May 2, 2011

harapan dan dendam

dua paper lagi.

alhamdulillah, segala puji bagi Maha Pencipta dan Maha Penyayang, paper Feed and Feeding pagi tadi boleh dijawab dengan perasaan lega. bukan maksud saya saya boleh jawab, tapi setidak-tidaknya saya boleh melangkah keluar awal dari exam hall tanpa ada sesalan. terima kasih banyak Tok Cik.

saya di awal semester ini, saya sendiri memang tidak berapa gemar dengan subjek ini. salah satu sebabnya, kerana saya tak score dalam subjek Animal Nutrition pada semester lepas, juga diajar oleh Tok Cik. perasaannya ibaratkan, kita berbelanja lebih kurang kita berbelanjakan lebih kurang rm300++ untuk dapatkan jersey original Man Utd (kelab bola sepak kegemaran saya) dan banyak usaha untuk mengumpulkan duit untuk ke arah itu. selepas berusaha keras sampai duit cukup, kita pergi beli dan kita hanya mampu dapat jersey gred AAA standard Rantau Panjang.

okey itu metaforanya sahaja. tapi hakikatnya saya tau, effort saya belum cukup.

jadi, saya berharap benar untuk kali ini, saya mampu balas dendam terhadap paper sem lepas dan score dalam paper Feed and Feeding, dan juga paper yang lainnya. kalau boleh, biarlah merasa dean list semester ni. InsyaAllah.

okey, sebenarnya baru lepas bangun tidur ni. haha. nak pergi basuh muka dulu. bye.

3 comments:

Arm_mj said...

2 paper lg..??waah heaven!! aku tnggl 1 paper yg terkhir bergelar student dgree muhaha hepi!

Anonymous said...

patut lah ayat ada smpi berulang2. post-mamai. hahahahhaa. goodluck!!!

Afe Oth said...

Dean list, InsyaAllah.