July 28, 2015

raya

kalau la ada rezeki, ada jodoh aku, mudah-mudahan tahun depan mahu beraya berdua.

dan kalau la raya berdua, tak tentu lagi raya di mana. kalau raya di perak, mama akan ada geng baru di dapur. dan aeyman boleh la relaks dari tugasan preparation kuah laksa, kukur kelapa, isi kuih raya, dan sebagainya.

memang tahun ni aku suruh aeyman tolong macam-macam. sebab aku takut, kalau tahun depan, abg adi beraya di kampung kak ina, mama akan hanya harapkan abah untuk buat itu ini. jadi aeyman paling kurang wajib tahu steps buat kuah laksa. (fyi, laksa adalah hidangan wajib setiap kali raya di rumah aku)

tahun ini, aku kurang spend raya dengan kawan atau kenalan pejabat lama. sebab tahun ni fokus lebih di dapur. dan tahun ni, kuah laksa aku yang dibantu oleh aeyman habis pada raya kedua! selalu raya ketiga pun ada lagi kuah laksa tu. mujur ada kak ina, kami sama2 prepare 'express bihun tomyam'. dan hasilnya, malam tu jugak habis! padahal main campak je segala apa yang ada.

di masa depan, aku yakin, momen2 ini yang akan aku rindu. 

July 15, 2015

selamat hari raya

tiap-tiap tahun, rutin sehari sebelum raya memang aku akan join sepupu-sepupu aku kat kampung tolong bakar lemang. esok akan busy sikit so mungkin tak update blog esok.


Selamat Hari Raya guys!

*tahun depan, tak tau la. doa2 la ada rezeki, beraya berdua pulak :)

July 11, 2015

random thought

kerja adalah kerja. part of your life that you spent to earn yourself, to survive. sama ada kerja tu memang bidang yang kau suka atau jauh menyimpang, antara matlamatnya adalah duit itu sendiri.

tak kisah la nak kata isu zahra tu betul ke tak. tapi aku salute sebab tu depan2 TPM.

so ini untuk kengkawan sebaya, dan pada readers or juniors aku yang ada baca ni.

untuk yang dah grad, tahniah. tapi korang baru masuk stage baru. jangan rest lama sangat. so cari la kerja. hantar resume ke sana sini. dan jangan memilih dulu. janji kerja.

adik2 perempuan yang dalam bidang aku, be strong. korang kena tough sikit kalau nak kerja dalam bidang penternakan ni. masuk farm, kerja keras sikit.

dan general advise untuk yang masih study, please be active. enjoy your university life. maksud aku, ye betul kena fokus study, tapi cuba la buat sesuatu masa tempoh 3 atau 4 taun belajar tu. join persatuan, belajar berniaga, join kawan bukak booth, belajar buat paperwork atau organize program atau event. benda2 kecik ni, masa kerja atau bukan masa kerja pun, mungkin korang akan perlukan experience tu. kalau tak perlu pun, at least korang enjoy masa belajar tu.


*adik2 aku yang struggle bab cari kerja, meh pm aku. leh sembang2.


July 7, 2015

playlist lagu raya

lagu2 raya aku biasanya adalah lagu2 yang kita sedia maklum dan biasa dengar dekat radio.

dan lagu ini berjaya breakthrough dalam playlist lagu raya aku. sedap didengar, simple, dan tak terlalu 'pelik' macam lagu2 raya style baru sekarang.

dan aku prefer versi original ni berbanding yang duet ramai2 tu.

cuba try dengar, kalau rajin, komen skali. atau ada lagu raya baru yang korang rasa sedap, meh share. aku cari kt youtube nanti.


July 2, 2015

tukar duit raya

ok. ini cerita di area Putrajaya.

tak lama lagi tempat lain pun boleh tukar dah.

standby...