di saat semua berlari mengejar itu
aku berbaring santai di pasir pantai memutih
sambil lihat langit membiru
aku tak mahu lagi berlari
aku mahu jalan perlahan
dahulu aku setiap detik berlari kejarkan itu
tapi yang dikejar itu tak juga dapat dikejar
kerana banyak lagi yang harus dikejar
kali ini
aku jalan perlahan, sendiri
rupanya sewaktu aku berlari dahulu
banyak yang aku tak nampak
dan aku tak sedar
indah dan kompleksnya dunia.
laju atau perlahan
garis penamat itu tetap ada
tetap sampai
tapi aku tak mahu sampai cepat tapi tiada isi
biar lambat sampai terisi sesuatu
masih lagi final exam,,
doakan saya ok?
2 comments:
layankan aje..=)
abah ngan mama tetap doakan kejayaan kamu.
Post a Comment