October 26, 2012

transition

hari makin hari, makin kurang masa aku dengan blog ni. kesian gak.

banyak kali aku bukak url blogger.com, then sign-in, pastu click new post. pastu selalunya terbiarkan kosong. ataupun tulis panjang2, lepas tu padam balik.

yeah. this is it. dulu pernah aku bayangkan benda ni. aku dulu bayangkan bila dah kerja, ada komitmen, so untuk update blog ni memang amat2 la jarang. nahh, ni blom pun kerja, dah terasa busy bagai.

still, aku rasa macam tak ready lagi nak melangkah ke alam kerja. sekarang dah nak masuk bulan 11, so dalam 6 bulan lagi, habislah tempoh 4 tahun belajar. kena kerja. memang kalau ikutkan hati, dah malas dah nak keluar masuk lecture, assignment bagai ni, tapi in the same time aku rasa belum ready.

teringat kata2 sorang dr, pengurus kat TERSAT dulu. 1st place attachment. "lesen paling besar untuk buat silap adalah ketika menjadi pelajar".

indeed. dah kerja nanti bila buat salah, tanggung la. haha.

anyway, selamat hari raya aidil adha. selamat makan daging.

October 14, 2012

tiada masa

hello!

sejak dua menjak ni, sangatlah tiada masa nak ber-blog. hadui.

update:

-presentation proposal FYP dah selesai. walaupun kena condemned banyak, tapi xpe. teruskan jugak. haha.

-semakin selesa duduk di rumah sewa. badan pun makin gemuk sebab puas hati masak sendiri.. hadui, camne la nak kurus.

-sekarang dah officially 22 tahun. main tua. tak boleh perangai macam budak2 sangat. kena jadi lagi matang.


okey, xde menda best nak citer skrg. tido dulu la. bye.

October 2, 2012

kroni

budi bahasa dan adab sopan tu kita dah belajar dari kecik dah. tak payah tunggu masuk sekolah, kita dah diajar untuk membudayakan ucapan terima kasih setiap kali dapat upah pergi kedai mahupun dapat hadiah apa-apa sekalipun. mama abah pun ajar macam tu. sampai kalau tak cakap terima kasih, tak dapat upah. haha. well, upah tu bukan persoalannya pun kat sini.

budaya berterima kasih tu adalah common sense pada masyarakat kita yang berbudi bahasa ni. tapi yelah, masa berubah kot. tu yang tak sama dah tu.

tapi memang pegangan aku, tak mengharapkan ucapan terima kasih mahupun balasan apa-apa setiap kali tolong orang atau berbuat baik apa saja la. ikhlas. itu lebih baik.

dan tolong orang juga bukan merangkumi hanya pada kroni-kroni kita sahaja. kalau la definisi 'tolong' tu macam tu, kesian la makcik yang nak lintas jalan, orang buta jatuh hilang tongkat, mangsa kebakaran, yang mahu bantuan nak buat pembedahan dan sebagainya.

agak terkilan tengok sesetengah orang, bukan tak tahu kawan tu perlu bantuan, tapi sebab tu bukan kroni dia, dia tak nak tolong pun. kena pulak si kawan tu terhegeh-hegeh cari dia nak mintak tolong itu ini.

nanti timbul pulak persoalan, "la, kenapa tak cakap nak mintak tolong?". adui, orang tua yang jatuh kat tempat orang ramai tu, kau tolong, tapi dia tak mintak tolong pun. sebab apa? prihatin?

yela. kita lagi prihatin kat orang luar / strangers daripada prihatin kat kengkawan sendiri. kan?