most people said that "sharing is caring".. so i think by this blog,, i can share anything with everybody..
December 31, 2009
cerita nobita versi aku..
tak dapat celikkan matanya. terus tukar baju untuk ke sekolah, Nobita memang akan datang lewat.
bila lewat, cikgu pasti suruh berdiri di luar kelas, dan pastilah dia tak belajar apa-apa.
dan ketika itu, Giant dan Suneo ketawa sakan sampai tempias air liur. tambah berdekah-dekah ketawa
mereka apabila Nobita masih lagi kekal dapat markah kosong. entah apa dalam benak hati Nobita.
balik rumah, Doraemon menanti, dia tahu nobita pasti minta bantuan darinya. masuk saja ke bilik,
Nobita duduk di meja belajar, menung jauh. tak pasti apa yang difikirkan. mungkin fikirkan
masa depan kahwin dengan Sizuka, atau mungkin berangan untuk bercuti di angkasa lepas. imaginasi
Nobita hebat benar, imaginasi tanpa sempadan, dan angan-angan boleh jadi benar, Doraemon ada.
tapi kita silap. Nobita terus buka buku, terus belajar. tiada lagi merengek meminta barang Doraemon.
tiada lagi tangisan dibuli, diketawakan di sekolah. tiada. dia belajar bersungguh-sungguh hari itu.
dan esok juga begitu. Nobita jadi rajin. betul-betul rajin hingga tidak lagi bermain besbol dengan Giant dan Suneo.
buang masa,katanya. dia tahu dia pasti dibelasah dan jadi mangsa buli Giant. baik dia belajar.
dan ujian bulanan pun keluar. Nobita gembira. walaupun tak dapat 100 markah, 67 markah cukup memuaskan.
usahanya memberi pulangan setimpal.
tapi sedih juga, kerana semua tidak percaya dengan usahanya.
"mesti guna alat Doraemon"
"dia meniru dalam ujian kot"
"teruk la Nobita, dah pandai meniru pulak"
dah adat dunia kan? persepsi negatif tak habis-habis.
tapi Nobita senyum sorang-sorang. haha..
December 30, 2009
Anna gadia tipikal
no idea untuk tajuk entri..
korang bosan dah dengan tajuk gadis tipikal kan?
*baca je..
Anna gadis tipikal
saya jenis logikal
sesuai?
maaf la
bukan mood mau berhubung
ya aku single
haha
owh, nanti aku tukar status di facebook aku kepada single..
tapi aku senang sama Anna
senang hidup tanpa tekanan
juga tanpa kelibat gelisah rindu tak tentu pasal
atau risau awek curang sama lelaki lain dalam facebook
susah awek cantik sangat
semua mau rebut
hahaaha
Anna gadis tipikal tapi nice
fikiran dan persepsi merapu
tapi kadang-kadang tipikal itu yang aku suka
beri idea baru
nanti aku buat satu lagu untuk kau
tajuk?
"gadis tipikal"
cantik bukan?
haha
*iye..memang sangkut paut dengan gadis tipikal yang sebelum2 ni..
mau tau siapa Anna?
December 29, 2009
malas
sebab aku memang tak tahu
sejauh mana hal ini berlarutan
biar masa tentukan
sebab aku dah malas
baik duduk senang lenang saja
main PES2010 sambil minum rebina perisa lemon
tambah lagi mood layan lagu-lagu indie
kalau dah sembuh nanti
kita ketemu lagi..
dan kau tahu siapa aku maksudkan..
December 27, 2009
semester 2
so kawan2 leh tinggal link kat situ..
nuffnangers, saya dah balik ke kolej, tapi teruskan usaha! jejak akan dibalas..tq..
* * * *
bangun pagi walaupun tidur 2 jam
pergi kelas
sebelum tu sarapan
walaupon tau kelas dah mula
lantak la
nanti sakit perut, susah
pendek citer
aku mencari mood belajar
really need it
biochem agak cabar logik akal juga
baru satu kelas
haha
ilmu kimia dah berhabuk simpan dalam otak
balik ni aku azam mau "refresh"
macam kamu yang suka refresh page aku bila nuffnang tido..
haha
masih mengantuk.
selamat tido.
bye..
;0 zz
December 25, 2009
result aku..eh aku bukan bdk pmr tau..
student pmr dapat result..
well,, bdk udm pon dapat result..
serius lambat..
rasa cam dak pmr dah..
haha
tapi kitorang xde yg dapat 8a/9a,
sebab sujek pon ada 5/6 je..huhu
well..pointer sem 1 aku x cukup bagus sangat..
tapi syukur la at least 3 pointer and above
but..
sedih sikit xdapat dekan..
haha
sape suruh aku ter-ponteng kelas bnyk2?
sapa suruh aku on9 dalam lecture?
xpe la..
aku puas hati dengan usaha aku
mood : dah mula nampak bibit2 sem 2
(padahal dalam hati malas nak balik udm..)
December 22, 2009
retorik
manis sungguh
manis amat
kalah gula2 fruit gummy warna ungu
kalah milo ais mamak tepi jalan yang pekat kaw2
indah bicara dari bibir
indah telinga dengar
indah hati menghadam
tapi tak indah otak mencerna
kerna logikal tak bermadah
cerna fakta saja
kau retorik
khayalan saja semua
dan bodoh aku percaya
haha
"end"
December 21, 2009
tq semua..
saya tau, blog ini tak menarik mana
tak ada info or useful input
yang ada cuma coretan kosong dan suka-suka saja
tapi korang jenguk jugak,
hasilnya my nuffnang earning sudah increase..
its nearly to gain my first nuffnang income..huhu
thanks again..
melalut
mau bersketsa, berdansa, berpuitis atau apa saja
nak jiwang, nak tulis apa saja
ada masalah ke kalau aku jiwang? haha
December 19, 2009
BLACK & WHITE PHOTO Contest
dah lama aku ushar blog beliau ni -klik sini-dan memang ada keinginan mau join ini contest. then tetiba aku nampak pic ini dalam laptop ptg tadi. so try saja la..huhu..
apa kata korang join jugak? gi jenguk blog dia kalau mau tau..huhu
Keterangan-gambar eksperimen sendiri sama kamera olympus-ku..huhu
Lokasi : bilik aku yang bersepah
Masa : ntah, luper..agak2 siang ke malam?
warranty
rindu di kala kita beraksi bersama
kamera digital,
lama lagi kau di sana?
rindu kamera
December 17, 2009
gadis tipikal 2
senang berbual, senang berbicara
tak lokek senyumnya
tak henti tawa.
setiap hari
masa sama
tempat sama
pasti ketemu
kebetulan, betul ke?
pedulilah.
satu ketika
sedang berbual-bual kosong
'kamu suka saya kan?'
geleng.
'akui saja'
geleng berkali-kali.
'kalau tidak kenapa kamu baik sama saya?'
tarik nafas
diam.
kamu
gadis tipikal
sempit fikiran.
*gelak dalam hati
December 16, 2009
senyum sendiri
jangan kau tanya chord apa
pasang saja telinga
cuba buka hati terima apa saja yang aku mahu hiburkan
biar otak kau rehat dari fikir
"macam mana kau buat lagu tuh?"
haha
budak-budak ini takkan faham
tapi aku juga takkan dapat faham mereka
aku punya abah dan mama lagi
tapi budak-budak ni?
mereka dari kecil sendiri dah hilang ibu bapa
yela..yela..
memang tadi ada aku sebut..
"abang faham apa kalian rasa"
tipu sebenarnya
mungkin mereka gembira sebentar di kala kami datang
suka-suka bersama
makan nasi ayam yang habis ayamnya dek mereka yang lahap benar
tapi aku kenyang
lihat mereka bersama senyu dan tawa
lupa sekejap masalah sendiri
masalah sendiri boleh setel.
tapi hari ni sama kanak-kanak ini
pagi tadi sudah aku tetapkan dalam hati
buat apa saja mereka mahu
apa saja
janji mereka gembira
piching lari, mereka ketawa
lantaklah
hari ini kamu gembiralah
hari ini aku mau jadi ayah ibu kamu
ada jodoh
ada masa
panjang umur
kami ke sana lagi.
December 13, 2009
entri kosong
marah aku hari ini besar gunung everest agaknya
mujur sabar aku luas laut biru
bodoh sebenarnya
dah tau jadi macam ini
macam budak sekolah
diajar 2+2 sama dengan 4
saja dijawab 5
bukan tak tahu jawapan
saja nak undang tangan cikgu ke pipi
dah berapa kali rasa
perasaan ini dah lali
namun aku takan lari
berdepan realiti yang pasti
telefon, sms tak berbalas
ym, facebook pun senyap
nampak macam bersalah besar dia dengan aku
takut agaknya
terbongkar sudah
sudah lah
nanti kita ketemu
selami hati
baru kau tahu
bagi kamu tahu
perit aku rasa
December 12, 2009
distraksi
gitar, celo, pengiring,
siap semua jadi sempurna
tapi,
semua muzik mendayu ini
apa kau mau nyanyi?
perfomasi apa ini
lagu dipraktis tanpa bait-bait
tak lengkap lagu dan irama
aku bingung
biarlah puisi esok terluah sendiri
biar terluah dari hati
semua ini distraksi
kau petikkan gitar sesuka hatimu
tak kira apa chord kamu
ikut sedap telinga
balunlah irama apa
sebab itu distraksi
kau tak nak dengar?
ada aku peduli?
aku bukan egois.
*buntu..
December 10, 2009
gadis tipikal
mau kongsi cerita hari ini :
hai kamu
sunyi sepi seorang diri
tak bosan?
hey arjuna
tak usah sandiwara dengan bait-bait puitis
lihat saja jari tersarung dengan cincin
baik kamu diam dan jauh
jangan cuba dekat, jangan rapat
pegi jauh, tak mau kau kulihat
gadis,
tipikal sungguh fikiran kamu
bertegur sapa, berbicara suka-suka
mana undang-undang kata salah?
mana hukuman mau jatuh pancung?
sombong tak tentu pasal
ok saya silap
mari mula semula
saya Anna, awak?
budi bahasa budaya kita...lalala
December 8, 2009
satu kosong satu enam
she picked up the phone
*
see how crazy u are missing me ;)
December 6, 2009
pergi
pergi saja
ke mana kau mahu
teroka setiap inci dunia ini
jangan risau aku
bawa rindu ini sama
pergilah
kaut sebanyak mana kamu mampu
aku di Malaysia saja
jauh mana kita
ukhwah itu ada
walau tak ada jisim
jauh mana kita pada zahirnya
dalam hati kita sebelah-menyebelah
kalau kamu rindu aku
mari kita skype
ym pun boleh
sambil ber-webcam
buat mimik muka pelik
dam ketawa
December 5, 2009
undian Piala Dunia
tapi tak payah gusarkan.
semua boleh google..
ini aku mau kongsi kat semua....
Group A | |
South Africa | Mexico |
Uruguay | France |
Group B | |
Argentina | Nigeria |
Korea Republic | Greece |
Group C | |
England | USA |
Algeria | Slovenia |
Group D | |
Germany | Australia |
Serbia | Ghana |
Group E | |
Netherlands | Denmark |
Japan | Cameroon |
Group F | |
Italy | Paraguay |
New Zealand | Slovakia |
Group G | |
Brazil | Korea DPR |
Ivory Coast | Portugal |
Group H | |
Spain | Switzerland |
Honduras | Chile |
*credit :espnstar.com
*feveret aku kali ini : England... korang??
December 4, 2009
maxis scholarship for excellence award
mau kongsi sama semua..
semua pelajar, sila rebut peluang.. korang yang cerdik pandai boleh apply satu scholarship ni.. untung2 korang dapat.. cube je apply..dapat tak dapat tu lain cerita...
antara kelayakan dia :
- STPM - minimum 3 As or
- Matriculation / Diploma - CGPA 3.5 or above or
- A Levels - minimum 3 As or
- Australian TER - minimum 90.0 or
- Recognized foundation/Pre-university courses – equivalent to CGPA 3.5 or above or
- Current 1st or 2nd year university students must have a CGPA of 3.5 or above
bonus untuk korang kalau :
- Possess a good command of the English language, both written and oral;
- Be a team player;
- Excel in extra-curricular activities and sports; and
- Possess leadership qualities.
note-field study untuk local university adalah bebas, tapi untuk foreign university, depends pada kos korang..
jangan buang masa... 4 january 2010 tarikh tutup.
hope info ni kasi faedah dekat korang..
apply or more detail : pegi google atau klik sini saja...
December 3, 2009
Coretan DBP menjemput...
last shot before hantar kamera ke warranty
another day to spend
datang encik posmen ke rumah
anta surat
dari dewan bahasa dan pustaka
Saudara Ahmad Khir,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Minggu Penulis Remaja (MPR) pada 19 hingga 25 Disember 2009 di Golden Straits Villas Beach Resort, Port Dickson....
bla.bla...bla..
finally..
but i need to settle on my license..
sorry..
xleh join..
hope to join this thing in the next time...
December 2, 2009
ketenangan..
kekerasan, antara nurani dan dogma
"Manusia membunuh, mereka membenci, mereka
menghancurkan planet ini.
Lalu, untuk apa mereka hidup?
Yang Bumi butuhkan sekarang adalah ketenangan."
ada krisis serius dalam masyarakat
yang perlu kembali kita refleksikan.
mungkin kita kurang menghargai hidup,
mungkin kita kurang peduli pada realitas kehidupan.
maukah kita perhatikan?
kekerasan fisik pun psikis terus terjadi
terhadap manusia, binatang dan alam..
manusia membunuh manusia..
vice versa..
manusia membunuh binatang..
binatang membunuh manusia..
manusia menghancurkan alam..
alam menghancurkan manusia..
berdamai kepada binatang, manusia, dan alam
semesta,
peradaban damai yang sejati niscaya kan tercipta..