September 30, 2011

My First Giveaway


*entri ini adalah sticky post okey?

so, ini adalah first giveaway yang aku anjurkan. disebabkan rezeki ada lebih sikit kali ni, so aku nak bagi la blogger2 yang bertuah ni. simple je.

cara-caranya:

1. tak wajib follow. tapi kalau rasa blog aku best, follow la. haha.
2. entri korang haruslah bertajuk "Amadkhir's First Giveaway"
3. letak banner atas tu kat entri korang dan link-kan banner tu ke entri ini.
4. tag paling kurang seorang kawan korang untuk join. maklumkan kat dia skali.
5. letak link entri korang kat ruang komen kat sini.


GA ini akan berlangsung dari 2 September sampai 30 September 2011.

pemilihan pemenang adalah random.org. tq.

takde paksaan untuk korang join. sape nak join, join la.

hadiah untuk giveaway ni setakat ni aku letak untuk 3 orang. nak tau apa hadiahnya?



RAYBAN 3025 FRAME AVIATOR + topap bernilai rm10 setiap seorang.
(*lense ada kaler hijau, silver dan hitam. kaler lense adalah random. takleh pilih.)

ok. ni bukan ori. tapi gred AAA. haha.

GOOD LUCK ^_^

September 27, 2011

freshie

buat masa ni, agak sibuk dengan Sukan Antara Fakulti (SAF) UniSZA. dan sambil-sambil tu, preparation untuk annual dinner fakulti sedang giat dijalankan.

sibuk mana pun, belajar tetap prioriti. malah, handle program macam ni pun satu cabang pembelajaran sebenarnya. sama juga dengan cara handle kritikan.


aku agak open dalam menerima kritikan membina, tapi kalau kritikan tu agak menyindir sesetengah pihak, agak-agak la kan? tambah-tambah lagi kritikan tu dari freshie. budak baru. masuk-masuk komplen itu ini.

kepada freshie, sila jangan cepat gelabah. okey?

September 20, 2011

ptptn

hidup zaman sekarang, duit bukan segalanya, tapi segala-galanya perlukan duit.

aku tengah dalam zon kesempitan wang gara-gara pptptn aku masih tak masuk. dan di awal-awal sem ni, semua nak kena bayar. dan masa ni jugak la spek aku nak pecah pun. adeh sabar je la.

*dah nak hujung september, so contest dah tak lama dah. koarng doa la hujung september ni ptptn aku dah masuk. kalau tak, pemenang bertuah tu nanti lambat la dapat topap. rayban korang tu ada je ni. huhu.

good luck korang.

September 11, 2011

masuk tahun tiga jadi abang besar

Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

jadi abang besar, secara fizikalnya. aku sedang cuba untuk mengecikkan diri. haha

hot topic minggu ni adalah sekitar mengenai bermulanya semester baru. di blog, status fb dan sebagainya semua cerita pasal emosi kemalasan, keberatan hati nak tinggalkan rumah dan sebagainya. itu semua normal. haha.

awal-awal semester ni agak menguji aku dalam menguruskan masa dan juga tanggungjawab. dengan orientasi, dinner fakulti, booth fakulti dan gerai bunga serta gerai makan PRS, sukan antara fakulti, tak lupa jugak report latihan industri dan latihan sangkut, presentation.

harap-harap aku dapat penuhi amanah-amanah ini. amanah dalam tugasan, amanah sebagai pelajar, amanah sebagai anak,

dan paling penting,

amanah kepada Tuhan.

September 8, 2011

jom join segmen

klik di atas ni untuk join.






ini segmen dari bro khairulosrol
aku join, kasi support.
dia mau kasi topap rm5 untuk 10 orang.
cabutan bertuah. haha.

mana la tau kot2 ada rezeki kan? haha.
jom r masuk skali
^_^

September 5, 2011

lagu untuk merdeka

lagu untuk sambutan merdeka yang jadi kesukaan aku setiap tahun.





ramai yang ingat lagu ni lagu baru. sedangkan lagu ni dari zaman2 skinhead, zaman ACAB dulu ni. lirik dia pada aku ada unsur patriotik. best.

tak lama lagi korang akan dengar hazama nyanyi lagu ni. arrangement AG dari band Hujan tu buat. so aku rasa akan hits, sebab project tribute to p ramlee, indiepretasi yang dulu pun, dia dah buat dengan jayanya.

 *sikit pasal Giveaway aku. tolong tengok balik sama ada korang ikut syarat atau tak. yang tak ikut syarat, sekiranya korang antara yang bertuah tu, tup2 aku check ada yang korang tak buat, so korang tak bertuah la sebab aku akan kasi hadiah tu kat orang lain. okey?

selamat kembali bekerja dan selamat puasa enam. aku balik universiti nanti baru puasa enam kot. haha.

September 1, 2011

suasana raya

yes. blog aku masih tak ada entri selamat hari raya. saja aku nak tulis lewat-lewat, sebab sehari sebelum raya tu agak bz buat itu ini. yes, tahun ni aku rajin. jangan tak tau aku pandai bakar lemang. haha.


raya tahun ni, aku rasa kawasan kampung aku meriah. terlebih meriah mungkin. sesak jadinya kampung aku dengan kereta-kereta mewah bernombor plat W** majoritinya. dan standard la masa-masa raya ni, tokey Petronas dan Shell Kampung aku akan duduk rumah kira duit la. penuh kereta beratur isi minyak. haha. nasib baik aku tak tau umah tokey minyak tu kat mana. kalau tak, dapat kot duit raya lebih.

suasana malam, tetap meriah. aku rasa anak2 perantauan kg gajah ni berpakat kot beli mercun dan bunga api banyak2 untuk memeriahkan kampung. termasuk jugak la abang aku. haha. untuk mereka yang ada anak kecik di rumah, kompem menyumpah-nyumpah tentang "meriahnya" dentuman mercun dan bunga api menyerikan langit malam. tak payah tengok tv, tengk kat dataran merdeka tu. kat kg pun ada. haha.

okey. ini spesel untuk para blogger semua. selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin. maaf semua salah silap. kadang-kadang ada tercurik isi kandungan entri korang, ada yang copy paste lupe nak letak link korang, ada yang terlupa balas jejak blogwalking, ada yang suruh follow tapi aku tak follow.

dan terima kasih kepada yang rajin tangan klik iklan di sini. tu kira duit raya jugak la tu. haha.

bloggers, drive safe okey? sila kurangkan kadar kemalangan jalan raya. haha