October 14, 2011

adik comel dan aiskrim

satu petang, aku ke tok jembal. sorang. duduk tepi pantai sambil membaca, atau menulis, itu dah jadi kegemaran aku sejak duduk terengganu ni. dan paling best, termenung. mengelamun. berkawan dengan alam. seolah-olah ombak dan angin meniup ke muka itu ada perkara mahu dibualkan.

*

'abang, ada seringgit tak?'

adik kecik kira-kira umur 3 atau 4 tahun itu menegur. perempuan. comel. dan salah satu kelemahan aku ialah budak kecik yang comel macam ni la.sebab tu aku suka mama jadi babysitter. huhu.

'adik nak buat apa?'
'nak beli aiskrim tu'

dekat bawah pokok tu ada abang jual aiskrim naik moto. dan aku jenguk-jenguk jugak keliling cari mak bapak budak comel ni. nampak jugak kelibat sepasang suami-isteri serta bayi di pangkuan isterinya, terjenguk-jenguk ke arah kami. aku kira mereka lah mak bapaknya.

'tak mintak mak duit?'
'mak tak bagi. mak asyik layan adik je'

dalam situasi aku yang tak berduit, dalam wallet hanya ada sekeping rm5 je. dan aku bawak adik tadi beli aiskrim. disebabkan dia comel, aku belikan dia cornetto terus. haha.

dapat aiskrim, terus dia berlari ke arah keluarganya. oh, budak ni baik, tak lupa ucap terima kasih.

sambil melihat budak tu berlari terkedek-kedek, aku doakan budak tu tak terasa tersisih dengan adanya adik baru. dan berharap mak ayahnya pun sedar dengan perkara ni.

1 comment:

qeef... said...

budak tuh mesti giler comel smpai ko sanggup blanje cornetto.. asal x snap pic dyer?