most people said that "sharing is caring".. so i think by this blog,, i can share anything with everybody..
March 21, 2010
luahkan yang benar
006
walau gagah dan lengkapnya jasad ini kau nampak
belum tentu kau betul bila bicara tentang apa yang kurasa di dalam
aku lemah bila berbicara
kerna aku takut akan berapa lagi hati akan aku sakiti
dan kerna itu aku takut berkata-kata lagi
hanya mahu jaga hati semua sama rata
bila fikir dalam-dalam
biarlah puas hati sebahagian manusia
biar yang lain marah bengang tak tenteram
sebab aku yang bisa memilih
pada siapa mahu berpihak
mana satu lebih berhak
aku rasa aku mesti bersuara
biar berkecamuk punah hati kamu
biar deras mengalir air mata
biar aku disumpah seranah
aku tetap suarakan apa yang patut aku suarakan
agar kau tahu tiada lain selain kebenaran
walaupun kau rasa perit sungguh yang benar itu
kamu jangan risau
aku bukan kejam
konsiderasi itu penting juga kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment