May 21, 2011

bertolak

pukul 2 petang ni, saya akan mula bertolak ke klang. berkumpul di rumah nadzely sebelum memulakan sesi praktikal di al raudah biotech  farm di rawang.

doakan saya selamat ke destinasi, dan doakan tak hujan. huhu

May 19, 2011

drama korea mana yang best?

soalan dari seorang kawan.


cuba listkan drama korea yang kau dah layan dan yang mana paling best?

okey saya jawab.

1. you are beautiful
2. my girlfriend is a gumiho ( tak habis tengok pun )
3. dream high
4. secret garden

untuk soalan yang mana paling best tu, saya susah sket nak pilih. saya pilih semua best kecuali gumiho tu sebab saya tak sempat nak habiskan sebab ter-delete dari laptop.



drama dream high best sebab plot utama dia bukannya cinta. dia lebih kepada cita-cita dan impian pelajar ni nak jadi penyanyi atau penari. dan jadi lebih best sebab para pelakon dia memang betul penyanyi pun, jadi nyanyian dia lebih original, tak dibuat-buat atau miming.



secret garden pun best sebab plot cerita dia. asas dia adalah cinta pandang pertama antara orang kaya dan miskin. tipikal, tapi menarik plot dia. tengok sendiri la. sama jugak dengan you are beautiful.



yang penting, kalau dulu saya cukup tak suka dengar muzik korea, tapi disebabkan drama-drama ni, saya layan juga sound track drama-drama ni. dan dari situ, macam-macam jenis muzik korea saya dengar.  CNBlue adalah antaranya. huhu.

ada lagi cerita yang best? cuba rekemen sket. nanti saya cari. haha

notakaki: semua ni gara-gara terpengaruh dengan classmate la ni. haha

May 18, 2011

anak kampung

lagak gaya seperti anak bandar yang hidupnya bertemankan ipod, ipad, blackberry dan sebagainya.

tapi dia cumalah seorang anak kampung yang tidak terpisah dengan ayam itik, mengail di sungai, menjala dan menahan jaring di lombong. malah di lombong itulah tempat mandi dan mainnya.





okey ini gambar lama. tak ada gambar baru di lombong.

May 16, 2011

harga minyak



Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..

apa alasan kerajaan pakai letak harga mahal-mahal ni?

maaf entri ada unsur politik kali ni.

Aishiteru

musik. senang sangat untuk mengiringi perasaan jiwa yang pelbagai. marah, sedih, ada saja musik yang sesuai dengan mood itu.

dan lagu ini, terima kasih kepada dia yang tujukan lagu ini untuk saya.

nice song.





:)

May 14, 2011

kalau tak suka

quoted:

kalau tak suka music, komen music ,
kalau tak suka lirik, komen lah lirik dia.
kalau tak suka rambut, meh tunjuk lawa sangat ke rambut tu,
kalau nak benci peribadi, cermin diri, elok sangat ke diri sendiri,

jangan nak mencetuskan pergaduhan yang tak berasas.


maaflah cakap. indie scene kita ni kecik aje. jadi kongsi la ruang yang ada dengan semua.

peace.

May 12, 2011

kesempurnaan

dalam mengejar kesempurnaan, banyak yang perlu dilakukan.

*

percayalah,

kesempurnaan bukanlah berlaku dalam masa satu hari.

ianya merupakan satu proses.


:)

May 11, 2011

Giveaway Gelimat Gegurl Gosh

hari pertama saya di rumah, dan tak tau nak cerita pasal apa, jadi saya blogwalking, jumpa satu bloger ni buat giveaway..





haa, ini dia tuan punye blog. comel tak? baik cakap comel, sebab saya nak menang ni. haha.

so tajuk dia adalah Giveaway Gelimat Gegurl Gosh. tajuk dia punye la dasyat, gelimat bagai..haha. tapi sebab dia comel, saya join je la walaupun tak faham apa itu gelimat.

nak barang free, so ada la perkara yang kita kena buat. iaitu:

1. tak wajib follow pun. sebab saya pun tak follow, buat masa ni la. haha

2. describe pasal giveaway ni dan describe pasal blog beliau.

- pasal giveaway ni, nama dia pun dah menarik minat saya walaupun saya tak paham. haha. saya join sebab of course nak barang free. haha. saje je cuba nasib dan secara tak langsung, saya ada sesuatu nak tulis kat blog ni. haha

- mengenai blog beliau ni, header dia memang berjaya menarik perhatian. layout simple, xde widget berat2, xde music which is saya suka. sebab saya bila ber-blogging atau online, saya akan pasang playlist saya. so kalau banyak sangat lagu, jadi serabut. jadi blog beliau tak serabut. dan beliau sangat comel. awek comel amek chemical engineering, wau. haha.

3. title kena seperti yang saya buat di atas.

4. tag tiga orang. jadi saya berkenan untuk pilih cik munirah, cik faizdzrin dan cik mia liana. join tau.

5. gambar beliau kat atas tu pun jangan lupe selitkan okey?

6. yang ni paling mahal sekali. haha. Lengkapkan slogan ... " Merujuk kamus dewan edisi 2018 , aku rasa maksud GELIMAT tu ialah ..... 

"sama maksudnya dengan 'gelenyai' (perkataan orang terengganu yang saya baru belajar) iaitu gedik yang berlebih-lebihan. orang ganu kite kate, gelenyai gelebek nyeng. haha.  (saya pun baru belajar, dan saya bukan orang terengganu.huhu)

7. dah selesai semua di atas, kita boleh la pilih hadiah yang kita berkenan. pilih la nak kod apa,


GGGG 01


GGGG 02


GGGG 03


GGGG 04
 
lepas tu letak link entry korang ni dekat belog beliau, di sini, beserta 2 kod hadiah pilihan korang. nak tau lebih lanjut, baca je blog beliau, di sini.

May 10, 2011

KPO UniSZA

baru selesai program Kursus Pemantapan Organisasi UniSZA 2011/2012.

-1st time saya dalam kursus ini. menarik dan setidak-tidaknya saya sebagai YDP PM FPB tau la selok-belok buat kertas kerja, minit, dan segala macam benda lagi.

-lebih meramaikan geng di UniSZA.

-meluaskan pandangan dan idea untuk buat kertas kerja. sesi brainstorm banyak membantu keluarkan idea2 bernas. mungkin boleh pakai untuk persatuan nanti? haha.

-satu idea saya diterima untuk dibuat proposal untuk program PIP (Program Inovasi Pelajar rasanye). harap2 KPT nampak la apa yang idea saya dalam program tu. huhu

notakaki: sedang seronok sebab...eheem2..haha

May 8, 2011

the title decider

the title decider:

-kalau menang malam ini, sure title EPL man utd dapat rampas. hehe.

-kalau kalah, tak tau nak cakap apa..seri takpe lagi..

*harap2 dekat Bukit Kluang beach Resort tu ada astro, lepas tu takde program yang halang saya untuk tengok match ni.


oh, saya dah habis exam. haha.

*

mama, selamat hari ibu!

May 6, 2011

birthday wish dahulu dan sekarang

er, bukan hari jadi saya hari ini. huhu



kalau dulu, cara saya mengingati birthday seseorang adalah dengan memenuhkan reminder di telefon bimbit. saya akan set alarm clock pada pukul 12 tengah malam pada birthday seseorang itu, kemudian terus send sms ucapan selamat hari jadi. kononnya boleh jadi antara yang awal. haha.


sekarang, tidak lagi.



wish birthday hanya di facebook. kalau saya tak online facebook seharian, maka saya tak wish birthday sesiapa pada hari berkenaan. kalau birthday boy/girl adalah kenalan rapat, wish dia macam2 la. kalau saya tak berapa kenal, cukup sekadar "HB bro/sis".

dan untuk birthday kalian yang saya ingat, saya akan terus sms je. huhu.



notakaki: lihat saja perubahan gaya hidup dengan adanya facebook. haha

May 4, 2011

CNBlue and last paper

hey, it's almost finish! one more paper!

yang terbaru:

-get along well with her :)

-esok ada bengkel anjuran MPP for whole day. nak tak nak kena pergi jugak. adeh~

-mood nak balik tak rasa sangat lagi

-ouh. saya dengar lagu CNBlue, band korea. iye, band. sebab itu saya dengar. hey, try Love Revolution, best!

-nak study small ruminant untuk sabtu ni, jauh sekali. haha.

-can't wait for next Tuesday!

May 2, 2011

harapan dan dendam

dua paper lagi.

alhamdulillah, segala puji bagi Maha Pencipta dan Maha Penyayang, paper Feed and Feeding pagi tadi boleh dijawab dengan perasaan lega. bukan maksud saya saya boleh jawab, tapi setidak-tidaknya saya boleh melangkah keluar awal dari exam hall tanpa ada sesalan. terima kasih banyak Tok Cik.

saya di awal semester ini, saya sendiri memang tidak berapa gemar dengan subjek ini. salah satu sebabnya, kerana saya tak score dalam subjek Animal Nutrition pada semester lepas, juga diajar oleh Tok Cik. perasaannya ibaratkan, kita berbelanja lebih kurang kita berbelanjakan lebih kurang rm300++ untuk dapatkan jersey original Man Utd (kelab bola sepak kegemaran saya) dan banyak usaha untuk mengumpulkan duit untuk ke arah itu. selepas berusaha keras sampai duit cukup, kita pergi beli dan kita hanya mampu dapat jersey gred AAA standard Rantau Panjang.

okey itu metaforanya sahaja. tapi hakikatnya saya tau, effort saya belum cukup.

jadi, saya berharap benar untuk kali ini, saya mampu balas dendam terhadap paper sem lepas dan score dalam paper Feed and Feeding, dan juga paper yang lainnya. kalau boleh, biarlah merasa dean list semester ni. InsyaAllah.

okey, sebenarnya baru lepas bangun tidur ni. haha. nak pergi basuh muka dulu. bye.

May 1, 2011

update

exam week.

tinggal tiga paper lagi.

habis paper, 7 Mei 2011.

8-10 Mei 2011, kena pergi bengkel pengurusan organisasi, dekat Besut.

10 Mei 2011, balik Perak, naik dekat Jertih.

okey, sekian update dari saya.

terima kasih.