most people said that "sharing is caring".. so i think by this blog,, i can share anything with everybody..
October 28, 2009
masa
exam..
study week..
bangun awal pagi seawal 6
semangat kobar-kobar mahu ke kota
belajar di gedung buku la
seronok
aman damai
baru boleh masuk belajar
erm, betul ke?
*realitinya, tidak =)
sebab?
duduk berkawan, kamu bersembang
belajar guna laptop, kamu online
so, bila belajar?
aku dah tahu apa yang patut aku belajar hari ini
nak tahu?
belajar urus masa =p
kepada semua, good luck exam dan all the best for your life..
October 22, 2009
kawan-kawan
semua orang kata
tak boleh hidup tanpa kawan
bosan tanpa kawan
tapi kebanyakan kawan itu plastik
bermuka-muka saja
gelak ketawa dan umpat sana sini
seronok bunyinya kan?
tak semua kawan aku baik
dan tak semua juga jahat
hakikatnya mereka sama
mereka manusia
perangai dan kelakuan saja plastik
kalau kau rasa kau terpinggir dari kawan-kawan
apa kau rasa?
dan bila terpinggir
mereka tiba-tiba cari kau
itupun sekadar bertanya
"esok ada kelas ke"
ataupun
"jom pergi kafe, makan"
itu pun kalau dah tak ada teman lain
kalau kau rasa sunyi
biarkan
aku suka berkawan dengan sunyi
dia tak ganggu aku
dia tenang, aku pun tenang
sekurang-kurangnya dia teman aku study
kau rasa kalau kawan plastik kau ajak kau study
boleh masuk otak tak?
tak perlu aku definisikan kawan plastik itu
kalian pun faham
dan kalian jangan tujukan ini kepada sesiapa
sebab tiada siapa untuk ditujukan
ambil semua dari sudut positif, okey?

October 21, 2009
exam dan study week...
masa peperiksaan final...
lagi berapa hari saja..
aku risau, gelabah dan takut..
tapi xsabar, excited dan gembira sebab cuti sebulan lebih after ni..
doakan saya buat yang terbaik
doa juga supaya saya x jadi malas2..
sebab saya memang selalu malas..
amin..
ada masa nanti saya jenguk blog2 kalian..

October 15, 2009
patung batu
patung batu itu hari-hari aku tenung
di kala ulang alik menceduk ilmu di kota
dia tak pernah ke mana-mana
tetap teguh walau ditiup angin
tetap megah walau tengkujuh menjengah
kagum, aku akui
mungkin juga cemburu
sebab aku tak sehebat itu
dia sabar, aku cepat gusar
dia kota janji, aku lupa janji
dia tenang, aku gelabah
ketara sungguh bukan?
padahal dia sebuah patung batu.
satu hari
aku datang ke situ
jenguk dia di masa lapang
di kala bulan bintang gantari sang mentari
dan suara itu berbisik ke hatiku
dan dia tahu isi hatiku berbicara
"patung batu
aku kagum dengan kamu
hati kamu batu tapi patuh
hati aku lembut tapi rapuh
kamu turutkan si penciptamu tanpa bicara
kau harung panas hujan tanpa keluh kesah
aku kagum, sangat kagum."
patung batu itu berbisik
hei kamu
hati aku cuma bersalut simen bersulam konkrit
engkau disaluti nafsu dihiasi iman
jaga dan adunlah dengan baik
moga adunan nasfu akan terlindung dengan nur
*diam seketika
kadang-kadang mahu saja aku jadi kamu
kau tak tikam belakang
kau tak cakap temberang
janji kau dengan manusia Tuanmu
tak dimungkir lagi
engkau patung batu
terima kasih kongsi sesuatu hari ini
patung batu ini ada..sayang tiada kamera mahu ambil gambar..haha

October 12, 2009
hari lahir
10 oktober 2009
msg dari mama
"happy birthday to you. mama buat kek. tapi x dapat la kamu makan"
call dari hafizah dan husna (classmate)
nyanyian lagu hari jadi
x jelas tapi terkesan dalam hati
tq
tq kat korng sebab kasi hadiah
dapat mms dari afifah (classmate jugak)
cute gambar tuh
tq pada kamu juga
mat nor pon wish jugak
tq
jambu, syah, faiz, sam, elly, izni,
tq call aku
walaupon aku x balik
dekat je rasa aku dengan korang
oh lupe
iejad..tq call ptg2 tadi
nanti cuti hang out sama
dan tak lupa kamu
kamu memang bermakna
terima kasih atas kata-kata tadi
itu memang hadiah paling bermakna
tq pada kawan2 di blog, myspace dan facebook yang wish..
semoga kamu juga panjang umur seperti yang korang doakan aku..
tq2 semua..

October 8, 2009
Part II
teroka tempat ini tiada henti
dengan harapan dia di sini
penat lelah tercungap-cungap
dan sia-sia saja meredah debu dan air masin
bila lidah kau ungkapkan
"jangan cari aku lagi"
iya, memang benar
aku akui aku titiskan air mata
tapi maaf
tangis aku bukan ratapi kamu
tapi untuk aku sendiri
takut benar akan terbongkar
padahal aku sendiri cari penyakit
aku selalu tidakkan apa yang benar
maaf
jujur aku mahu bilang
kalau kau datang ke mari
jangan datang tagih simpati lagi
jangan cari aku untuk tenangkan hatimu
aku mahu kau datang dengan tenang dan bahagia
dan itu sebenarnya hadiah hari jadi yang aku mahu sebenarnya
aku tau kau selalu jenguk blog ini
tak perlu elak diri lagi
aku dah sembuh
marilah jenguk aku
"kau" sebenarnya merujuk pada salah seorang dari kamu yang membaca...

October 6, 2009
di bandar baru
badan penuh diselaputi debu berterbangan di bandar ini
kau fikir aku mampu ketawa seperti dulu?
jalan tertunduk aku redah
dalam kelompok manusia yang ramai tapi sepi
tertanya dalam hati mereka hanyalah
"hey si polan, impian kamu sudah tercapai belum?"
cuba banding waktu ini dengan zaman kecil
aku suka lagi zaman ini, tapi aku mahu lebih.
seketika aku di puncak khayalan
tapi gelap gelita penuhi ruang
cuba gigih mahu terbang, tapi tak mampu
aku takut, dan aku memang dilahirkan begitu
dan ketika itu juga aku terfikir
sayap, mana kamu?
panggil berulang-ulang
sunyi tanpa kelibat.
terperap di kota ini
gelak dan menangis serentak
gelak dan gosipkanlah aku
bukan aku peduli
aku pinta hati kau
dan aku tahu
aku minta, tak akan dapat.
bila senyap
hati melayang pada yang tercinta
dan baru kau teringat mama yang pernah kau sakitkan hatinya
dan baru kau sebut-sebut abah yang kau pekakkan saja nasihatnya
lantas hati terdetik
"aku mahu berubah".
singgah lagi di puncak tadi
gelap tadi hilang, cahaya terang benderang
tangan genggam kuat, mata pejam rapat
takut aku masih, tapi wajar aku cuba
dan kini aku mampu terbang
*telefon berdering
hello sayap
tak perlu datang
tanpa kau
aku boleh sentuh langit kini
aku teroka bandar ini dengan peta di sisi
tapi aku fikir tak perlu kot
aku tahu, kau tahu, semua pun tahu
sesat tak bermakna mati
tak teruk sebegitu
tapi sesat kasi pengalaman
jangan fikir hidup ini susah
sebab susah kamu hidup =)

October 2, 2009
dialog si gadis dan sang arjuna
hai sayangku
kenapa bermuram durja,
mari ke sini
apa kata kalau saya kasi kamu senyuman saya
mari ke sini
saya jadi telinga kamu
ceritakan saja kisahmu
hei si hati baik
tak perlu kau gusar
tak pyah kau peduli
perihku,ku tanggung sendiri
bukan senyuman kau yang aku perlu
nah, ambil semula cebisan hatimu
sejujurnya aku tak layak menerimanya
kau dan aku macam langit dan bumi
jadi jauhi aku
hai arjuna
kau lupa satu fakta
langit bumi itu "couple"
tak lengkap tanpa salah satu
betul bukan?
kau juga lupa si gadis
benar mereka pasangan
tapi hakikatnya mereka tak pernah bersatu
darjat berbeda
kau di atas sana dijunjung
aku dibawah dipijak orang
pergi lah kasih
pergilah bersama mentari
dia secocok denganmu
*tamat*
ini cerita sudah lama.. baru terjumpa dalam draft..huhu

October 1, 2009
air
air kosong itu sejuk. dia dibawa keluar dari peti ais.
ditaruk di dalam bekas, dia sendiri tak tahu dia di mana.
hatinya berdoa, ke tempat yang baik saja destinasinya.dia faham dan sangat mengerti. ada orang yang memerlukan dia, serta kaum kerabatnya. tanpa dia, makhluk Tuhan akan mati.
dia terasa dia tiba di destinasi baru. kedengaran suara anak-anak muda. gembira dan teruja saja bunyinya. dia masih terkurung dalam balang itu. tak tahu menahu dunia luar. tapi dia tahu, meriah keadaan di luar. teringat emel dari pakciknya adri africa. kaum kerabatnya sangat diperlukan di sana. warga manusia dia sana mati berpenyakit. dia tau pakciknya sakit tenat. keluarganya di sana sakit. dan sebab mereka, manusia di sana juga sakit.
akhirnya dia keluar juga dari kurungan. dia di gelas kaca. dunia luar jelas kini di matanya. semua anak remaja belaka. girang saja. dia tahu ke mana destinasi seterusnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)