January 8, 2012

kenapa mata cepat letih

kopi-paste-edit dari iluvislam.com. saja nak share...haha


Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca-punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih dan penat.
Antaranya ialah:-
1.Terlalu fokus
Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.
kata aku: yes, kuat sangat study. tapi aku tak. sebab sambil study, laptop depan mata, browser pun penuh dengan tab2 info,  blog, fb (tapi skrg xleh bukak, dah kena banned kt kampus aku), dgn ptc sites lagi..haha.
tak terlalu fokus, tapi still mata letih..haha
2.Masalah mata
Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
3.Sistem pencahayaan yang tidak baik
Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot 'sphincter' dan 'dilatory' untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.
kata aku: lampu kat meja study, aku lapik dengan kertas. taknak bagi silau kat room mate sebab aku melekat kat meja study sampai 2-3 pagi. kesian kot dia nk tido..haha.
4.Bekerja lebih masa
Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka laman-laman sosial, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.
kata aku: erm..no komen la..haha
5.Jarang berkelip
Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas
kata aku:  tak perasan lak mata aku berkelip ke tak masa study..huhu

okey dah. nak sambung study. 3 more papers to go!

5 comments:

dear yayah said...

aku pn xpernah fokus sbb mata ni terlebig dulu 'letih' sblm sempat berbuat apa2.. muahaha

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

sabree hussin said...

mata aku ni, kalau tak fokus pun kadang2 cepat letih jugak

Adylia Qarissa said...

dkna tak nafikan...

good luck yea :)

Mr.Clive said...

jagalah mata dengan bebaik.kalau gunak pc,ambik masa in between untuk rest sat,jgn paksa diri straight 12 hours depan monitor.sama la jugak kalau main xbox ke,etc. :)