August 29, 2010

mood berbuka puasa di rumah

tadi ada test breeding. dah selesai. jadi secara rasminya, aku penuh dengan mood merdeka dan raya. tak fikir tentang study sekarang. haha.

aku masih belum sepenuhnya bersedia untuk raya, sebab belum balik rumah lagi. balik rumah baru fikir-fikir tentang baju raya etc,dan aku tak fikir mau spend banyak untuk raya kali ni. huhu.

aku memang tak sabar nak balik rumah. nak berbuka dekat rumah, ada ragam tersendiri. mama kompem akan pening kepala nak sediakan air apa untuk berbuka, sebab aku suka anggur, aeyman suka air oren, abg adi pulak banyak jenis air. tebu, soya, bandung. haha. abah dengan mama wajib ada teh. so biasanya akan ada lebih dari satu jag la kat meja makan.

tak sabar rasanya. cepat la hari Khamis!

August 28, 2010

gig di UNISZA?

pagi kali ini, aku menang lawan nafsu sendiri. sehari dua yang lepas, aku kalah teruk dengan nafsu tidur sendiri, akibat dari pola tidur yang tak menentu. letih dan penat semacam. penat yang susah mau dihilangkan dengan tidur sekadar satu dua jam.

dugaan puasa ^_^

*

aku mimpi tadi. suasana sekitar rasanya seperti di KUSZA. familiar. suasana agak crowed dengan ramai muda-mudi memenuhi ruang pentas. ya. pentas. aku berada dalam satu perfomasi di KUSZA! paling menarik, aku merupakan event manager yang buat event ini. haha. dan bonus dalam mimpi aku, aku berjaya tarik Mohd Jayzuan, Ana Rafalli, Fynn Jamal dan The Times ke event "khayalan" ni. dan di hujung mimpi tu, aku sendiri ada slot baca puisi sendiri. aku ingat dan kenal betul puisi dalam mimpi tu. tulisan aku, yang memang dah wujud pun sekarang.


ayat terakhir aku ucapkan kepada crowd lepas habis slot aku, "thanks sebab sokong aku dan bantu aku realisasikan apa yang dah lama aku nak buat kat sini, dan kalau ada masa, ada acara lain lagi untuk korang semua."

okey itu semua mimpi. realitinya, itu agak susah berlaku. dan realitinya sekarang, aku cuma pelajar normal yang tak habis2 bergelumang dengan buku tebal dan nota kuliah, bukan siapa-siapa.

saya sudah ada dalam mood raya. kamu?

August 26, 2010

masih lagi pasal lagu aizat

test semalam tak perlu tanya macam mana. susah.

aku masih berminat nak cerita pasal lagu aizat. lagu sungai lui yang aku rasa ada jiwanya, memang aku tertarik. ada jiwa, yang aku tak tau nak ungkap best macam mana. cuba tengok bait-bait lirik dia. ada mesej kat situ.

sebelum ni, aku tak tau ang sungai lui tu adalah nama tempat. kata aizat, ada 3 sungai lui kat malaysia.lagi dia cakap,

Sg.Lui adalah tempt yg cntik, nyaman dgn suasana perkmpongan walaupun dekat dgn Kota KL yg sibuk.All of us ada a place like Sg.Lui yg kita shd not forget. Makna tersirat...jaga nilai2 baik didalam diri kita no matter where or who we are today..:))


memang betul apa yang dia cakap kan?

August 25, 2010

Aizat-Sungai Lui dan Kekanda Adinda-Monoloque

hari ini aku ambil keputusan untuk "bertapa" di library kampus kota. isnin dan selasa memang takde kelas. dan bila takde kelas, kalau duduk kat hostel, tidur pastinya extended sampai panas matahari yang kejutkan aku dari mimpi. alang-alang ada test esok harinya, which is today, pukul 8 nanti (ketika tulis, baru pukul 1.51 pagi).

study di library tanpa ada kawan bersembang memang sesuai dengan aku yang suka borak. tak percaya tanya Intan Ladyana. haha ni terpengaruh dengan tulisan Jayzuan la ni. jangan percaya. aku suka study dengan kawan, tapi aku takut aku yang akan buat huru-hara bila study nanti, sebab bila ada topik, habis. haha.

oke bukan objektif aku untuk tulis pasal style aku belajar. masa aku study, aku dengar radio. radio mana lagi yang support lagu-lagu Malaysia? pastinya XFM. (dari dulu aku promote XFM, boleh claim komisen tak?). dan hari ini, terjawab 2 soalan aku tentang tajuk lagu yang aku dengar sejak seminggu yang lepas. lagu tersebut ialah, Sungai Lui-Aizat Amdan dan Kekanda Adinda-Monoloque feat Atilia.

untuk lagu Sungai Lui, 1st time dengar, tak terlintas langsung ni lagu Aizat. lagu dia sangat2 best dari segi lirik dan musik yang slow pace. try dengar, cari kat youtube or google. aku tanya Aizat dekat facebook, kenapa title, Sungai Lui? luckily, dia reply. dan unluckily, jawapan dia, "try to figure out yourself". haha, ok bro, aku sedang cuba cari maksud lui tu.

lagu Kekanda Adinda, lagi la hebat. jauh dari fikiran yang lagu ni lagu loque. loque, pada yang tak tau, adalah pakcik pada kawan aku,cinpeng (lupa nama sebenar) dan main untuk Butterfingers. aku ingat band baru mana la nak naik ni, sekali otai grunge ni punya lagu. salute beb! dan dari carian di google, lagu ni OST untuk "8Bulan" yang aku tak tau program apa. malas cari details sebab esok exam. haha. dan aku agak buang masa sebenarnya tulis entri ni. ada lagi chapter yang patut aku baca.

sekian, tamat sudah aku merepek.

aku letak sekali lirik Aizat-Sungai Lui. and lirik Kekanda Adinda-Monoloque.

Aizat-Sungai Lui

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

Kekanda Adinda-Monoloque feat Atilia
 
(P) Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..
(L) Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

(P) jadi Dinda mahu mengambil masa
(L) Tapi Kanda mahu segera,
(P) Dinda ingin berjaya dalam kerjaya,
(L) tapi Kanda mahu cahaya mata,
(P) Dinda belum bersedia,
(L) Kanda dah beria ria,
(P) Jadi yg mana satu?
(P+L) Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka,

(L) Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta
(P) oh Kekanda, Dinda perlu berhati hati ,tak rela dikongsi,

(L) Kanda kerja overtime, terlebih masa,
(P) Itu yg Dinda harus berwaspada,
(L) Ini smua demi masa depan keluarga,
(P) dengan Dinda atau sebaliknya?
(L) Kanda kerja malam,
(P) Dinda kerja siang,
(L) Jadi bila nak bertemu?
(P+L)Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka,

(P) Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
(L) Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
(P+L) bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya?
apa keputusannya?

(P) Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
(L) Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
(P+L) Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan,
(L) Kanda polar kutub Utara,
(P) Dinda kutub Selatan
(P+L) komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu,
(P+L)Tak perlu bertengkar,Tak perlu bermasam muka,
(L) Walau kita sering dgn cara masing2,

(P)Kanda yg Perdana,
(L) Dinda yg Utama,
(P)Kanda sgalaNya..
(L) Dindalah Nyawa,
(P+L) kita tetap bahagia bila bersama sama
bahagia bersama,
bersama slamanya,
bahagia slama- lamanya!

August 24, 2010

Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk

setiap kali ada perayaan kat Malaysia, iklan Petronas yang aku paling tunggu.

dan kali ini, tanpa Yasmin, mesej disampaikan tetap menarik bagi aku.

dan disebabkan aku kat IPT, takde masa nak tengok tv, aku tengok kat youtube. thanks pada yang upload.

enjoy..

salam merdeka.


August 23, 2010

dilema bazar ramadhan

ada sebab aku tak suka jalan2 dekat baazar ramadhan yang besar2.

satu. sebab aku akan ambil masa yang lama untuk decide makanan apa nak beli.

dua. aku akan belanja besar bila susah nak buat pilihan.

tiga. lepas berbuka, kenyang sangat2.

empat. bila kenyang sangat, nafsu berbisik suruh tak payah pergi terawih.

lima. mengantuk bila di masjid buat terawih. (kalau lepas rintangan no 4 la)


*

doakan aku untuk test2 yang mendatang.

August 21, 2010

review buku rock n roll

okey ntah apa-apa kan?
aku rasa aku sangat lewat untuk tulis tentang hebat dan cool-nya buku ini sebab memang ramai yang dah tau. memang lama juga aku mau dapatkan buku ni. mula dengan order sebelum buku ni dilancarkan, tapi malang sebab kesilapan teknikal, buku tak sampai2. thanks kepada bro sufian abas yang baik hati pos satu lagi naskah, PERCUMA. huhu. tapi masa tu cuti sem aku dah habis pun, so buku tu dipos ke rumah, dan aku dah ada kat Terengganu. nasib baik abah tolong poskan. dapat juga aku rileks2kan otak dengan tulisan best ni selain dari buku anatomy yang tebal giler tuh.

berbalik pada cerita buku ni. jalan cerita yang mudah je. bro jayzuan ni bosan dengan hidup dia, so dia decide nak travel satu semenanjung, mencari sesuatu yang dia sendiri tak tau. haha. dan paling cool, tak perlu banyak duit pun nak travel satu semenanjung ni rupanya. yang penting ada gitar tong satu. haha.

apa yang aku dapat dalam buku ni. Jay memang banyak kawan2 yang sangat supportive dan loyal. memang kawan sejati la. setiap negeri ada kawan yang support dia. dan penceritaan yang mudah dan direct dan kejam gak sikit2, buat aku mula fikir tentang diri aku pulak. haha.

sekarang, bro Jayzuan ada buku lain pulak yang aku lupa tajuknya. 300 cetakan je. tak tau la sempat ke tak aku order hari tu. semalam baca berita online, ada review pasal buku ni, ada mention pasal next project will be buku bertajuk "Anarki di Kuala Lumpur".

aku menunggu keluaran buku baru dia. huhu.

August 18, 2010

kraft tangan

kali ni aku mahu tolong promote hasil tangan kawan aku. atas alasan yang aku rasa dia memang talented dalam kraft2 ni, aku tolong dia promote dekat blog aku, dan boleh beli dengan aku la.

kraft2 yang dihasilkan sangat comel, cute (sama la). boleh buat keychain dan HP charm. boleh gantung2 kat mana suka.

antara yang ada,











ada banyak lagi, da korang boleh request kalau mau tulis2 nama korang kat keychain ni, 



contohnya..

harga setiap satu tu rm3 je. kalau mau edit2, kira lain la, tapi tak banyak beza pun harga. 

kalau minat, boleh emel saya, amadkhir@gmail.com. tinggal komen pun takpe.
jeritkan kat shoutbox pun ok je. huhu.

August 17, 2010

otak kusut

ada orang bijak-pandai fizik cakap kat aku,
semakin banyak geseran dihadapi oleh sesuatu objek, maka pergerakan objek akan menjadi lebih perlahan berbanding jika tiada geseran.
 amir cakap kat blog dia. aku assume dia cakap kat aku la kan? haha.

aku terasa aku perlukan bahan pelincir. otak aku terlalu banyak geseran hingga buat fungsi utamanya kadang-kadang terpesong. buat aku sesat. buat aku keliru matlamat aku di sini.


sekarang, tiap kali aku sendiri tanpa ada yang lain, aku banyak berfikir. fikir hingga melayang entah ke mana. mabuk dalam kekeliruan sendiri. sebab itu aku sukakan kesepian.


p/s: fikiran serabut macam sabut.

August 15, 2010

kertas kosong dan otak beku

Kertas adalah kertas
dan ketika kertas itu di bakar
akankah tetap kita katakan sebagai kertas?
tak..sebab dah jadi abu

apa yang kita lihat...
belum tentu seindah yang kita bayangkan
belum tentu pula...
seburuk yang kita pikirkan

apa yang perlu kita buat
cuma jalani hidup seperti adanya.

*


aku tak tau mau tulis apa malam ni. ada report untuk aku sibukkan, dan aku tetap berhabis masa sejam termenung di section create post ni.

sebab apa?

aku tak reti nak buat report anatomy tu. aih~

esok tengok girls buat camne, then baru 'ilham' datang. hahaha..

August 13, 2010

updated

rutin seperti biasa bila tak ada kelas.

PES2010, Mafia, tengok movie mana yang ada, dengar lagu.

er, jauh sekali nak study kan?

haha.

*

bulan puasa ni buat aku lebih banyak tidur. sekaligus buat aku tak kena sinar matahari pagi. haha.

sebab itu la weekend aku, aktiviti bermula lepas pukul 12. haha, teruk kan?

*

dekat facebook ramai cakap aku nampak kurus. (haha yeke?) well dengan status aku yang duit kejap-ada-kejap-tak-ada, aku rasa aku boleh diet extra masa bulan puasa ni. mana tau boleh kurus dalam sebulan ni ke? haha.

selamat beribadat.

August 11, 2010

info ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 

sumber dari google. saya cuma copy dan kongsi di sini.

August 8, 2010

lagu lama tak dengar

SIMPLE PLAN-EVERYTIME

it was 3 a.m. when you woke me up
Then we jumped in the car and drove as far as we could go
Just to get away
We talked about our lives until the sun came up
And now im thinking about how i wish i could go back
Just for one more day
One more day with you

Everytime i see your face
Everytime you look my way
It's like it all falls into place
Everything feels right
Ever since you walked away
You left my life in disarray
All i want is one more day
Its all i need one more day with you

When the car broke down
We just kept walking along
Til we hit this town
There was nothing there at all
But that was all ok

We spent all our money on stupid things
But if i look back now id probably give it all away,
Just for one more day
One more day with you

Everytime i see your face
Everytime you look my way
Its like it all falls into place
Everything feels right

Ever since you walked away
You left my life in disarray
All i want is one more day
Its all i need
One more day with you

Now im sitting here
Like we used to do
I think about my life
And how there's nothin i won't do
Just for one more day
One more day with you

Everytime i see your face
Everytime you look my way
Its like it all falls into place
Everything feels right
Everytime i hear your name
Everytime i feel the same
Its like it all falls into place
Everything, everything feels right

You walked away just one more day
Its all i need one more day with you.

*

lagu ni dah lama, dalam album lama simple plan.
barangkali tak ramai tahu,sebab tak keluar radio.

tak tahu kenapa, tapi aku sukaa lagu ni.
dan semalam atas motor lepas beli tiket balik raya, tiba-tiba teringat balik lagu ni.

sesetengah perkara, tak perlu alasan kenapa kita sukakan sesuatu. haha

selamat bersedia untuk sambut ramadhan.

August 3, 2010

prinsip

semua orang ada prinsip masing2.

tapi aku, ada juga. tapi tak tetap.


sebab?

*

aku tak tahu. cuma aku rasa aku ni macam angin. bukan bermaksud tak tetap pendirian. cuma aku rasa aku ni kena sesuaikan diri ikut keadaan.

sedar tak sedar, dalam berkawan, kita ada kategori kawan masing2. atau mungkin saya seorang je yang ada macam ni. ni yang aku nampak masa zaman sekolah dulu.


1-kawan study.
kawan2 yang ni memang sangat rajin dan bijak2 belaka. dan mereka jadi kawan study aku, sebab diorang yang rajin melayan aku yang agak lembab dalam study ni. thanks sebab sedikit sebanyak, ada share korang atas kejayaan aku sekarang.

2-kawan lepak/main
yang ni memang jenis yang sempoi2 je. maksudnya bab2 nak main2, tengok wayang, citer selain study, geng2 ni la. tapi kawan2 aku yang sempoi2 ni pun bijak2 jugak, that's why ramai dah takde kat malaysia sekarang.

dari dua kelompok kawan ni, latar belakang lain2. cara lain2. maksud aku kat sini, bila aku study, aku tak boleh bising2, kecoh2, main2 dalam kelas. kena serius sikit. bila bab main, tau sendiri la.

poin saya, dalam seharian, pasti ada urusan dengan manusia lain kan? bagi aku, personally, biar kita yang cuba paham tentang orang lain, jangan harap orang lain paham kita.

habis merepek dah.

August 2, 2010

blog baru dan ps2

agak sibuk sekarang. dengan internet tak berapa stabil, dan terpaksa tunggu tuan punya broadband setel main game, baru leh pinjam. haha.


sekarang, aku dah ada lagi satu blog untuk dijaga. nama blog tu, "Droughtmaster Animal Science". apesal nama tu? sebab animal science tu nama kos kami. dan Drughtmaster sebenarnya baka lembu Australia yang popular untuk dikomersilkan untuk dagingnya.

apesal pilih lembu as nama batch? choice dia just haiwan2 ternakan as kami pun memang deal dengan farm animal saja. huhu.

nanti input pasal ternakan arnab or aktiviti2 kelas aku, tak banyak la aku tulis di sini, sebab dah ada ruang sendiri.

er, sebenarnya buat blog untuk kelas, nak generate passive income for class je..

*

lagi cerita pasal aku.

ada sorang mamat ni, mintak aku tolong promote ps2 dia. ada sesiapa nak beli tak? condition ok je.. boleh contact beliau sendiri la, sebab aku sendiri tak dapat info yang lengkap pasal ps2 dia. so boleh call dia di 017-7295984. harga dia bukak rm300. nak nego2, sila call beliau erk. sms pun ok je.. tarahal..