most people said that "sharing is caring".. so i think by this blog,, i can share anything with everybody..
January 31, 2010
hidup adil x?
Anna gadis tipikal bukan awek aku.
jangan teruskan gosip-gosip tak berasas.
*diam
bukan senang mau curi masa update blog dan on9 facebook..
dan bukan senang mau cari signal udm hotspot malam-malam dekat blok.
rezeki aku dapat on9 malam ni.
entri kali ini:
mari diskusi pasal hidup
sebab hidup kadang-kadang kau rasa tak adil
kau ada ada yang perlu untuk berada di pentas sana
kau berani, kau hebat, kau puitis.
tapi kau tak ada rupa
kau boleh berambus.
adil tak?
*fikir
kau bijak belajar, anak kesayangan profesor
cgpa 4.0, kau beruntung,
tapi kau miskin, tak mampu belajar tinggi-tinggi
sia-sia belajar.
*sekali lagi, adil tak?
kau memang hot
kau hebat
kau awek paling cun kat dunia
bonus lagi bila kau anak Datuk
walau suara tak sedap, kau diterima jadi artis
walau tak bijak, kau boleh belajar seberang laut
jangan persoal hidup adil atau tak
hakikatnya memang tak adil
sebab hidup ini macam satu perjudian
pandai-pandai mau hidup
baru boleh selamat.
kembali sambung assignment..
January 25, 2010
perhati diam-diam
tengok orang main layang-layang
sambil tengok budak belajar tunggang kuda
tengok jugak ketam terkedek-kedek lari bila kena kejar dengan budak umur 5 tahun
awan mendung dah berarak jauh
tak hujan malam ni.
tengok pula mat motor bersama awek di tepi a&w
sambil main sepak-sepak pasir
yang mandi kat pantai tu ada jugak
sama ada bodoh atau buat-buat bodoh, tak pasti
sebab terang dan besar sungguh papan tanda "DILARANG MANDI DI SINI"
5 minit berlalu,
classmate datang lepak-lepak
keluar handphone dan gambar sana-sini
pasti benar akan di-upload dan di-tag di facebook
aku membatu
suka tengok suasana
dan suka buat "dubbing" sendiri berdasarkan sketsa secara langsung depan mata
dan aku gelak sorang-sorang.
gila.
kan?
aku rindu mama dan abah.
rindu rumah.
homesick sekejap.
haha
dah habis homesick.
kejap je..
time to get ready for class..
bye..
tempat dekat dengan pantai..
best layan feeling..huhu
January 24, 2010
teka lirik contest..
setelah kau kata kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia di antara kita
kau kucup pipiku, kau bisikkan cintamu
kau kata "baby i love u"
kau cairkan hatiku
bahagia ku rasa
di saat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
cilok dari lirik lagu..
siapa tau lagu apa?
ada hadiah untuk anda..haha
lagu apa dan siapa nyanyi..
clue : lagu ini takde main kat radio pun..
aku kasi hadiah dua pemenang je..huhu
January 21, 2010
peluang
biar terburai isi dan terjelir lidah
laung saja apa yang kau rasa
kau ada ingin untuk lakukan
kau mampu dan kau boleh.
masa sudah tiba untuk kau teriak di hadapan
bila lagi mau?
jangan selamanya kau bersuara tegas dan lantang di belakang
biar terjuih bibir kau di pentas sana
biar diperkatakan orang
biar jadi bahan
janji kau rasakan apa yang kau tak pernah rasa.
selau kau lihat orang atas pentas
kau kata kau juga boleh buat macam dia
malah kau kata kau boleh lebih baik
sampai bila mau sorok?
sampai bila?
artis indie juga sudah ke persada arus perdana
kau bila lagi?
sudah tersedia peluang
terhidang depan mata
pergilah jamah peluang itu
biar orang lain turut terhibur
seperti aku terhibur dengan bait bicara dan aluan tarian jarimu
memetik gitar
aku mau kongsi kamu dengan orang lain
biar sama-sama rasa
apa yang patut kau rasa
kerna aku dah rasa apa yang patut kau rasa ini.
January 20, 2010
ku takut kau hilang
Submit By : Joe Hamzah
KU Takut Kau Hilang
Intro:
Em,F#,B,Em,F#,B,Em,F#,D#m,G#,Em,F#.
Verse 1:
Em F# B
Ku takut kau hilang
Em F# B
jadi bayang2
Em F# D#m G#
sesat dalam lurah yang gelap
Em F#
tiada udara
Verse 2:
Em F# B
Ku takut kau hilang
Em F# B
dalam ribut taufan
Em F# D#m G#
entah mengapa cepat berubah
Em F#
ternyata kau lemah
Chorus:
Em F# B
Madu atau racun namamu
Em F# B
bunuh saja kecil hatiku
Em F#
awan mendung telah berarak
D#m G# Em F#
nafas mula segar kurasa dunia
Verse 3:
Em F# B
Ku takut kau hilang
Em F# B
karam di lautan
Em F# D#m G#
dipukul ombak dihempas badai
Em F#
hilanglah arahnya
aku suka lagu ni..
so saja mau share..
nak dengar lagu, download sendiri k?
xpun ym aku, aku send kat korang..haha
kredit : malayapark.com
January 19, 2010
lelaki baik dan perempuan ganas
si gadis ni luarannya sangat ganas, otai, rock, selamber, dan apa2 word yang berkenaan la..
dan si lelaki ini baik, bijak, ok pada paras rupa...haha...
dua-dua kawan aku...
dan sejak akhir2 ni, ada sesuatu yang lain pada si gadis..
maksud aku, sesuatu yang lain, macam perasaan si gadis pada si lelaki.
dia suka menyebok bila aku berborak pasal si lelaki.
dia suka mencelah bila kami sebut pasal si lelaki.
dia siap back-up lakgi si lelaki kalau aku or sapa2 kutuk si lelaki.
dan dia suka curi-curi pandang si lelaki dalam kelas.
haha..
bagi aku, terus terang la si perempuan suka kat si lelaki ni kan?
bila tanya, x habis2 deny..
si lelaki tau dan sedar,
tapi malas mau layan..
haha..
sorry kalau bagi korang entri ni x menarik..
tapi ni blog aku kan?
huk huk ;p
classmate aku konpem tau siapa aku maksudkan kan?
January 16, 2010
senyum kambing
faham sajalah
assignment, kuiz, 2 lab report tambah 1 field trip report dalam seminggu
campur lagi dengan kepadatan masa dan kekurangan tidur
haha
hidup normal seorang pelajar universiti
macam ni lah.
*
khamis lepas is our first field trip.
destinasi : kandang kambing dekat area2 marang, milik pak cik ismail
pagi datang lawat sana sini, ambik imput mana2 yg penting,
tanya itu ini pada yang berkenaan,
dan masuk kandang kambing semestinya.
tak perlu la cerita secara saintifik kot
sebab aku tau korang tak berminat.
trip ni cuma "pandang-tengok-belajar trip"
so belum buat secara praktikal lagi.
tapi aku dah praktikal diam2 kat belakang dengan anak2 kambing kat sana.
sapa cakap anak kambing x comel?
bulu dia macam teddy bear tau.
haha.
gambar x dpt lagi.
sebab olympus saya masih di warranty.
kena tunggu ehsan kawan2.
kalau tak sabar, kamu jenguk facebook saya.
pastinya diorang sudah main "tag" gambar.
sebab itu memang hobi diorang.
haha
January 12, 2010
tak faham
kau akan turutkan dan angguk saja apa yang orang khabarkan.
dan kau buat-buat faham saja apa yang pensyarah khabarkan kat depan.
dan siapa tahu dalam jasad hidup itu
imaginasi membawa ke alam yang kau saja tahu.
dan paling hebat,
kau memang pandai berlakon,
seolah-olah kau tahu semua.
seolah-olah kau dapat PhD dulu dari pensyarah itu.
ya, kau hebat.
sebab kau tahu semua.
terasa bodoh benar aku tak dapat faham apa yang kau faham.
maaaflah,
sebab saya memang slow
kamu boleh tinggalkan saya.
syukur.
kawan bukan seorang.
datang kawan lain yang bijak seperti dia
tapi sanggup perlahan bersama saya.
"jom study kat library, aku explain kat kau mana yang kau tak faham"
bagus kan?
*diam
kau boleh nampak
siapa penting diri
siapa penting kawan.
mau bijak sendiri
atau
mau bijak bersama-sama.
tak mau ajar saya?
tak apa.
kamu tetap kawan saya okey?
kelakar rasanya
sebab bila bab keluar outing dan hang out,
cepat kau cari aku.
cepat je kau datang bilik minta movie yang baru aku download.
lantaklah.
aku tak kisah.
January 10, 2010
saya single..
rupanya ada yang cemburu pada Anna.
haha
entah Anna baca atau tidak blog ni.
ya, Anna wujud, dan aku dah hilang nombor telefonnya.
dah lama dah.
jadi aku tak dapat bagitau dia, ada yang cemburu pada dia.
orang kata dia istimewa sangat bagi aku, sampai aku buat entri khas untuk dia.
kamu salah ok?
kalau mahu buat entri istimewa, aku buat entri khas pasal mama dan abah.
bukan pasal awek.
aku jumpa Anna lepas pulang dari belajar lesen kereta.
lepas pulang ceramah undang-undang (bulan 5 atau 6 lepas agaknya)
dekat stesen bas.
dia tunggu bas nak ke KL.
dia sorang2.
*cerita sama dalam entri sebelum ni.
malas mau ulang.
kenal dia belum cukup dalam, dan kamu kata aku suka dia?
kamu kata dia awek aku?
salah lagi. cuba lagi.
dan pada semua, termasuk mama dan abah..
k single lagi..
haha..
*mama dan abah mesti gelak
sebab tu dah lama abah tak dapat mesej ni
"abah, tolong topap celcom rm5"
kan? kan?
topap pun mintak abah, ada hati mau kapel?
dan aku tau apa korang fikir,
"tajuk entri ni pelik/over etc kan?
January 8, 2010
letih dan penat
itu yang aku rasa.
aku sudah rasa lega dan taris nafas dalam-dalam lepas tamat kelas pukul 6 petang. dan mesej abang asrul memang kasi badan yang mau rehat, hampa benar. pukul 8 sudah kena hadir ke dewan untuk raptai malam gala UDM esok malam.
dan kau bayang sendiri ragam masa raptai.
bila semua tak terurus dan masing-masing tiba-tiba idea melimpah-ruah dan bergaduh mahu pakai idea siapa.
dan aku tak kisah semua itu. sebab aku urus audio saja.
haha.
dan pelik juga kan?
badan dah letih-letih tapi pukul 1.09 pagi ni belum balik bilik. masih boleh ada atas talian kan?
January 7, 2010
bangun lewat
tapi aku mujur sempat naik bas. mujur.
dan ketika itu baru kau sedar nota-nota hari ini semua kau tinggalkan atas meja study.
malang kan?
haha
January 5, 2010
tak tau tajuk entri kali ini..
novel "the Gift" yang mrs X sarankan masih tak abes lagi di chapter 4. tak ada masa mau baca.
biochem and kimia organik punya homework buat sikit2.. janji dapat flow dia, maklum la slow sikit.
x bijak mana..
*
sekali-sekala bersama kau
tenang seketika aku rasa
tiada gundah dan risau
kosong.
sepi menjadi teman
membuat aku fikir
tanpa cinta tak apa
jadi kau boleh pergi
sementara aku begini.
aku kosong
macam hati batu.
dan aku tak tau apa yang aku merepek
haha.
terfikir mau cipta buku sendiri..huhu
January 4, 2010
segar sejuk air terjun
meriah nampak?
boleh turut serta?
marilah
sini tiada diskriminasi
1 Malaysia kan?
*
memang meriah
seronok gelak sakan sama kawan
walaupun sempit satu van berisi 14 orang
ya, 14 orang.
boleh bayangkan sempit?
2 jam dalam van sempit
2 jam gelak, diam dan gelak kembali
2 jam ada yang terlena
2 jam juga mulut mengunyah gula-gula getah
peluh busuk akhirnya hilang dengan air terjun
perut meragam jadi senyap dengan ayam barbeque
semua suka hati terjun sana sini
berbaloi kan?
owh mungkin bagi amer tak kot
handphone jadi korban masuk air
seronok sangat ambil gambar
sabar je la
lata belatan memang best..
yang penting best
dan kerjasama pun penting
dan korang percaya tak
kalau aku bagitau
pintu van kitorang tercabut dalam perjalanan?
hahaha
owh..tak terlambat nak wish selamat tahun baru kan?