penat hari ni ibarat marathon 10 km tanpa henti dan tanpa sempat dapatkan seteguk air. dan apa rasanya bila kau dah tinggal 5 hasta mau cecah riben garis penamat, tiba-tiba diberitahu kau ada 5 pusingan lagi?
itu yang aku rasa.
aku sudah rasa lega dan taris nafas dalam-dalam lepas tamat kelas pukul 6 petang. dan mesej abang asrul memang kasi badan yang mau rehat, hampa benar. pukul 8 sudah kena hadir ke dewan untuk raptai malam gala UDM esok malam.
dan kau bayang sendiri ragam masa raptai.
bila semua tak terurus dan masing-masing tiba-tiba idea melimpah-ruah dan bergaduh mahu pakai idea siapa.
dan aku tak kisah semua itu. sebab aku urus audio saja.
haha.
dan pelik juga kan?
badan dah letih-letih tapi pukul 1.09 pagi ni belum balik bilik. masih boleh ada atas talian kan?
2 comments:
pengalaman menjadikan kita lebih dewasa...terokainya dengan penuh berhemah..
pasti anda akan dapat ganjaran kerna bersikap penyabar melalui hari2 anda!
Post a Comment