April 27, 2011

pasrah saja

okey, saya dah selesai dengan killer paper sebentar tadi. letih jawab esei panjang2 sambil berkejar-kejar dengan masa.

tak tau la rezeki macam mana dengan repro physio tadi..

April 26, 2011

Shannon Noll - Shine

took me about half hour to search for this song. but the feeling when hear this song, is amazing!

today is the day! FINAL EXAM!



Shannon Noll - Shine

Get up, get up, get up, get up,
lift your head
Come on, come on, get up out of bed
Today's the day you hold the world with your song
Go now, go now, go now, help escalate
Angels come down, help with this parade
To hear your voice ring out
Come on and shout it
Let your song be heard

This is the time
This is the day that we've been waiting for
All the world will stop to watch you shine

Hey now, hey now, hey now, hey now sing your hymn
This is the new national anthem
We will all stand on guard to let you be heard
Let go, let go, let go all the cannons
How beautiful this world has become
Now everyone will see what I believe
That these words should be sung

This is the time
This is the day that we've been waiting for
All the world will stop to watch you shine
This is the time
This is the day that we've been waiting for
All the world believes that you will shine

And if you fall
And if you fall
And if you trust then
Yes it will come true

Hey, hey
Yeah!

This is the time
This is the day that we've been waiting for
All the world will stop to watch you shine
This is the time
This is the day that we've been waiting for
When all the world will stop to watch you shine

April 25, 2011

hirup

Dunia menghidangkan 1001 perkara untuk kau hirup
jangan sesekali melaungkan "Aku tak ada hidup"

April 23, 2011

bila syaitan mula berbisik

hari selasa depan. 26 April 2011. first paper.

*dalam hati syaitan berbisik:
rileks la, kan ada 3 hari lagi. hari ni tak payah study la. tenangkan fikiran. pergi tengok movie, citer korea tu

huish!

mujur saya tak cepat dengar bisikan syaitan tu.



jom study kawan-kawan!

April 20, 2011

jom ber-LOMO??

selamat pagi semua.

setelah bermenung selama 5 minit dan fikirkan seseorang, baru dapat ilham nak tulis pasal apa...LOMOGRAPHY!



secara generalnya, lomo ni adalah satu seni fotografi yang menggunakan kamera-kamera film analog dan manual dengan efek tersendiri yang disumbat dengan film2 tertentu untuk menghasilkan foto-foto yang unik dan lain dari kebiasaannya.menangkap objek objek kebiasaan dan menjadikannya luar biasa. i think.. :)

sejak akhir-akhir ni, semua orang macam kecoh mau ber-lomo, termasuk la kawan2 saya di facebook. ada juga yang tak tahu apa itu lomo.

lomo ni adalah gadget yang agak old skool, takde analog, takde digital. nice kan? semua guna filem, dan efek dia sangat2 cantik weh.

too bad, kalau mahu ber-lomo, kena rajin beli filem, sebab kamera dia bukan pakai memory card pun. dan satu lagi, every snap must be worthy.yela, dah kata pun guna filem, mana boleh main snap je macam kau pakai DSLR-amek gambar banyak2, kalau blur or watever, boleh padam. haha..mana boleh okey? kena ada skills jugak la.


zenit TTL.
HOLGA 120CFN.
SMENA 8M.
 
seseorang lomographer kebiasaannya ada lebih dari satu kamera kerana lain kamera lain efek serta hasilnya.
 
 
contoh efek dia..tadaaa: 




cantik kan??


insyaAllah, saya akan dapatkan jugak sebijik kamera lomo ni. dah lama pasang niat ni. huhu.

well menda ni dah lama dah menular di kalangan orang2 kita ni. saja mau cerita sikit. haha.

April 17, 2011

arnab, kambing, lembu..sekarang GAJAH pulak!!

entri ini sebenarnya yang saya mahu post sejak dai semalam. tapi gambar2 masih di kawan2 saya, tak sempat ambil lagi. haha.



semalam, kos kami di bawah kelab ALPHA (say atak pasti stand for what, jadi saya tak berani tulis) ke Santuari Gajah berdekatan dengan Tasik Kenyir (tak ingat nama spesifik lokasi santuari tu).

banyak info yang saya dapat dari pengalaman semalam. dari cara pengurusan, cara melatih gajah, pemakanan, keperluan gajah dan sebagainya. 5 kali sehari makan, tu pasal badan besar macam tu.

let the picture do the talking:





gajah besar ni nama dia SURIA. betina, 11 tahun. besar giler. saya kagum dengan brother di sini, sebab SURIA ni dengar cakap diorang. suruk amek air, dia amek, angkat belalai, duduk, semua dia buat. dan yang paling best, kat bawah ni..





okey muka saya excited dan nervous kot. seronok naik gajah ni, tapi setakat naik je la. sebab keadaan panas sangat tak sesuai untuk bawak gajah jalan2. takut gajah naik minyak jer.

dan gajah sangat suka gula-gula hacks. haha.

gambar-gambar lain:
















yang ni jangan komen ape2.. haha..




lepas tu, singgah tasik kenyir. pertama kali saya sampai ke sini. alam sekitar yang sangat menarik hati saya sepanjang perjalanan itu. insyaAllah akan saya singgah lagi ke sana.









sekian.

mood final exam



semester 4, bermaksud ini kali ke empat saya bakal berdepan dengan peperiksaan akhir. tiga kali yang sebelumnya, saya masih belum berjaya capai impian saya untuk berada di kelompok 'dean list'. tapi saya masih puas hati dengan pencapaian saya, cuma di semester 3, kurang berpuas hati kerana ada sedikit penurunan. saya akan cuba lagi dan lagi!

bahang peperiksaan akhir bermula!

April 15, 2011

The MALAYSIA Street Recruitment Campaign

pernah dengar atau tau pasal MALAYSIA street?

The MALAYSIA Street adalah satu close-network di mana remaja di Malaysia berforum, share opinion dan sebagainya. dan yang penting, kita dibayar. saya sendiri sudah dijemput untuk masuk TMS ni sejak awal penubuhannya, dan setiap bulan kita dibayar. tetapi pada tahun ini, kita dibayar dua bulan sekali. selain cash, banyak lagi reward lain boleh kita dapat.






*tengok video atas, ada gambar saya tau. haha.

TMS adalah untuk remaja berumur 15-24 tahun sahaja. dan setelah enam bulan beroperasi, TMS mahu rekrut ramai lagi remaja di luar sana untuk join TMS.

nak join? senang saja.


klik sini. isi borang ini dan sekiranya layak, anda akan dapat invitation untuk join TMS.

oh ye, sila tulis nama saya (Ahmad Khir) di ruangan "list down TMS member who reffered you".

join tau!

April 14, 2011

Universiti Blogger Malaysia






hah. sekarang saya dah masuk universiti maya pertama yang saya pernah tau. memang terbaik la universiti ni. cuma saya sendiri tak pasti kemasukan saya ke universiti ni macam mana dan kos apa yang bakal saya ambil. haha. tapi ini sesuatu yang menarik untuk di-discover.

syarat-syarat kemasukan ke UBM:

1.letakkan banner UBM dalam entry anda.

sudah selesai pun :)


2.nama anda dan nama blog anda.

nama saya ahmad khir, atau dalam blog, amadkhir.

nama blog, sedikit coretan..... (lima kali titik okey?)


3.sejak bila mula berblog. 

tak ingat sangat tapi sekitar penghujung 2008. masa tu masih zaman matrikulasi lagi


4.apa pandangan anda mengenai dunia blog darsawarsa kini.

darsawarsa? wau nice word chosen. haha. blog sekarang dah jadi pilihan utama selain facebook dan twitter. ramai guna blog untuk tujuan yang terendiri, tapi ini bagus. meriah sket kan? haha

5.pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.

very looking foward about this! menarik jugak dlm usaha untuk ramaja kita kumpul dan share pendapat ke, ape ke. boleh jugak kenal2 antara satu sama lain kan?




jom korang, join sekali. haha.


notakaki:apa silibus belajar dekat ubm ni? huhu

p/s: ada graduation day tak? :D




siapa-siapa nak mendaftar sila angkat tangan macam usop wilca,pastu pergi kat  UBM sebelum 15 april 2011.iaitu..esok :)

April 13, 2011

letih

pertama sekali, syukur kerana kami dah pun selesai dengan sesi practical kami selama 7 sesi pada semester ini. selain ilmu dan pengalaman, dapat juga merapatkan ukhwah, bersantai-santai dengan kawan-kawan kan?

banyak travel pada semester ini menyebabkan saya rasa masa berlalu dengan cepat. terlalu cepat. semester ini juga saya banyak belajar tentang amanah dan tanggungjawab. memegang jawatan penting dalam PRS dan persatuan mahasiswa pada semester yang banyak travel kali ini sedikit sebanyak mencabar saya dengan pengurusan masa. mana tidaknya, saya akui, semester ini saya kurang bersama PRS disebabkan program yang diadakan clash dengan program practical kami di PLV Cermin Kiri, Jerangau. saya pasti exco-exco baru PRS masih belum kenal dengan saya sepenuhnya dan saya juga begitu.

menjadi presiden persatuan mahasiswa fakulti juga memberikan saya pengalaman baru. saya belajar menguruskan sesebuah organisasi. belajar deal dengan orang atasan dan belajar mengenai manusia sekeliling.. haha. banyak lagi perlu belajar.

April 6, 2011

UniSZA



tidak ramai yang tahu bahawa saya ni seorang pelajar UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) dan ramai juga yang masih belum tahu mengenai UniSZA ini. agak keletihan mulut saya setiap kali berlaku perbualan seperti ini:

X : bro, belajar mana sekarang?


saya: belajar dekat UniSZA.


X: ape tu? kolej ape tu? kat mana?

penat mahu explain. jadi korang boleh google, baca wikipedia. ha, ini saya kerat-tampal dari wikipedia. ingat universiti saya koman sangat takde dekat wiki? haha

Universiti Darul Iman Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an
UDM setakat ini mempunyai dua kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Kota dan Kampus KUSZA. Sebuah kampus lagi, iaitu Kampus Besut dijangka beroperasi beberapa tahun lagi.

baca penuh di sini.

April 3, 2011

unggun api

tinggalkan sebentar gula-gula kapas, sebab tak tau cerita habis macam mana.

*

keadaan saya kini, boleh digambarkan seperti suasana malam yang sepi, tanpa sinar cahaya bulan dan kerlipan bintang di langit. dan ketika itu, ada unggun api yang besar menerangi cahaya. unggun api itu menghangatkan keadaan dan berjaya membangkitkan emosi.

cuma, sekarang saya berdoa agar unggun api itu kekal lama menghangatkan diri saya. amin~