jangan lagi bermurung
aku tak suka wajahmu yang suram
nanti hari-hariku turut kelam
ayuh lupakan memori semalam
corakkan hari ini dengan warna ceria
dan mulakan hari ceriamu dengan senyum
sejauh mana anganmu dalam hidup ini
jangan lupa angan bukan realiti
hidup ini banyak haluan untuk kau ambil
dan kau boleh u-turn bila-bila masa kau mahu
dan ambil jalan baru
suka aku ingatkan setiap haluan punya cabaran tersendiri
asal hati itu kuat, kau pasti boleh.
cikgu selalu bilang
SPM segala-galanya
tapi tolong jangan bersedih atau lonjak suka gembira
nanti kau dah ada di tempat aku
dan perhati dunia ini bagaimana adunannya
kau mula terasa segala-galanya bukan SPM
tapi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment