February 28, 2012

subjek 'kecik-kecik'

first week semester ni dah memberi gambaran pada aku bahawasanya semester ini memang agak mencabar. agak mencabar? sangat mencabar lagi sesuai kot.

meskipun kelas parasitologi belum start lagi, tapi sem ni sememangnya kena deal dengan benda2 kecik ni. maksud aku, microorganism. bacteria, fungi, parasite dan sebagainya la. tak boleh nampak dengan naked eye, kena tengok dengan microscopes.


dan tak lupa juga, bahasa arab. masa pmr, aku amek pmr, ada amek arab ni, tapi tu pun x skor. haha. mujur boleh amek bahasa arab asas kalau kena amek bahasa arab tinggi, melopong r jawabnye. haha

February 26, 2012

daftar

umur dah lebih 21 tahun, dah boleh mengundi. tapi tak daftar2 lagi. haish.


dengar cerita pilihan raya dah dekat. tapi tak daftar lagi. macam mana ni? tak tau aku nak daftar kat mana ni.


semalam pergi mydin kuala terengganu, terjumpa kaunter nak daftar, tapi akak tu dah kemas2 barang, tutup laptop, dah nak balik. haish melepas peluang.

korang dah daftar ke?

February 23, 2012

tak best

satu perkara yang tak best adalah bila bangun awal pagi, mandi, bersiap-siap pakai baju smart2, lepas tu masa tengah sikat2 rambut tu, sms masuk.

"kelas batal"


*benda biasa berlaku masa first week ni. haha

February 21, 2012

ternak ayam dan arnab

hari ni ada gotong royong sembelih ayam dan proses ayam.

ayam2 ni adalah projek ternakan ayam daging kelas aku. sekarang ni dah cukup umur, so boleh sembelih dah. pada yang tak tahu, ayam daging ni umur sekitar 40 hari dah boleh dapat berat sekitar 1.5 ke atas, tapi bergantung pada pengurusan la. kalau makan dia jaga, so berat pun naik cepat la.

dan hari ni juga pengalaman pertama aku tengok arnab kena sembelih. adeh, kesian memang kesian, tapi nak buat camne, dah tak perform kan. kena la sembelih untuk cut cost makanan. tak merasa lagi hajat nak makan daging dia, sebab kitorang decide untuk bagi daging tu kat ketua jabatan kitorang. tanda terima kasih jugak la sebab dia jugak yang banyak tolong dalam projek ternakan ayam daging dengan arnab untuk kelas kitorang ni.

harap2 projek ni boleh membantu dalam usaha mengumpul dana untuk lawatan ke luar negara masa tahun akhir nanti. insyaAllah, aku akan lebih rajin untuk turun ladang, jaga arnab2 tu, since aku yg beriye2 mintak dr aziz bawak masuk balik arnab2 ni.

February 18, 2012

minggu penulis remaja 2012

MPR 2012 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

aku ingat nak join MPR ni, tapi dah tak layak dah, sebab syarat dia kena lingkungan umur 17-21 tahun.

tapi secara teknikalnya, aku masih lagi umur 21, sebab aku lahir bulan oktober. kan?

last time, aku dapat surat untuk join MPR ni, tapi x dapat pergi since clash dengan program2 akademik ni.


ramai blogger2 ni ada bakat menulis. so apa kata join. itu pun kalau menepati syarat la.

antara syarat2 yg aku ingat:

-17-21 tahun
-karya (puisi, cerpen dsb) pernah tersiar di media cetak dan elektronik. perlu lampirkan salinan untuk bukti
-tarikh tutup permohonan: 28 febuari.
-program MPR ni mula 10 mac kalau tak silap.

nak borang, sila ke website rasmi DBP.

February 13, 2012

komen anonymous

malu bertanya, sesat jalan.


walaupun dah agak lama berblogging, since 2008, tapi banyak lagi perkara yang aku tak reti pasal blogspot ni. tengok blog ni pun, xde ape yang best pun. serabut, boring je. nak tukar, tapi x reti. haha.


satu soalan pada kengkawan blogger.

korang ada dapat x komen2 spam yang diletakkan kat entry korang sebagai anonymous? pastu dalam komen tu dia dok mengarut pasal viagra la, pasal jual petrol kat brazil, pasal pharmacy dan macam2 iklan mengarut lagi. korang ada dapat x?


macam mana nak stop benda alah ni? yang aku hanya mampu buat adalah tukar setting not showing anonymous comment je. camner erk abg2 adik2 kakak2 yang hebat2 sekalian?

segala kerjasama dan bantuan kakak2 abg2 adik2 saya dahului dengan ucapan terima kasih.

*ayat last dah macam karangan surat rasmi la pulak. haha

February 10, 2012

prakata semester 6

aisey tajuk. dah macam prakata dalam buku-buku pulak.

semester 6 seminggu lagi nak start. tak ada lagi kokurikulum. maka hari sabtu pada semester ni adalah satu yang BEBAS!! haha.

sem ni ada 5 subjek. tengok ni.



selepas agak frust dengan sem lepas, aku rasa sem ni aku patut balas dendam. balas dendam untuk score lebih baik sem ni dan improve CGPA aku.

dan paling penting, harap2 aku ni tak sekadar cakap je. bukan hangat-hangat tahi ayam.

February 8, 2012

family outing

betul la orang cakap, kuasa rancangan televisyen mampu mempengaruhi minda penonton.


dan aku salah seorang mangsanya.

sebelum pergi lebih jauh, pada yg tak tau pasal korea variety show ni, sila google. kat youtube pun ada kot.


mula2 masa awek aku suruh tengok citer ni, aku macam x berapa nak tengok gak. after exam hari tu, sebab dah xde stok citer baru, aku pun layan gak la. memang hilang stress exam beb. haha.

okey dah lari tajuk ni.

macam ni. dalam cerita ni, ada la diorang pegi tempat2 best, countryside. pastu ada bab2 makan, diorang kena masak macam2.

serius nampak sedap.

dan akhirnya, masa cuti2 kat rumah ni, makin melampau2 selera makan aku. time cuti ni, since kat rumah kan, boleh gak demand sotong, udang, ayam dan macam2 la mengikut selera.

dan perut pun makin membesar. haha.. camne nak kurus ni?

February 5, 2012

true fans

true fans adalah sentiasa menyokong sama ada menang mahupun kalah, sama da di atas atau di bawah.

betul. 



tapi, 


jangan sokong semua perkara. benda salah, patut tegur. 


moga malam ni Malaysia menang. dan Man Utd juga :)

February 3, 2012

tak suka berjauhan

ada sebab kenapa aku tak suka berjauhan dengan kamu.

bukan sebab aku tak dapat nak bermanja-manja, merengek atau bergurau mesra dengan kamu. atau bukan juga sebab untuk menatap wajah dan juga senyuman manja itu.

aku tak suka berjauhan sebab bila kita jauh, ketika kamu sakit, aku tak dapat temankan. atau bila kamu sedih, aku tak dapat bersamamu meleraikan tangisan di matamu.

*

terima kasih Tuhan yang mengurniakan kebijaksanaan kepada manusia, mencipta telefon bimbit. boleh sms :)

entry copy paste?

penceritaan yang paling mudah ditulis adalah bila cerita itu memang dari pengalaman kita sendiri. senang nak olah, senang nak tulis feel dia, nak buat ayat pun senang.



dan tulisan yang paling mudah sekali ialah tulis copy dan paste. tak payah taip pun kan?

dulu aku pun copy paste entri orang. skrg dah kena batang hidup sendiri, haa, rasekan.

February 1, 2012

result semester 5

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


result exam semester 5 dah keluar. kecewa, sebab tak seperti yg aku target. sikit lagi je nak maintain DL, tapi nak buat macam mana, result tu reflects pada effort aku sendiri.

tapi syukur, setidak2nye result CGPA aku naik sikit.

alhamdulillah..