kadang-kadang, aku rasakan yang bulan sudah curang denganku. malam tadi aku tunggu dia di puncak bukit sana, mengendahkan angin malam yang dingin dan gelora hati yang tak terungkap.
entah ke mana bulan pergi, aku tak tahu. sudah aku telefon, malah sms berpuluh-puluh kali tapi kosong jawapannya.
malam ini aku akan ke situ lagi, berharap ada bulan, kerana aku ada sesuatu untuknya.
No comments:
Post a Comment