May 12, 2012

turun takhta, naik takhta

selamat pagi.

alhamdulillah, pagi ni mudah bangun pagi, walaupun nafsu nak tidur tu ada lagi ni.

alhamdulillah, selesai tugasan sebagai YDP fakulti secara rasminya pada AGM malam tadi. muka-muka baru pun selesai dilantik selaku pengganti diri. nasihat aku, ikhlaskan diri dalam bekerja dalam persatuan, baru berkat pekerjaan kita. dan latih diri untuk pandai menguruskan kerja. biar tak berserabut antara kerja persatuan dengan kerja sebagai student.

aku percaya yang setiap orang itu layak memimpin. jangan kata yang korang tak layak memimpin. tak cuba, tak tahu punya. dulu pun, aku rasa aku tak boleh. tapi bila dah diberi amanah dan tanggungjawab, kita akan cuba memenuhi amanat tersebut sebaik mungkin.

sekarang, dah takde apa2 dalam persatuan fakulti. seronok, tapi pastinya rindu dengan kerja-kerja tu. sebab aku enjoy dengan kerja aku. takpe2, tahun ni, Allah takdirkan aku untuk uji kepimpinan aku dalam organisasi lain pulak. lepas ni, PRS.

3 tahun dalam PRS, tahun ketiga ni aku dilantik atau "ter-lantik" sebagai Presiden. masih lagi kekok, masih lagi membiasakan diri dengan tanggungjawab baru. tapi aku suka mencabar diri aku sendiri. nak tengok, sejauh mana kemampuan aku untuk bawa PRS jadi lebih gah. macam persatuan fakulti, sebelum ni kalau orang cakap budak fakulti pertanian dan bioteknologi tak suka join program, suka study je, tapi dalam setahun aku memimpin, suasana tu berubah. penglibatan pelajar dalam program2 inter-fakulti pun semakin meriah, dan fakulti aku pun makin dikenali.

harapnya perubahan macam ni la dapat aku bawa dalam PRS. insyaAllah, akan memberikan yang terbaik. sekian.

nak sambung tidur. haha

1 comment:

Adylia Qarissa said...

bag peluang mereka manaraju bahtera heheee