March 31, 2011

gula-gula kapas bahagian dua

suasana pagi itu adalah klise. jalan raya dipenuhi kereta yang tidak bergerak. sesak teruk-berpusu-pusu ke tempat kerja. di sepanjang lorong itu juga dipenuhi manusia yang masing-masing dengan tujuan masing-masing.

hari itu, sengaja dia buka kedai awal. semalam dia berjaya dapat awan putih yang ekstra gebu dari biasa. "fluffy" orang putih kata. jadi bertuahlah orang yang awal datang beli gula-gula kapasnya pada pagi itu. gula-gula kapas buatan tangannya bukan seperti gula-gula kapas biasa. ada rasa sensasi cinta yang mendalam. tak percaya? carilah kedai itu. cuba sendiri.

*

dia yang berbaju kemeja biru dan jeans lusuh, masuk ke kedai itu. dari susun atur dalaman kedai itu, dia tahu yang dia adalah pelanggan pertama pada pagi itu. cermin masih basah seperti baru dilap. lantai masih bersih tanpa sebarang habuk. dan kelihatan pekerja kedai itu masih sibuk menyusun atur makanan. walaupun ini kedai roti dan bakeri, tapi pada dia, tarikannya cuma terhadap gula-gula kapas.

selepas memberi salam kepada pemilik kedai itu, dia terus meminta gula-gula kapas. dua.

"suka gula-gula kapas?" tanya pemilik kedai. soalan memulakan perbualan, kerana dia tahu jawapannya. dia tahu pemuda itu sukakannya. kalau tidak, masakan dia berkali-kali ke sini.

"suka." jawab dia sambil membayar dan terus berlalu pergi. dia tidak minat untuk berada di situ lama-lama. kerana ada sesuatu yang lebih dia suka untuk buat di rumah.

March 24, 2011

gula-gula kapas bahagian satu

awal dia bangun pagi pada hari itu. pagi yang sejuknya mencengkam tulang, digagahinya juga untuk bangun membuang lingkaran selimut tebal itu. setapak kaki memijak lantai bilik air, terasa ketar satu badan. lalu selesai gosok gigi dan basuh muka serta rambut, 'lengkap' sudah mandi dia pada pagi itu. entah berapa banyak semburan minyak wangi dia pakai pagi itu. jangan risau, manusia lain tak akan tahu apa-apa. mujur dia tak mampu menipu Tuhan.

siap dengan kemeja biru dan jeans lusuh serta kasut koyak-koyak, dia bercadang mahu ke pekan, beli gula-gula kapas. manis-tak sesuai untuk orang berdiet sepertinya, tapi dia tetap suka. terasa seperti berjaya mencalit awan putih di langit dan mencair di dalam mulut. otak tak matangnya berkata, gula-gula kapas ini memang dibuat dari awan putih.

dan hari itu, tiada siapa sangka, ada keajaiban di sebalik gula-gula kapas itu.

bersambung...

March 23, 2011

soalan untuk Tuhan

sesekali dia memandang langit dan mula mempersoalkan mengenai kehidupan yang telah direncanakan untuknya oleh Tuhan.

March 21, 2011

author of my life





saya amik dari dilah nadzir secara diam-diam. haha

March 19, 2011

tanggungjawab baru

saya rasa saya tiada lagi komitmen untuk menulis di blog gara-gara "pembatalan" perkongsian P1 bersama roomate. dengan internet wi-fi unisza yang terbatas, sedikit sebanyak kurang la explore di dunia maya. tak apa, sekurang-kurangnya lebih banyak sedar di dunia realiti.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. masih sihat dan mampu melakukan rutin seharian seperti biasa. dalam fasa baru tanpa cinta lama, saya cuba sesuatu yang baru-menyertai persatuan mahasiswa fakulti pertanian dan bioteknologi. seperti dijangka, saya dipaksa dan terpaksa menerima amanah sebagai pengerusi/presiden. amanah dan tanggungjawab ini berat sebenarnya tapi insyaAllah, saya bagi yang termampu dan yang terbaik kepada fakulti saya, di samping berharap tunjuk ajar dari yang lain, terutamanya Nadzely yang faham benar selok-belok protokol dan majlis-majlis rasmi fakulti ni.

jadi, sekarang saya akan sibuk dengan dua organisasi-pembimbing rakan siswa serta persatuan mahasiswa fakulti saya sendiri. saya yakin saya mampu menguruskan diri saya dengan baik untuk memenuhi amanah kedua-dua organisasi ini, cuma saya harap sangat ada keberkatan dari abah (pasti dia baca ni) dan mama supaya semuanya okey. sebab matlamat untuk dapat dean list pun belum tercapai ni. haha.

dan disebabkan mahu betul fokus dengan akademik dan tanggungjawab saya, mungkin saya kena tangguh dulu hasrat untuk tulis buku. haha.

March 18, 2011

penulis yang fasih berpura-pura

prolog, petikan dari novel yang baru saya beli semalam.

Penulis adalah manusia yang fasih berpura-pura. Yang mampu menuliskan bahaagia pada saat hatinya derita. Tega mengukirkan senyum pada ketika hatinya benci.

semua orang boleh jadi penulis, tapi tak semua penulis itu fasih berpura-pura.

saya tak fasih dalam berpura-pura. hal ini disahkan oleh rakan-rakan sekelas saya. bila saya dilanda masalah, mereka pasti tahu. bla ditanya, mereka bilang, air muka saya begitu jujur dalam mengekspresikan muka dilanda masalah.

saya kini berada di suatu fasa yang baru. cinta lama berusia 4 tahun, saya tutup rapat-rapat dan simpan jauh-jauh. dalam fasa baru ini, saya kena belajar lebih lagi perihal kehidupan. perihal hati dan perasaan dan perihal akademik itu sendiri. haha. bila la impian saya nak merasa dean list akan menjadi kenyataan ye?

cuba teka judul novel di atas. kalau tepat, saya bagi ganjaran. okey? ini kontest. haha.

March 14, 2011

jom, saya belanja

belanja. perkataan atau topik yang agak kerap saya bicarakan dalam seminggu dua ni. mereka di sekeliling saya pasti tahu. belanja, sesuatu yang sangat saya gemari. ala, siapa yang tak suka bila ada orang nak belanja kan?



saya ni bagi sesiapa yang kenal saya, memang agak tak tahu malu. sikit. sebab saya dengan senang hatinya minta orang belanja. tanya la awek-awek comel yang kenal saya. ramai dari kalangan mereka pernah di'pau' oleh saya. dan kebanyakannya berjaya. dari belanja gula-gula sebiji, hinggalah ke mcdonald. haha.

saya bukanlah jenis yang suka memaksa orang untuk belanja saya. serius, tak pernah. kecuali desakan bertali arus, itu pun sebab kes-kes berkecuali. haha. saya ingat, dan saya kenang orang yang belanja saya. dan saya seboleh-bolehnya akan cuba untuk membalas layanan baik kawan-kawan saya, kerana belanja saya bermaksud, orang itu berbudi pada saya.

kalau keadaan kewangan saya stabil, saya tak pernah berkira dengan kawan-kawan. tapi buat masa ini kewangan saya tak berapa menngizinkan. jadi, maaf la. kena KIV dulu la.

March 12, 2011

saman ekor

oleh sebab sekarang tengah panas dengan isu saman, saya nak anda tengok video ini. saya juga ada saman-alhamdulillah terima kasih abah tolong bayarkan- dan saya rasa ada juga poin-poin menarik di dalam video ini untuk diborakkan.

cuba tengok, dengar dan teliti, ke mana perginya duit saman kita?





jom komen dan bincang pasal video ni. saya tak pandai sangat politik dan undang-undang :)

March 10, 2011

hands-on

Menjadi pelajar adalah satu lesen besar untuk buat kesilapan.

Dr Asrol punya pesanan ketika saya dan kawan-kawan semasa latihan sangkut di Tersat.

oleh kerana semester ini banyak hands-on, jadi kata-kata Dr Asrol ni antara pegangan kuat untuk aku cuba sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ni. vaccination, palpation, artificial insemination, hoof trimming, pregnancy detection, semua la. kena cuba semua.

belajar pasal body score plus hoof trimming tengah hari tu


disebabkan kata-kata Dr Asrol, saya tak kisah buat silap. kesilapan adalah sesuatu yang normal, sebab kita manusia, bukan robot. ada beberapa ketika semasa praktikal, saya buat silap. misalnya, masa amek blood sample kambing, tak jumpa jugular vein. jadi bila cucuk, darah tak keluar. kebetulan, Dr Aziz, ketua jabatan sains haiwan merangkap pensyarah saya tegur, bunyi macam nada marah-mungkin saya je rasa macam tu. dia mungkin dah biasa buat kerja ni, jadi tak ada masalah. saya ni, ketika itulah pertama kali buat, tekanan juga lah dimarah begitu. tapi saya rasa, kesilapan itu sesuatu yang perlu, untuk saya perbaiki diri saya.

biarlah buat silap sekarang, daripada silap bila bekerja di ladang nanti atau semasa bukak ladang sendiri nanti. ha, okey, berangan. ( *-* )

March 9, 2011

alhamdulillah

Alhamdulillah, segala puji kepada Pencipta alam, kerana dua test besar telah pun selesai. malam tadi, satu test, yang saya rasa sangat-sangat mencabar dan berat, sebab bila difikirkan semula, kat mana la agaknya jawapan saya yang boleh dapat markah. ye, sampai begitu sekali la susahnya. tak tipu.

lepas habis test, terus saya buang masa dengan main PES 2011 di rumah depan, walaupun sedar pagi ni masih ada test. lepas main game (3kali menang dan akhirnya kalah dengan akwa) baru balik bilik dan study. dengan keletihan dan tekanan, baca pun ala kadar. dan teringat pesan hanif, senior saya. 'kalau dr aziz, ko tengok  sikit benda yang dia tekan yang tak ada dalam nota'. jadi saya pun amik nota, cari part yang dia explain dan tulis2 depan kelas.

nasib saya baik, sebab betul, apa yang dia cakap, itu yang masuk! saya tak pasti betul atau tidak, tapi saya boleh katakan yang saya senang hati lepas habis exam, walaupun ada silap itu dan ini.

malam ni, ada test akidah dan akhlak. walaupun rasa macam tak berapa penting dan tak berapa susah, kena study jugak. sebab 2 jam kredit, masih penting. setiap jam kredit adalah penting. jadi kena score untuk semua subjek. haha.

notakaki: ada bunyi-bunyi yang komplen saya tak buat kerja dalam organisasi, tapi saya ke practical,bukan bersuka-ria. harap faham.

March 7, 2011

sedih dan bertambah sedih

lepak di kedai makan bersama kawan-kawan sambil menonton bola adalah perkara terbaik untuk pengisian malam minggu. tapi tak best, sebab team kegemaran saya kena pulak belasah 3-1 dengan liverpool. aduh. tapi, saya kagum dengan suarez. menjadi dia di liverpool.

saya sebenarnya ada banyak assignment untuk disiapkan, lagi2 assignment akidah dan akhlak yang tak buat apa lagi. tau-tau dah kena submit minggu ni. tak ke gila namanya tu! tapi stress dengan masalah peribadi yang berlaku sebentar tadi, terpaksa saya keluar juga untuk stabilkan diri.

harap-harapnya, semua kembali stabil, masalah dengan awek selesai dan assignment boleh disiapkan. ganbate!
(apa maksud ni? haha)

notakaki: layan hawaii five o dulu!

March 5, 2011

hipokrit

kadang-kadang, terasa juga saya ini juga hipokrit. walaupun ada alasan tersendiri, tapi terpaksa iyakan juga. iya, saya juga hipokrit. setahu saya, hipokrit itu sama maksudnya atau hampir sama dengan munafik, tapi janganlah panggil saya munafik. teruk bunyinya.

orang selalu kata, kita harus jadi diri sendiri. tapi saya tak. saya akan jadi diri sendiri jika saya rasa sesuai dengan tempat dan masanya.

ceritanya begini. ada beberapa manusia yang saya tak berapa gemar ini, mereka lepak-lepak dan berbual-bual dengan saya. ada sebab tersendiri saya tak gemarkan mereka, dan kebiasaanya mereka ini kena kutuk saja dengan saya. tapi takkan depan-depan nak kata begitu kan? jadi saya terpaksa berpura-pura berada di dalam dunia mereka. bergosip, bertepuk tampar, gelak-gelak, saya layan saja.

sama juga ceritanya dengan mereka yang kutuk-kutuk saya di belakang. nak buat macam mana, kuasa Tuhan itu maha hebat. sampai jugak cerita mereka kutuk-kutuk saya tu ke pendengaran saya. kalau boleh saya tak nak tahu. biarlah mereka kutuk puas-puas dan saya tak tahu. tapi Tuhan itu hebat. ada saja hikmahnya. siapa tak marah bila kena kutuk kan? tapi saya jadi hipokrit bila bersama mereka. buat seperti tiada apa yang  berlaku.

ini dikira hipokrit juga la kan? tapi ini hipokrit baik kot.

kelemahan saya ialah saya tak mampu nak luahkan kebencian dan kemarahan itu pada mereka yang berkenaan. tak tau kenapa. memang itu la kebiasaanya. kalau nak marah pun, akan berlaku secara tersirat. haha.

March 4, 2011

Les Copaque dengan Boboi Boy




Selepas berjaya dengan filem Geng dan siri Upin dan Upin, Les' Copaque kini akan bersaing dengan hasil terbaru; Boboi Boy. mesti perasan iklan ni kat tv3 kan? nampak menarik, style. kartun BoboiBoy akan mula ditayangkan pada 13mac2011 ni, hari ahad jam 7.00pm.

Boboi Boy adalah buah tangan saudara Nizam, yang merupakan tunjang utama di sebalik Upin dan Ipin. dia sekarang dah keluar dari Les Copaque dan menubuhkan syarikat sendiri, iaitu Animonsta Studios. 

tak sabar rasanya nak tengok hasil baru diorang, sebab expectation dari orang ramai mesti tinggi disebabkan fenomena baru yang diorang dah bawak kat Malaysia ni.

March 3, 2011

Narmi-Whirl

damai dan tenteram bila saya dengar lagu ini. serius. kena percaya, sebab saya berkerut2 muka nak buat gaya serius. haha




Whirl Lyrics – Narmi

I’ve been staring at my screen
Thinking of you and all our dreams
My cheeks hurt from smiling
Could it be because your eyes – mesmerizing

And I don’t mind at all
Cuz I’m enjoying this free fall

Oh how you make me whirl, twist and turn and twirl
And when you bite ur lip girl, twist and turn and twirl
And when you smile, it carries on for miles
Oh girl, you drive me wild

In real-time we sing
In real-time we’re laughing
And you don’t miss a beat
Cuz you’ve got front row seats

I love the way you smell
Inhale, deep breath, i’m in your spell
I love the way you kiss
So soft and warm, deep in this bliss

March 2, 2011

bergusti dengan lembu

salam sejahtera semua.

penat saya minggu ini dengan tugasan mencabar di PLV Cermin Kiri. dari kerja bercucuk tanam pelbagai jenis rumput, menyeluk rectum lembu dengan palpation dan tembak semen guna artificial insemination gun, malah ada jugak kena bergusti dengan lembu.


*

hajat nak bagi kalian layan gambar ketika saya "bekerja". tapi tak dapat upload. nanti tengok la kat facebook. kompem ada. haha.

oh ye. buffered earning saya sudah kembali. terima kasih nuffnang!

March 1, 2011

minta maaf

oleh kerana kita bukan dijadikan oleh Tuhan sebagai manusia sempurna, maka melakukan kesilapan itu adalah satu perkara yang normal. dari satu kesilapan, manusia belajar untuk menjadi lebih baik. dari kesilapan, kita belajar untuk cuba tidak mengulangi kesilapan.

orang yang belajar dari kesilapan itu sebenarnya yang terbaik.

melakukan kesilapan sesama manusia, perlulah disucikan dengan permohonan maaf. tapi, hati bersalut dengan ego menyukarkan proses itu untuk berlaku.

susah sebenarnya nak bermaafan kan? time hari raya je senang nak cakap.