May 31, 2012

MQA kos ANIMAL SCIENCE

baru-baru ni, MQA datang ke universiti aku, atas tujuan penilaian untuk kos IJAZAH SARJANA MUDA PRODUKSI DAN KESIHATAN HAIWAN. kos aku. penilaian ni dibuat sebab at the end of this semester, first batch of this course will be produced. senior aku dah nak grad. best r diorang..haha

dan penilaian ni turut melibatkan kelas aku. aku sendiri adalah sorang daripada enam orang yang terpilih mewakili kelas kitorang untuk di-interview oleh panel MQA.

antara soalan dia yang aku ingat:

"siapa yang apply kos ni? kalau x apply, dulu apply ape?"

"best x kos ni?"

"apa masalah yang dihadapi oleh kos ni"

"apa kelebihan kos ni?"

"you all tak belajar pasal babi? and you sanggup tak belajar pasal babi?"

ada lagi la yang lain2 tu.


dalam lima orang yang lain tu, aku kenal sangat diorang since diorang classmate aku. most of them adalah cerdik pandai belaka yang pada awal2 dulu memang merungut sebab dilelong ke dalam kos ni. apply medik, dapat kos animal science. haha. but now, dari gaya diorang bercakap, menerangkan setiap apa yang diorang buat dalam kos ni, praktikal itu dan ini, memang bersungguh-sungguh.

betul cakap orang. tak kenal maka tak cinta. awal-awal dulu tutup hidung masuk kandang, sekarang ni siap seluk2 lagi. tade hal dah kan. and i bet most of my classmates feel the same. :)

May 27, 2012

hujung semester

dah hampir sangat ke hujung semester. dah selesai dah semua test 2, dan tinggal sikit2 lagi assignment yang perlu dihantar sebelum masuk study week.

test 2 baru2 ni memang buat aku jadi stress. aku blank. memang soalan2 berbentuk  fakta macam ni aku susah la nak jawab sebab kena hafal. life cycle, jenis protozoa, clinical sign, pastu virus lagi. sangat2 mencabar mental.

aku berangan nak naikkan CGPA aku sem ni, tapi subjek2 sem ni memang mencabar. tapi tak boleh give up. nak tawakal pun, kena usaha dulu kan? kalau la dapat dekan lagi kan best. baru merasa sekali kot. haha.

walaupun susah, insyaAllah aku mampu. amin~



*

iklan:

kalau nak jual topup sendiri, meh contact aku, rm10 je daftar. hehehehe

May 17, 2012

sembang2 tajuk FYP

alhamdulillah, masih segar bernafas. walaupun sumbat-sumbat ni. haish.

since sekarang dah dekat2 hujung semester, semua orang (classmate aku) sekarang ni banyak berborak yang berkisarkan ilmiah. cerita pasal cadangan-cadangan tajuk Final Year Project (FYP). haa, final year. dah nak masuk final year dah pun. kan aku cakap dah, masa tu berlalu sedar tak sedar je.

berbalik pada topik.

dalam memilih tajuk fyp, dalam kepala aku ni ada macam2 idea. nak buat tu, nak buat ni. lepas tu pulak, bila dengar cadangan tajuk dari lecturer2, buat aku bertukar hati. dari asalnya nak buat pasal parasite, tuka kepada disease, lepas tu tukar pada feeding pulak. tissue culture dan microbiology pun pada aku menarik, tapi aku tak rasa aku tak cukup cekap nak deal barang-barang lab tu.

alhamdulillah, aku dah pilih tajuk yang berkait rapat dengan pemakanan kambing. harapnya takde masalah untuk buat projek ni.

projek arnab pun harap2 boleh berkembang lagi jauh. berangan nak pegi indon ni. huhu.



May 15, 2012

entri untuk guru dan pensyarah

first of all, tahniah city sebab menang EPL. tahniah jugak kat man u.

dulu ingat man u dapat extra time yang extra, yang owen score last2 minit, menang dengan city tu? haa, sekarang turn diorang pulak dapat advantage tu. dan diorang manfaatkan dengan baik. dan, aku boleh kata sepanjang follow epl, yang last-day season yang ni paling mendebarkan. haha.


*


hari ni 15 mei. tapi nak buat entri awal sehari. sebab esok hampir seharian keluar. ada praktikal.

16 mei, hari guru. (belum lagi dengar yang hari guru ni haram, so boleh kot buat entri ni)

the most best teacher in the world must be untuk abah tersayang, cikgu AHMAD HUMAIRI BIN RAZALLI, guru di SK CENDERUNG KELUBI.

juga tak dilupakan,

- guru2 SK SUNGAI GALAH (darjah 1-3)
- guru2 SK TOK PELITA, Pasir Salak (darjah 4-6)
- guru2 SMK Dato Seri Mahararaja Lela, Kg Gajah (tingkatan satu, 4 bulan je kot)
- guru2 SMK Lambor Kiri (tingkatan 1-3)
- guru2 SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
- pensyarah Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng

dan

- pensyarah2, profesor2 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu


puisi terpopular untuk guru:

"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. "


# tiada guru, maka tiada pembangunan, tiada kemajuan.
# tiada guru, maka tiada institusi pendidikan
# tiada guru, semua hidup terseksa
# tiada guru, ramailah terkorban
# tiada guru, tiadalah populasi di dunia ini!


May 12, 2012

turun takhta, naik takhta

selamat pagi.

alhamdulillah, pagi ni mudah bangun pagi, walaupun nafsu nak tidur tu ada lagi ni.

alhamdulillah, selesai tugasan sebagai YDP fakulti secara rasminya pada AGM malam tadi. muka-muka baru pun selesai dilantik selaku pengganti diri. nasihat aku, ikhlaskan diri dalam bekerja dalam persatuan, baru berkat pekerjaan kita. dan latih diri untuk pandai menguruskan kerja. biar tak berserabut antara kerja persatuan dengan kerja sebagai student.

aku percaya yang setiap orang itu layak memimpin. jangan kata yang korang tak layak memimpin. tak cuba, tak tahu punya. dulu pun, aku rasa aku tak boleh. tapi bila dah diberi amanah dan tanggungjawab, kita akan cuba memenuhi amanat tersebut sebaik mungkin.

sekarang, dah takde apa2 dalam persatuan fakulti. seronok, tapi pastinya rindu dengan kerja-kerja tu. sebab aku enjoy dengan kerja aku. takpe2, tahun ni, Allah takdirkan aku untuk uji kepimpinan aku dalam organisasi lain pulak. lepas ni, PRS.

3 tahun dalam PRS, tahun ketiga ni aku dilantik atau "ter-lantik" sebagai Presiden. masih lagi kekok, masih lagi membiasakan diri dengan tanggungjawab baru. tapi aku suka mencabar diri aku sendiri. nak tengok, sejauh mana kemampuan aku untuk bawa PRS jadi lebih gah. macam persatuan fakulti, sebelum ni kalau orang cakap budak fakulti pertanian dan bioteknologi tak suka join program, suka study je, tapi dalam setahun aku memimpin, suasana tu berubah. penglibatan pelajar dalam program2 inter-fakulti pun semakin meriah, dan fakulti aku pun makin dikenali.

harapnya perubahan macam ni la dapat aku bawa dalam PRS. insyaAllah, akan memberikan yang terbaik. sekian.

nak sambung tidur. haha

May 7, 2012

latest korean drama

dah habis layan drama korea. terrbaru yang aku tengok, Wild Romance dengan Dream High 2.




dua-dua best. haha.

anyway, dream high 2 tak la lari sangat konsep dia dari yang pertama. dan lagu2 dia, sedap didengar. best.

one of the ost yang sedap didengar:



 sedap x? okey terjiwang sekejap.

May 3, 2012

tribute to a legend-Sudirman

dari kecil lagi, aku dibesarkan dengan alunan lagu-lagu Sudirman. tipu la kalau tak tahu paling kurang satu lagu dia kan? yang sangat sinonim dengan hari raya tu, Balik Kampung tu, lagu dia la tu. 

aku sukakan cerita sejarah hidup dia. ambil law tapi let it go semata-mata jadi penyanyi. dan cerita konsert dia dekat Chow Kit tu lagi la. sejarah beb. 

dari dulu lagi aku bayangkan kalau ada orang akan buat filem biografi mengenai sejarah hidup Sudirman. dan sekarang, aku terbaca pasal ni:


Filem yang mengisahkan tentang seorang gadis Nurul Iman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tetapi baik hati. Dia mempunyai dua rakan baik iaitu Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Di sekolah Iman mempunyai seorang rakan bernama Johari yang dalam diam menyukai Iman.

Johari ini seorang kacak dan pada masa sama, Lana dan seorang lagi rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita turut menyukai Johari. Rita seorang yang ego dan suka mencari masalah dengan Iman. Pada masa sama, Iman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang turut disertai Rita.

Filem yang menelan belanja RM1.6 juta ini bakal ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia pada 24 Mei 2012 ini.

sumber: tupai.com.my

p/s: disebabkan ini filem tribute to a legend, harap-harap biarlah berkualiti. jangan sekadar buat nak untung je. 

May 2, 2012

10 random things today


1. sila ketepikan emosi anda kalau anda tak suka orang beremosi dengan anda.

2. some girls kata ipad tak penting sebab dia tiap2 bulan tukar ganti pad. (sengal je)

3. cik or puan wannabe NurulBadiah Lai dengarnye nak datang buat bengkel blogging kat unisza minggu ni erk?

4. kroni penggemar buku2 tulisan penulis bebas bertambah sorang lagi hari ni.

5. ni dapat time kelas parasite tadi. korang tau x burung merpati (pigeon =merpati la kan?) sebenarnya menyusukan anak dia? haa, mesti pelik kan mane pulak dia menyusukan anak dia tu? burung merpati produce susu dia dalam crop kat dalam badan dia, pastu susukan anak dia ikut mulut dia.

encik google boleh membantu anda menghilangkan gatal di kepala.

6. ada dua game lagi sebelum EPL tutup tirai. tahniah kepada Man City sebab kalahkan Man Utd. tapi kalau Man City boleh drop point dan Man Utd tak boleh amek peluang, session depan tak beli la jersi Man Utd.  haha.

tak beli, tapi still sokong la.

7. ramai yang tau facebook aku bahasa melayu. dan tadi masa kelas, aku nak bagitau kat kawan aku yang gambar kulit facebook lecturer aku dah diganti dengan gambar anak dia yang comel.

nganga la beliau dengar gambar kulit'. lepas aku tunjuk, baru la berderai ketawa. haha aku pun tak tau 'gambar kulit' tu ditulis apa dalam english. rupenye COVER PICTURE. haish.

8. kalau rajin, sila baca blog post ni. ada betul jugak. ingatan pada aku jugak sebenarnya.

9. jumaat adalah hari cuti kepada negeri-negeri tertentu, termasuklah Terengganu. tapi tidak cuti pada kelas aku kerana 'makhluk2 halus' di makmal perlu diberi makan pulut kuning dan ayam panggang. justeru, tiada cuti. dem.

*makhluk halus = microbes. maklumlah amek subjek microbiology sem ni kan.

10. sekadar cukupkan sepuluh.