Amin pegang erat tangan ibunya, ikut masuk ke dalam pejabat pos. dia tak mau tunggu dalam kereta. ibu matikan enjin, jadi tak ada ekon. dalam pejabat pos ada ekon. sejuk. dan, kalau dia bertuah, ada budak2 perempuan comel2 di dalam pejabat pos. (kecil2 sudah begini).
memang ramai orang dalam pejabat pos. ekon yang sejuk, rasa tak sejuk sangat, sebab ramai orang. amin duduk di sebelah ibunya, bermain2 no angka giliran milik ibunya. no angka giliran ibu ialah 1060. amin budak tadika. tadi, di sekolah tadika, cikgu ada ajar nombor. dia ingat dengan jelas. tapi, dia baca nombor itu dengan kerta angka giliran itu terbalik. jadi, bila dibaca, nombor itu menjadi 0901. (bayangkan sendiri, sebab tak boleh upload image). ibu perasan, dan membetulkan kertas itu. ibunya cakap, kalau terbalikkan no enam, dia akan jadi sembilan. terbalikkan sembilan, jadi enam. dia angguk tanda faham.
*
balik rumah, ada kek di dalam peti sejuk. itu kek hari jadi adik amin yang berumur satu tahun. kek itu ada enam potong. oleh kerana lapar dan penat, dia mula tamak. rasa seperti tak cukup kenyang kalau makan enam potong kek itu. lalu dia terbalikkan kek itu.
amin kecewa, sebab enam potong kek tak jadi sembilan potong kek. ibu bohong.
1 comment:
comelnya amin..=)
Post a Comment