November 20, 2011

salah siapa?

situasi ni aku tengok sendiri masa cuti mid-sem lepas, yang raya haji tu. since aku tak balik rumah dan stay dekat kampus je, so dengan motor yang ada (pinjam), aku rajin la ke sana ke mari. so sau hari tu, aku gi ke Giant, dan kebetulan dekat TTC (Terengganu Trade Center) ada PIKOM PC Fair. memang normal la jalan kat area situ jam kalau ada event kat TTC tu.

dan macam biasa, parking pun penuh la kan. kebetulan aku pun susah nak cari parking motor hari tu, so aku masuk r sampai ke belakang Giant tu. memang dah hujung2 dah aku parking tu. oleh sebab ni motor kawan aku, aku kunci r baik2. risau weh.

beberapa saat kemudian, sabuah kereta Perdana parking dekat2 area motor aku gak la, tapi berhampiran dengan tempat sampah. keluar2 dari kereta, komplen pasal bau busuk sampah tu. aku nak menggayakan cara dia cakap pun x reti, sebab ada gediks2 sikit la. haha. ouh, dalam kereta tu ada dua orang awek cantik. tapi cupcake saya lagi cantik la. huhu.

masalah kat sini, salah siapa? dah kau yang pergi parking kat tempat sampah tu kenapa? dah berapa lama tempat sampah tu ada kat situ? kau pulak baru terhegeh2 nak parking kat situ. dan memang normal la sampah berbau busuk kan? ke ada yang wangi? kalau sampah wangi, baik simpan je kat umah, kenapa buang? tak pun amek sket sampah tu, simpan buat pewangi kereta ke, apa ke. haha.

dah memang tipikal orang kita ni, ada benda tak kena je, salahkan orang/benda lain dulu. padahal tak sedar diri sendiri punya salah.

1 comment:

p!q4h b@guss said...

betol3.. tong sampah dh lma bersemadi kat situ..