November 30, 2011

contengan jalanan

"aku rasa sangat selfish kalau aku tak kongsi benda ni dengan kau"

terkesan dengan quote ni, so aku nak kongsi apa yang aku dah baca, yang sedikit sebanyak buat aku sendiri susun balik hala tuju hidup aku dan cuba cari erti hidup. 


cuba google, ramai yang bagi komen positif. 

dan pada yang dah baca novel ni dan tercari-cari "The Eleventh Hour", ni aku nak share.


pakai earphone  untuk lebih jelas dengar dialog dalam video ni. xde subtitle. :)

November 26, 2011

impian

currently ada di ITU, Melaka. doing practical on poultry subject. hari-hari masuk reban ayam, jaga anak ayam. sambil-sambil tu tengok pasal puyuh, ayam kampung.

best. sape kata tak best? haha, yes, memang berbau ayam dah. tapi this is what we learnt and maybe, insyaAllah, this will be our career.

bercakap pasal kerjaya, sebenarnya luas skop kerjaya kos aku ni. antara cabang yang boleh masuk, pemakanan ternakan, makmal perubatan, lecturer, management, bisnes. haa, kan banyak tu. boleh pulak pilih nak fokus kat ternakan mana. lembu daging, lembu tenusu, kambing, ayam. pilih je.

dalam tempoh amali di IVM dan ITU ni, selain terdedah dengan pengurusan poultry dengan dairy, practical session ni banyak buat aku fikir tentang perancangan masa hadapan. kat mana aku nak apply kerja, apa skill aku kena ada, macam mana atau apa yang aku perlu ada nak bukak ladang sendiri dan macam-macam persoalan lagi la.

jauh lagi perjalanan hidup aku ni..haish..

November 20, 2011

salah siapa?

situasi ni aku tengok sendiri masa cuti mid-sem lepas, yang raya haji tu. since aku tak balik rumah dan stay dekat kampus je, so dengan motor yang ada (pinjam), aku rajin la ke sana ke mari. so sau hari tu, aku gi ke Giant, dan kebetulan dekat TTC (Terengganu Trade Center) ada PIKOM PC Fair. memang normal la jalan kat area situ jam kalau ada event kat TTC tu.

dan macam biasa, parking pun penuh la kan. kebetulan aku pun susah nak cari parking motor hari tu, so aku masuk r sampai ke belakang Giant tu. memang dah hujung2 dah aku parking tu. oleh sebab ni motor kawan aku, aku kunci r baik2. risau weh.

beberapa saat kemudian, sabuah kereta Perdana parking dekat2 area motor aku gak la, tapi berhampiran dengan tempat sampah. keluar2 dari kereta, komplen pasal bau busuk sampah tu. aku nak menggayakan cara dia cakap pun x reti, sebab ada gediks2 sikit la. haha. ouh, dalam kereta tu ada dua orang awek cantik. tapi cupcake saya lagi cantik la. huhu.

masalah kat sini, salah siapa? dah kau yang pergi parking kat tempat sampah tu kenapa? dah berapa lama tempat sampah tu ada kat situ? kau pulak baru terhegeh2 nak parking kat situ. dan memang normal la sampah berbau busuk kan? ke ada yang wangi? kalau sampah wangi, baik simpan je kat umah, kenapa buang? tak pun amek sket sampah tu, simpan buat pewangi kereta ke, apa ke. haha.

dah memang tipikal orang kita ni, ada benda tak kena je, salahkan orang/benda lain dulu. padahal tak sedar diri sendiri punya salah.

first time

"inilah pakwe aku,"sambil tunjuk ke arah aku.

 first time dia cakap macam ni. selalunya tak nak tunjuk sangat kat orang yang kami ni kapel. nak sorok2 la kononnya. huhu.
*sorok apanya, padahal profile picture aku pun gambar dengan dia. huhu

thanks cupcake.

November 17, 2011

facebook bahasa melayu

ni aku baru baca blog kahuna. dan entri kempen bahasa melayu tu memang menarik.

yes, aku salah seorang yang guna facebook bahasa melayu. dan normal dah pada aku, orang lain akan gelak (aku akui aku pun gelak jugak) bila tengok translation yang macam2 tu. bukak facebook, tengok pesanan, suapan berita, suka status dan macam2 lagi.

atas korang la nak guna bahasa apa pun kat facebook tu. sebab ikut keselesaan korang la. jangan agungkan sangat bahasa orang sampai bahasa sendiri pun lupa.

p/s: belajar dalam kelas, setiap kali tanya definition, jawapan korang mesti direct translate ke bm kan? contoh, what is broiler chicken?, jawapan pertama mesti, ayam daging.

November 14, 2011

baguslah dia dah senyum

membuatkan cupcake saya senyum dah cukup buat saya gembira.
okey, makin hari makin menjadi jiwangnya. haha

November 10, 2011

kenapa tension?

aku tak tau la sekarang ni musim apa yang menyebabkan penuh status kengkawan aku dengan perkataan 'tension'.

sebagai contoh:

-tension la assignment x siap lagi.
-tension kena marah dengan mak
-tension x kemas barang lagi
-tension sebab nak exam, x baca buku.

dan sebagainya la.

dulu masa aku tension dengan assignment berlambak2 lepas abang aku kawin tu, aku pun tulis kat fb pasal aku tension. dan quote dari kawan aku:

kenapa la nak tension2,tak mendatangkan apa2 pun,kerja tak siap jugak,faham tak faham jugak,jd jgn buang masa dgn bertension. Bergerak dan mula melakukan kerja.
haha. terbaik :)

November 9, 2011

another surprise

yes, another surprise, haha. dah 3 kali dah ni.

plan asal semalam, sewa kereta, drive ke besut, amek dia kat sana, dan pergi KB Mall. kononnya dia ada kat rumah, so gi amek dia dulu la kat umah dia.

dan pagi semalam, lepas aku amek kereta, dia bagitau, aku kena jumpa kawan dia, amek barang kat kawan dia. sampai2, tengok xde orang, tapi ada barang dia. then aku cucuk duit, pastu masuk kereta.

dia ada dalam kereta dah.

haha. serius aku ingat aku mimpi ke, hologram ke apa ke. haha.

rupa-rupanya dari kelmarin lagi dia dah balik sini, teman aku kat sini. haha.


dan the rest of the day, it was so joyful since i have her on my side~

November 7, 2011

kena serang malware?

salam aidil adha semua. yes, seronok beraya sorang2 dalam bilik sambil tengok facebook, semua status pasal daging masak rendang, buat bbq la, macam2.

NAK JUGAK!!

haha.

ni ada blogger aka kawan aku dari oversea cakap, blog aku ada malware. dia tak dapat bukak blog aku. ni korang yang lain singgah blog aku, ada dapat tak warning, kata blog aku ada malware bagai ni?

kengkawan sekalian, kalau betul blog ni diserang malware, apa patut aku buat? camner nak remove malware ni? tolong la. aku tak reti bab2 ni.

November 6, 2011

Separuh akhir Muzik Muzik 26

Berikut merupakan senarai lagu dan penyanyi (komposer/penulis lirik) yang mara ke peringkat Muzik Muzik 26 Separuh Akhir:
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Janji oleh Akim (Akim/Akim)
3. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
4. Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)
5. Maaf Dari Hati oleh Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)
6. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
7. Bagaikan Bidadari oleh Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)
8. Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)
9. Perpisahan Ini oleh 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)
10. Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)
11. Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)
12. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
13. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
14. Muda oleh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
15. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
16. Kurnia oleh Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)
17. Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)
18. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
19. Mata Hati oleh Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)
20. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
21. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
22. Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)
23. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
24. Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
25. Aku Permata oleh Salma (Taja/Tun Teja)
26. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
27. Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
28. Cinta Teragung oleh Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)
29. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
30. Bila Bertemumu oleh Shiha (Ajai/Ajai)


ramalan awal: tahun ni aku tak rasa genre indie akan dominate lagi. haha. aku taknak cakap apa lagi. tunggu masuk final, baru aku buat ramalan. huhu

November 5, 2011

rehab

well, sunyi sepi unisza sekarang. sebab cuti. lengang weh. haha.

yes korang betul. aku tak balik cuti raya ni. haha. tak percaya kan? well me too. sebab biasanya bab-bab cuti ni aku paling pantang dan paling tak boleh la kalau tak balik. huhu.

but kali ni, i choose to stay here. tinggal sorang2. sunyi2. sebab ape? hm..

tapi walaupun dah nekad nak stay sini, bergocak jugak hati bila tengok orang seret beg nak pergi ke foyer pejabat asrama, naik bas. fyi, aku memang tak boleh tengok orang seret beg balik kg, sebab automatically akan terfikir mama dengan abah dekat rumah. dan tambahan sekarang ada anak kucing comel kat rumah, lagi r rasa nak balik.

yes indeed. aku homesick sekarang.

padahal last week baru je balik sebab kenduri kawen abang aku. tapi tak seronok sebab balik kena buat kerja, rumah sibuk dan sebagainya. lagipun serius tak abes rindu lagi nak main dengan anak2 kucing tu. adeh. kembang (kucing aku) pun x sempat nak tido dengan aku lagi.

*

lately, aku terasa yang banyak benda yang aku perlu betulkan pada diri aku ni. tak berapa nak stabil. lepas kena hentam kat sini, kena kat situ pulak. lepas tu dengan kes fakulti lagi. adeh.

menyentuh tentang kes fakulti, walaupun aku tak suka apa yang korang (refer kepada anak buah/student fakulti aku la ye) buat, aku tak pernah burukkan korang dekat dekan atau staf okey? sehabis baik aku tutup kesalahan korang tu. tak pernah pulak aku cakap "junior banyak songeh, mengada" atau "kelas sekian2 buat perangai. tak, okey? isu masuk paper tu pun, aku tetap tak cakap student yang buat, walaupun ada kemungkinan. dan kalian pun, dah besar panjang kan. fikir. FIKIR. okey? sekali lagi. FIKIR.

dan satu lagi, kepada anak buah aku dalam persatuan, jangan biar aku buat kerja sorang. aku tak larat dah ni. organisasi PMFPB bukan ada aku sorang je sebagai president. tolong alert. ada isu, bertindak. ada masalah, selesaikan. tolong la aku weh. korang jugak yang calonkan nama, beriye2 nak jawatan ni, so tolong komited ye.

oh ye. abang adi, cepat2 la bagi anak sedara. geram aku tengok cupcake aku asyik tunjuk gambar2 and video2 anak sedara dia yang makin hari makin comel tu. haha. taun depan, sorang, ok? haha

November 4, 2011

7 bulan

"weh, aku nak ngorat ko ni, ada orang marah x?"

"aku dah lama sebenarnya suka kat ko"


"cyg, orang gurau je la. mulai hari ni, orang terima cyg secara rasmi"

*

dah tujuh bulan bersama :)