003
sakit telinga aku
pedih berdarah bernanah
kerana bahasa yang kau tuturkan tajam amat
bahasa pinjaman dari iblis itu
indah sangat bunyinya hingga kau zikirkan hari-hari
bila ditanya, sepantas reaksi kimia kau berkata
"aku cuma muntahkan perkara dengan jujur,
cuma kau yang hati sensitif"
maaf tiada masa mahu berdebat
banyak tugasan dan laporan makmal mau dijenguk
tapi aku mau kau fikir
bila tiba hari kau dikritik teruk dan hati kau
parah terhiris dan berkecai
kau telan kata-kata kau dan diam sahaja.
jangan kata apa, diam sahaja.
jujur itu perlu
tapi begitu juga konsiderasi. ^_^
1 comment:
terlajak perahu bule di undur, tljaka kata badan binasa, ye x?haha
http://fitridzulkifli.blogspot.com
Post a Comment