November 30, 2009

asing

hari apa itu
dan di bulan apa
jam ini tidak pernah terasa begitu hidup
Aku tidak bisa harung
dan aku tidak bisa kembali
Aku sudah kehilangan begitu banyak masa

semua hal yang ingin saya katakan
hanya tidak keluar dengan tepat
Aku tersandung di dalam
kepalaku berputar
Aku tidak tahu ke mana harus pergi dari sini


Aku menghabiskan hanya yg terbaik sejauh ini
Dan aku rindu padamu
Ketika kita berasingan


ni adalah dunia kecil Sayang
Dan kita masih muda
Kami mungkin akan begitu jauh
Kita mungkin hanya bertemu lagi suatu hari nanti

November 29, 2009

pengguna nuffnang, tolong r..

aku baru je minggu lepas join nuffnang..aku tak tahu sangat pasal nuff ni..tapi aku buat jer..so korang yang dah penah dapat duit dari nuffnang ni..leh tolong x?

aku x paham..unique click aku bnyk gak r..tapi bile tengok earning, xde dapat apa2 pon..

korang yg baik hati..tolong erk?
tq..

"tukang-kipas"

1. Duduk di tempat duduk paling depan. Anda akan terus-menerus dianggap pelajar yang berminat untuk belajar. Bersainglah dengan Butt-kisser/tukang kipas lain.

2. Buat-buat muka fokus, serius, seolah-olah mendapat input yang bermanfaat, walaupun ajaran yang disampaikan amatlah di luar silibus.

3. Angguk bila pensyarah memberi kuliah. (ini asas yang amat penting.) Kalau boleh, tongkat dagu anda lakonan yang lebih meyakinkan. Selalunya pengipas-pengipas akan mengangguk serentak dan seirama.

4. Rajin-rajinlah menanya pensyarah pasal tugasan, walaupun soalan itu sangatlah general gila babi semua orang termasuk anda tahu jawapannya.

5. Selalu jawap soalan pensyarah, walaupun soalan-soalan menjengkelkan yang tidak perlu dijawap seperti ini, "Tulis dalam kerrrrr?????" anda jawap "tasssss!!!!". Disini, pengipas-pengipas akan menjawap serentak, anda selalunya akan kenal saingan anda dalam situasi ini.

6.Ketawa bila pensyarah buat lawak bodoh. Tau apa dia lawak bodoh? Sila google.

7.Jika rakan anda gagal menjawap soalan yang ditanyakan oleh pensyarah, bisik-bisiklah, kononnya anda seorang pelajar yang suka membantu rakan sekelas.

8.Ketawa bila pensyarah buat lawak tahap ujibakat rajalawak. (berbeza dengan no.6)

9. Senyum bila pensyarah menceritakan hal peribadi beliau, misalnya "Anak I suke sangat makan KFC, tapi nak jimat, so I gorenglah Ayam pastu masuk dalam kotak KFC, Hehe." Senyum walaupun anda tidak berminat langsung mengambil tahu.

10.Pastikan anda tidak betul-betul mencium penggung pensyarah anda. Walaupun dipelawa. Beliau hanyalah menguji tahap kewarasan anda.

Cilaka, saya benci butt-kisser di kelas.

November 28, 2009

kau hot??

coOl???hOt???

i kinda wanna ask u all;
1) a.what is the definition of the words above?
b.does it differ?
2) a.when it is been uttered to a person, what does it mean?
b.when it is uttered to a person, does cool n hot differ?
3)to what extend is somewhat, somehow, someone is considered cool or hot???

i hope i got all of your reply>this should be interesting for me...

November 26, 2009

hari raya korban



selamat hari raya aidil adha..

takde apa mau kongsi malam ni.
makan kfc kenyang2 sampai idea bantut.
hadoi..huhu


terfikir mau buat reunion sama kawan2..tapi masa tak kasi can..

November 24, 2009

bintang sayang


bintang
ke sini kamu
mari teman aku malam ini
aku risau
takut
sendiri
sunyi sepi
teman aku sampai pagi datang
boleh?

bintang
aku sunyi
dia tiada
sibuk
jauh
penat
mau rehat
tapi
aku tahu
dia ada
ambil berat
akan aku.


November 20, 2009

"cita-cita saya nak ke universiti, cikgu"


lama sudah tak bermain sama kamera..huhu


realiti dunia..macam ni la..


apa jawapan korang kalau ditanya,
"apa tujuan mau masuk universiti?"

semua, hampir semua kata : nak belajar / tuntut ilmu...

tapi kat universiti, lain situasi... kelas berapa jam je sehari.. tolak keperluan lain.. korang spend masa untuk apa??
1. tido ( x terkecuali pompuan..sama je..haha)
2. online (download sana sini..tengok movie)
3. merayap (dating atau hang out dengan kawan berlandaskan alasan basi-release tension)



tadi tertinjau sorang blogger..

tak tahu dia mpp or what..
tapi dia sangat prihatin orangnya, tentang masalah dalam mpp..
tapi alasan mpp tempatnya jadi lemah ialah...

tujuan masuk U cuma utk menuntut ilmu.
berdasarkan statement ni..dia khabarkan yang mahasiswa di tempatnya tak terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan mpp atas sebab di atas. funny right??

kalau la semua stdnt asyik study saja..bagus.. cgpa 4.0.. first class degree la korang..
tahniah..

tapi..come on la..teens..xkan mau jadi ulat buku saja sampai xde life dekat universiti?

softskill, imej, kokurikulum pon penting jugak.. betul kan?



November 18, 2009

entah

terpampang depan mata
hati ragu-ragu
mula rasa bodoh dan tertipu
jeritlah sekuat hati
biar segenap ceruk tempat tahu
biar puas
biar tenang.

pekikkan rasa cinta kau
khabarkan aku supaya
aku tak lupa rasa itu

ragu-ragu itu aku simpan
kerna nanti terjawab juga

kalaulah benar ada aku di hatimu
maka aku milik kamu
noktah dan muktamad.





November 16, 2009

bisnes..haha



bisnes dan bisnes lagi..
kalau suka..
roger..

semua rm25 icluding pos...
pertanyaan??

ym : krill213


palestine rangers..
kaler putih

saiz S dan L saja..
owh..
short sleeves saja..



music notes
kaler itam
saiz S dan M saja
short sleeves




yang ini ada saiz L saja..




indie rock show..
saiz S sahaja..




saiz L sahaja...



limited nie..
tq..

November 14, 2009

kacang hazel dan roti

masa ini, tempat ini
dengan kacang hazel
dan sekeping roti kaya

lapar?

ambil saya punya roti

*

masih lapar?

ambil kacang ini juga

*

bermodalkan roti 60sen
dan kacang bawa dari rumah
aku dapat kawan baru


bagus kan?

November 5, 2009

belajar dengan filem klasik



ada perkara yang mahu aku kongsi
tak penting sepenting final exam
pernah terbayang hidup kamu itu palsu semata-mata?
ya, saya maksudkan seluruh hidup
bayangkan itu palsu sahaja

*

seluruh dunia lihat kamu
dari lahir
langkah pertama kamu
hari pertama kamu di sekolah
mula-mula kamu bercinta
seluruh dunia dapat tahu
apa kamu rasa?

The Truman Show
Truman tak hipokrit
dia jadi diri sendiri
lakonan yang sangat natural
haha
lakonan yang kau gelarkan?
padahal dia tak tahu menahu
kasihan

tapi alasan sang pengarah bernas
dunia luar jauh lebih mencabar
jauh lebih ganas
dunia palsunya itu tenang
diam tanpa perang sana sini
tanpa krisis kroni si penjajah
indah bunyinya kan?
mahu cuba?
carilah tempat itu
carilah dunia palsu itu
jangan tanya aku
aku tak tahu
sebab aku hidup berdepan realiti

hidup aku realiti
berdepan masalah dan rintangan
hamba mana tak diuji?
kau larilah selaju Bolt
andai pecah rekod dunia
tak selesai masalah kamu
walau kadang-kadang aku lemah
tak terdaya
tapi ada saja yang di sisi
mama dan abah
abang adi dan aeyman
si dia
juga kawan-kawan...

pokoknya kali ini
semua orang tak suka hidup dalam dusta
semua hidup mahu cari kebenaran
tapi kadang-kadang
tak perlu bongkar kebenaran
ada kala yang benar itu duri dan bisa
oleh itu
diamkan saja
pendam dan biar ia pergi
tapi
hati kamu sebelah lagi bisik
aku mahu kebenaran
tak cukup ke hidup dalam jahil?

jadi
mana jadi pilihan?
sebelah hati mahu benar yang menyakitkan
sebelah hati mahu dusta yang berbayang

selalu kita ini tanpa sedar menilai orang sekeliling kita
kalau nampak minah tak pakai tudung di UDM
apa yang kita nilai?
"ah, ingat rambut cantik ke? poyo je..."
tapi kalau kau dalam situasi tu
apa kau cakap?
"ah, biar la..aku hanya jadi diri sendiri
lagi bagus dari hipokrit kan?"
jelas apa yang mahu aku selitkan?

orang cakap aku baik hati
sampai boleh pijak kepala
cepat berlembut
senang kasi alasan
dan aku cepat percaya orang

sebab apa?
aku letak diri aku dalam situasi itu
aku cuba fikir apa mereka fikir
cuba faham apa mereka faham
walau seteruk mana kawan-kawan aku berahsia
aku cuba faham
walau kadang-kadang terasa hati
tapi biarlah
aku percaya
kalau nak orang lain faham kita
kita kena faham orang lain dulu

er, jangan baca entri ini dua kali
apa yang terlintas, itu yang aku tulis
sebab kalau kau baca balik
reaksinya mesti :
"amende mamat ni celoteh???"

betul kan? ;D


"if i didn't see you again,
good afternoon, good evening and goodnight"