awal dia bangun pagi pada hari itu. pagi yang sejuknya mencengkam tulang, digagahinya juga untuk bangun membuang lingkaran selimut tebal itu. setapak kaki memijak lantai bilik air, terasa ketar satu badan. lalu selesai gosok gigi dan basuh muka serta rambut, 'lengkap' sudah mandi dia pada pagi itu. entah berapa banyak semburan minyak wangi dia pakai pagi itu. jangan risau, manusia lain tak akan tahu apa-apa. mujur dia tak mampu menipu Tuhan.
siap dengan kemeja biru dan jeans lusuh serta kasut koyak-koyak, dia bercadang mahu ke pekan, beli gula-gula kapas. manis-tak sesuai untuk orang berdiet sepertinya, tapi dia tetap suka. terasa seperti berjaya mencalit awan putih di langit dan mencair di dalam mulut. otak tak matangnya berkata, gula-gula kapas ini memang dibuat dari awan putih.
dan hari itu, tiada siapa sangka, ada keajaiban di sebalik gula-gula kapas itu.
bersambung...
No comments:
Post a Comment