January 31, 2011

blog best

soalan dari seorang blogger ni.

"siapa blogger dalam list kau ni yang kau tak akan lepas baca tiap kali dia update?"

1. lidah
2. nyaman si puding roti
3. Zahiril Adzim
4. A M I R
5. AG Coco
6. I Killed My Bf Last Sunday
7. ismiku

notakecik: tak ada ranking pun. random, okey?

ada lagi. tapi cukup la kan?

"macam mana boleh follower ramai?"

don't care at all. tak pernah kisah siapa yang nak baca blog aku. rasa nak follow, follow. tak nak sudah.

*

terus berdoa terutamanya kawan-kawan saya di mesir tu. selamat la hendaknya. faizdzrin, shameer, amira, din, kuchai, khairi, shazlin, kiba, jalil, serta yang lain2. amin.

January 30, 2011

pertandingan puisi Maulidur Rasul

ada khabar untuk kalian yang suka tulis puisi.

PTS ada anjurkan pertandingan mencipta puisi sempena Maulidur Rasul ni.

mula 31 Januari. tamat 6 Febuari.

senang. tulis puisi, ikut tema-Maulidur Rasul. hantar ke marketing@pts.com.my.

hadiah, buku. no 1, buku bernilai rm300. no 2, buku bernilai rm200, no 3, buku nilai rm100.

selamat mencuba. sumber, baca sini.

*

dengan titis-titis air yang gerimis ini, aku doa semua kenalan aku serta semua sekali selamat di Mesir. semoga yang baik-baik saja berlaku pada kalian. amin.

PROMOTE HANDBAG SIKIT KAT SINI..

tak banyak..sikit jer..




Kod : AZ 0359
Jenama : Tracey Star (Original)
Colour : Gray & Red
Harga : RM 130.00
 

Kod : AZ 0369
Jenama : Burrberry
Colour : Red
Harga : RM 80.00
 
 
okey, tu jer.. ada lagi..boleh check out blog kat belah kiri ni.. yang mana satu?
 
 
ape2 pasal jual handbag, aku letak kat sini jer..  thanks
 

January 29, 2011

cerita semasa tunggu bas

memang jadi kebiasaan aku. dalam beg perlu, eh bukan, aku wajibkan perlu ada bahan bacaan. semalam, sementara menungu kelibas bas aku untuk balik, aku baca komik. dan ketika tu, pakcik di sebelah aku asyik perhatikan aku jer. aku pun buat tak tau, terus baca.

"dik, memang suka baca komik ke?"

"haah. isi masa lapang."

"anak pakcik pun macam kamu. suka baca komik dari kecik lagi. dekat rumah tu banyak  dah komik dia. umur berapa kamu ni?"

"21 tahun. anak pakcik tu umur berapa?"

"sebaya kamu. badan pun lebih kurang dah. sekarang dia belajar dekat universiti Yokohama, jepun."

*

panjang lagi la perbualan kami. kesian pakcik tu. rindukan anak dia.

January 28, 2011

susah tidur

ketika ini, aku sedang menghitung bintang dan juga berangan agar awan2 hitam yang berarak itu boleh aku capai dan boleh dibuat gula-gula kapas.

*

susah pulak nak tidur malam ni. esok nak balik perak!

January 26, 2011

words

sometimes words can hurt you more than a punch on your face.
it can stab you deeper than a sword.
and can burn you hotter than any fire in the world.

*


apa mimpi tulis bahasa inggeris? entah.

January 21, 2011

industri kita

industri hiburan kita memang macam-macam.

kadang-kadang, bila di atas, memang hebat diagung-agungkan. puji sana, puji sini.

bila tak puas hati, fikir sendiri la.


*

kesian aku dekat Ana Raffali. adeh~

January 20, 2011

bulan mengambang

pukul 8 malam tadi, dia jenguk ke luar tingkap. awan berarak agak laju. bulan mengambang. cantik. nampak bulan mengambang yang cantik itu, terus dia melayang jauh, ingat pada Mya.

dan dia harap, Mya pun sama-sama dapat lihat bulan mengambang yang cantik itu.

*

di bawah sinar bulan mengambang yang cantik itu, dia cuma berharap agar hatinya tetap pendirian dan tak mudah goyah dengan bisikan syaitan.

January 18, 2011

sekali lagi

langkah jadi longlai dan tak semangat. selera makan jadi kurang. letih lesu.

entah kenapa hari ini layu benar rasanya.

*

sekali lagi, aku takut bila memikirkan masa depan yang semakin mahal.

air, elektrik, semua kena bayar. mujur udara itu kekal percuma. haha

January 15, 2011

The All American Rejects-Back To Me



aku ketagih dengan lagu ni. cuba korang try..


THE ALL AMERICAN REJECTS- BACK TO ME

Hey you
So you never really found your way
Stay true
Did you ever make it through today

That when I think about a day without it
Everyday’s the same
You wish that you could find someone
But I’m the only one to blame

Can’t you see
I beg and plead
Cause when your eyes light up the skies at night
I know you’re gonna find your way back to me

No don’t
Don’t you ever let a piece of me down
Cause time won’t
Get back when I’m never around

When we live between so many walls
That I can barely breathe
You say that you just want someone
But I’m the only one you need

Can’t you see
I Beg and plead
Cause when your eyes light up the skies at night
I know you’re gonna find your way

If it’s me
That you don’t need
When the lights go out tonight I know
You’re never gonna find your way

Soon when I get you I won’t let you go
Oooh if I let you
You can take away all that I thought was wrong
And if you hear me there’s not much to say
There’s gotta be a better way

Can’t you see
I beg and plead
Cause when your eyes light up the sky tonight
I know you’re going to find your way back to me

Can’t you see
I beg and plead
Cause when the lights go out tonight
I know you’re never gonna find your way

If it’s me
That you don’t need
That when the lights go out tonight
I know you’re never gonna find you way
If you pace around the world ????????
And when your eyes light up the skies at night
I know you’re gonna find your way back to me

rindu

019
hati ini menyanyi
nada gelisah sendiri
irama asyik terurai
bagai tak terlepaskan rantai
persis musafir terdampar di pantai

rupanya masih sedar selubung rindu
hirisan yang nyata sungguh nyilu
dibuai hembusan angin pilu
sepi lagi tapi kali ini tak berlagu

lambaikan pada bulan
bertanya khabar indah
mengenang warna-warna nostalgia
yang membisikkan kerinduan


notakaki: sejak akhir2 ni, bayangan tentang Australia selalu ada di sekeliling aku. kenapa ye?

masa depan

semakin jauh aku mengelamun tentang masa depan, semakin aku takut.

jadi, oleh sebab itu, aku tak mahu fikir masa depan selalu. cukuplah sekadar hidup di masa sekarang dan layan je kerenah dunia.

selamat sejahtera dunia!

January 13, 2011

ukur baju

semalam, amin nampak banyak baju2 lamanya dilipat oleh ibu dan ibu simpan elok2 dalam kotak. ibu cakap, baju2 tu dah kecik, tak muat dah nak pakai.

amin angguk2, faham.

*

petang itu, amin ukur semua baju dalam almarinya. setiap ukur dari bahu ke bahu, atas ke bawah, semua dia ukur. kemudian dia catat setiap ukuran itu dalam buku kotak2 matematik. teringin benar dia nak tahu macam mana atau bila baju-baju dia akan jadi kecik.

nanti, bila dah besar, harap2 dia tahu yang baju-baju dia takkan pernah mengecil, kecuali dirinya yang sentiasa membesar. =)

January 12, 2011

tahniah ana rafalli

salam semuanya. baru je sampai hostel, setelah 'berkelana' di Pusat Latihan Veterinar, Cermin Kiri, Jerangau. penat tapi best. banyak input yang berguna, dan makan pun sedap. makan free. jimat duit aku. haha.




rasanya dah agak basi untuk aku tulis pasal AJL, tapi ape2 pun, tahniah cik ana sayang, sebab dinobatkan juara. pada awalnya, aku jangkakan tahun ini faizal tahir akan jadi menang, tapi aku tetap suka cik ana sayang ni menang..huhu. dan antara persembahan yang aku suka, hafiz. hampir2 aku percaya dia kena tembak. sengal. dan magik, cepat pulak dia tukar baju..haha


tahniah ana raffali!

January 9, 2011

Amin dan Apek Aiskrim

masih lagi pasal Amin.

hari ini dia pulang dari tadika sendiri. naik basikal roda tiga. (tapi dia kira roda yang ada. satu, dua, tiga, empat. dua roda besar, dua roda kecil). terkocoh-kocoh dia bawak basikal. jelas sangat masih baru belajar bawa basikal.

sampai depan rumah, dia nampak ada apek jual aiskrim bawak moto. cepat-cepat dia panggil apek aiskrim. dalam poket ada seringgit. dia pun beli satu aiskrim perisa coklat.

amin tanya apek, berapa ringgit. apek jawab lima puluh saja.

terus dia lari masuk rumah, dapatkan ibu. dia cakap dengan ibunya, "ibu, maafkan amin. amin terbeli aiskrim paling mahal kat dunia ni. harga dia 50 ringgit. ibu tolong bayarkan".

ibu amin keluar jumpa apek jual aiskrim. "kenapa mahal sangat sampai rm50?"

apek jual aiskrim: "haiyaa, bukan lima puloh linggit ma.. lima puluh sen..

*

aduh, macam2 hal budak kecik ni..

January 6, 2011

enam sembilan

Amin pegang erat tangan ibunya, ikut masuk ke dalam pejabat pos. dia tak mau tunggu dalam kereta. ibu matikan enjin, jadi tak ada ekon. dalam pejabat pos ada ekon. sejuk. dan, kalau dia bertuah, ada budak2 perempuan comel2 di dalam pejabat pos. (kecil2 sudah begini).

memang ramai orang dalam pejabat pos. ekon yang sejuk, rasa tak sejuk sangat, sebab ramai orang. amin duduk di sebelah ibunya, bermain2 no angka giliran milik ibunya. no angka giliran ibu ialah 1060. amin budak tadika. tadi, di sekolah tadika, cikgu ada ajar nombor. dia ingat dengan jelas. tapi, dia baca nombor itu dengan kerta angka giliran itu terbalik. jadi, bila dibaca, nombor itu menjadi 0901. (bayangkan sendiri, sebab tak boleh upload image). ibu perasan, dan membetulkan kertas itu. ibunya cakap, kalau terbalikkan no enam, dia akan jadi sembilan. terbalikkan sembilan, jadi enam. dia angguk tanda faham.

*

balik rumah, ada kek di dalam peti sejuk. itu kek hari jadi adik amin yang berumur satu tahun. kek itu ada enam potong. oleh kerana lapar dan penat, dia mula tamak. rasa seperti tak cukup kenyang kalau makan enam potong kek itu. lalu dia terbalikkan kek itu.

amin kecewa, sebab enam potong kek tak jadi sembilan potong kek. ibu bohong.

January 4, 2011

korea

bukan rahsia besar lagi yang aku ni suka cerita korea akhir2 ni.

nanti, kalau aku kawen, aku nak suruh anak (atau anak2) aku panggil aku oppa, mak diorang pulak kena panggil omma. boleh tak?

*entri tak ada faedah. haha

January 3, 2011

selamat hari isnin!

selamat pagi dan selamat hari isnin semua.

hari pertama bekerja/sekolah/masuk kelas di tahun 2011 kan? jadi mulakan kerja/kelas pertama di tahun 2011 dengan niat yang betul.

laptop gua hantar pergi servis beb, so agak jarang2 la dapat online, blogwalking semua ni. ini pun pakai pc roomate ni. haha kesian aku.

okey aku mengantuk lagi dan tak ada idea nak tulis.

sekali lagi, selamat hari isnin!