yes. blog aku masih tak ada entri selamat hari raya. saja aku nak tulis lewat-lewat, sebab sehari sebelum raya tu agak bz buat itu ini. yes, tahun ni aku rajin. jangan tak tau aku pandai bakar lemang. haha.
raya tahun ni, aku rasa kawasan kampung aku meriah. terlebih meriah mungkin. sesak jadinya kampung aku dengan kereta-kereta mewah bernombor plat W** majoritinya. dan standard la masa-masa raya ni, tokey Petronas dan Shell Kampung aku akan duduk rumah kira duit la. penuh kereta beratur isi minyak. haha. nasib baik aku tak tau umah tokey minyak tu kat mana. kalau tak, dapat kot duit raya lebih.
suasana malam, tetap meriah. aku rasa anak2 perantauan kg gajah ni berpakat kot beli mercun dan bunga api banyak2 untuk memeriahkan kampung. termasuk jugak la abang aku. haha. untuk mereka yang ada anak kecik di rumah, kompem menyumpah-nyumpah tentang "meriahnya" dentuman mercun dan bunga api menyerikan langit malam. tak payah tengok tv, tengk kat dataran merdeka tu. kat kg pun ada. haha.
okey. ini spesel untuk para blogger semua. selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin. maaf semua salah silap. kadang-kadang ada tercurik isi kandungan entri korang, ada yang copy paste lupe nak letak link korang, ada yang terlupa balas jejak blogwalking, ada yang suruh follow tapi aku tak follow.
dan terima kasih kepada yang rajin tangan klik iklan di sini. tu kira duit raya jugak la tu. haha.
bloggers, drive safe okey? sila kurangkan kadar kemalangan jalan raya. haha
3 comments:
memang aku tak tau ko pandai bakar lemang. hahaha. bagus2.
Selamat Hari Raya jugak Ahmad Khir Ahmad Humairi!
Maaf Zahir Batin
sorry kalau ada buat salah pape kat kau, spanjang kita kenal ni. thanks for everything jugak!
faizdz: haa, tu la kau. baru tau kan? haha
Selamat hari raya Nurul Faizdzrin Hamdan!
aku pun sama mintak maaf kalau ada salah silap. be strong, study hard. aku nak tengok ko jai doktor bila balik sini nanti. okey?
huuu. ucapan raya kau tu, aisehh. sedih pulak aku. hahahaha. insyaAllah weh. doakan aku nak exam ni! lagi 4hariiiiiiiiiiii T___T
thanks weh, kau lah antara membe2 yang ada di waktu susah. wawawawa. sangat dihargai. trima kasih ea.
Post a Comment