Alhamdulillah, segala puji kepada Pencipta alam, kerana dua test besar telah pun selesai. malam tadi, satu test, yang saya rasa sangat-sangat mencabar dan berat, sebab bila difikirkan semula, kat mana la agaknya jawapan saya yang boleh dapat markah. ye, sampai begitu sekali la susahnya. tak tipu.
lepas habis test, terus saya buang masa dengan main PES 2011 di rumah depan, walaupun sedar pagi ni masih ada test. lepas main game (3kali menang dan akhirnya kalah dengan akwa) baru balik bilik dan study. dengan keletihan dan tekanan, baca pun ala kadar. dan teringat pesan hanif, senior saya. 'kalau dr aziz, ko tengok sikit benda yang dia tekan yang tak ada dalam nota'. jadi saya pun amik nota, cari part yang dia explain dan tulis2 depan kelas.
nasib saya baik, sebab betul, apa yang dia cakap, itu yang masuk! saya tak pasti betul atau tidak, tapi saya boleh katakan yang saya senang hati lepas habis exam, walaupun ada silap itu dan ini.
malam ni, ada test akidah dan akhlak. walaupun rasa macam tak berapa penting dan tak berapa susah, kena study jugak. sebab 2 jam kredit, masih penting. setiap jam kredit adalah penting. jadi kena score untuk semua subjek. haha.
notakaki: ada bunyi-bunyi yang komplen saya tak buat kerja dalam organisasi, tapi saya ke practical,bukan bersuka-ria. harap faham.
1 comment:
organisasi mana ler 2 ea....??? jgn wiso...kami amat memahami....
Post a Comment