August 21, 2010

review buku rock n roll

okey ntah apa-apa kan?
aku rasa aku sangat lewat untuk tulis tentang hebat dan cool-nya buku ini sebab memang ramai yang dah tau. memang lama juga aku mau dapatkan buku ni. mula dengan order sebelum buku ni dilancarkan, tapi malang sebab kesilapan teknikal, buku tak sampai2. thanks kepada bro sufian abas yang baik hati pos satu lagi naskah, PERCUMA. huhu. tapi masa tu cuti sem aku dah habis pun, so buku tu dipos ke rumah, dan aku dah ada kat Terengganu. nasib baik abah tolong poskan. dapat juga aku rileks2kan otak dengan tulisan best ni selain dari buku anatomy yang tebal giler tuh.

berbalik pada cerita buku ni. jalan cerita yang mudah je. bro jayzuan ni bosan dengan hidup dia, so dia decide nak travel satu semenanjung, mencari sesuatu yang dia sendiri tak tau. haha. dan paling cool, tak perlu banyak duit pun nak travel satu semenanjung ni rupanya. yang penting ada gitar tong satu. haha.

apa yang aku dapat dalam buku ni. Jay memang banyak kawan2 yang sangat supportive dan loyal. memang kawan sejati la. setiap negeri ada kawan yang support dia. dan penceritaan yang mudah dan direct dan kejam gak sikit2, buat aku mula fikir tentang diri aku pulak. haha.

sekarang, bro Jayzuan ada buku lain pulak yang aku lupa tajuknya. 300 cetakan je. tak tau la sempat ke tak aku order hari tu. semalam baca berita online, ada review pasal buku ni, ada mention pasal next project will be buku bertajuk "Anarki di Kuala Lumpur".

aku menunggu keluaran buku baru dia. huhu.

5 comments:

CERITA LEBAT said...

ada baca SK pidomat?..blogger sembangkencang?

mr kay said...

aisey bro. tak baca pulak.

best ke? tolong bagi link. blog best kena kongsi bro.

Ninja Biker said...

ni pasal kisah benar ke?

kalo menarik nak beli jugak

follow ur blog

jemput follow mine too :)

http://ninjabiker.blogspot.com

mr kay said...

ninja,

memang menarik sebab memang cerita betul. kerja gila yaang menarik untuk dikongsi.

cuba cari dekat mph. atau tanya dekat bro jayzuan.

drop komen dekat blog belian.

http://mohdjayzuan.blogspot.com/

CERITA LEBAT said...

fdausamad.blogspot.com