid ini ada mesej tersendiri yang mahu disampaikan kepada penonton. ada banyak elemen yang disentuh yang aku sendiri berbelit-belit untuk tulis di sini. sebab dah beberapa kali tulis-padam-tulis-padam. haha
belum tengok? tanya kawan2 yang ada download tu. sedut je.

February 10, 2011
Kuala Lumpur, Aku Okay
pertamanya, niat aku menulis ni hanyalah untuk menyebarkan info pasal buku ini. nak berkongsi pada semua, kerana aku pasti ramai yang tak berapa tahu projek seni yang best macam ni. okey?
pada awalnya, aku dapat info dari seorang rakan pasal buku ni, dan sebenarnya buku ini adalah ilham dari suatu projek filem . terkejut aku. macam tak percaya. tapi ada sudah video di youtube. tengok bawah:
menarik kan? em, sekurang2nya menarik pada aku. :p
sebelum ada filem, ada buku dulu. aku sendiri pun belum beli disebabkan masalah kewangan yang belum selesai. maka, entri ini adalah satu sumbangan kepada team Kuala Lumpur, Aku Okay, berharap agar pembaca blog aku (walaupun aku tahu tak ramai) tahu pasal ni dan beli buku ni seterusnya menambahkan kutipan duit korang untuk projek filem korang.. setidak-tidaknya ada sikit promosi untuk kalian.
okey. cukup. cara untuk beli:
1.Masukkan RM25 atau lebih, kalau mahu (RM5 adalah bayaran pos) ke akaun berikut:owh, untuk pengetahuan, buku ini ditulis oleh Mohd Jayzuan, Sufian Abas, Aidil Rusli, Fazleena Hishamuddin & Razaisyam Rashid.
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)
2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (dvinecomedy di hotmail dot com)
3. Nyatakan alamat
4. Sebaik saja siap, kami akan menghantarnya secepat mungkin (Penghantaran dibuat tiap hari Selasa).
setakat ni, dua buku tulisan Jayzuan aku dah ada. harap-harap, masalah kewangan aku akan selesai dan sempat sambar satu buku ni.
February 9, 2011
Ana Raffali dan Yuna
santai betul kan? haha.
cerita kemenangan Ana Raffali di AJL25 semakin lama semakin sejuk dan semakin diterima orang ramai. Alhamdulillah. senang hati aku. haha.
oh, baru-baru ni, aku dah beli cd YUNA-DECORATE. okey, tak la baru sangat. cover CD yang simple, menarik. dan lagu yang berjaya buat aku ulang-ulang track yang sama berpuluh-puluh kali ialah, Rocket. lagu Rocket ni sebenarnya dah lama Yuna nyanyi. aku pernah ada lagu ni dulu, tapi arrangement music sangat berbeza. dan aku suka giler new verion of Rocket ni. dan satu lagi lagu, Decorate la. dengar ulang-ulang pun best, walaupun lagu dia pendek je.
February 7, 2011
minggu serabut!
serius, entah berapa kali aku tulis panjang-panjang, dan lepas tu bila baca balik, macam tak best, so aku padam semua. dan hasilnya, pukul 5 pagi dah. tak berjaya tidur. sudah la hari ni kelas dari pukul 8.30 sampai 3 petang. memang maraton la.
aih~
aku rasa..aku nak namakan minggu ni dengan satu gelaran.
"MINGGU SERABUT!!!"
serabut dengan masalah personal.
serabut dengan assignment.
serabut dengan masalah orang lain.
serabut dan serabut!
aduh, serabut.
*
tak ada apa untuk aku tulis. ada nak bagi idea?

lepak
syukur kerana kawan-kawan aku di mesir ramai yang sudah pulang ke malaysia. sedang nikmati hidup di tanah air dan bersenang-lenang bercuti sementara aku bertungkus-lumus menyiapkan tugasan dan belajar serta bersedia untuk ujian.
okey aku jealous sebenarnya. kalau la aku pun ada cuti jugak, boleh lepak2 dengan korang. boleh lepak2 mamak sambil cerita panjang lebar kan?
okey aku jealous sebenarnya. kalau la aku pun ada cuti jugak, boleh lepak2 dengan korang. boleh lepak2 mamak sambil cerita panjang lebar kan?
February 4, 2011
anak jiran belakang rumah
petang itu Amin dah berjanji dengan Halimah anak jiran belakang rumah untuk main badminton sama-sama. cuaca yang redup, tak berapa panas itu sungguh sesuai untuk main badminton. boleh juga bersenam untuk keluar peluh dan juga buang sedikit lemak yang terkandung di dalam perut. apabila tepat pukul 5.30 petang, terkocoh-kocoh dia mengayuh basikal untuk ke taman permainan. dan dia turut berdoa agar petang ini angin tak bertiup kuat. senang nak tunjuk kehebatan dia depan Halimah.
*
kecewa. sebab Halimah anak jiran belakang rumah tak datang-datang. lagi kecewa, dalam perjalanan pulang lewat senja itu, dia nampak Halimah bermain dengan Zaki, kawan sekolah yang jauh lagi comel dari Amin.

February 2, 2011
anak kucing terbuang
anak kucing kelabu itu dari malam semalam mengiau dengan kuat. mencari ibu. dia sangat lapar, dan mengharapkan ibu pulang untuk menyusukannya.
apabila kita membesar dengan kucing di sekeliling kita, kita boleh faham apa kucing itu mahu. tak ada kuasa special pun untuk faham hati kecil anak kucing kelabu itu.
pagi tadi, awal-awal lagi dia mengiau lagi. sampai serak suaranya. anak kucing kelabu itu, satu lagi mangsa pembuangan anak.
suara tangis anak kucing kelabu itu pun boleh runtuhkan hati manusia, apatah lagi tangisan anak manusia.

kebahagiaan
Kenapa kita tidak bangga dan senyum melihat kebahagian kawan-kawan
sambil berdoa agar diberikan kebahagian dan keindahan dalam kehidupan
bukannya cemburu yang tak berhabisan
atau minta dia ditimpa kecelakaan
cukup-cukuplah dunia saling bergaduhan
mengapa antara kita tidak senyum dan berpelukan?
*kopy sebiji seketul dari seksiovari

Subscribe to:
Posts (Atom)