April 15, 2016

Boboi Boy dan next: Ejen Ali

Boboi Boy dah habis tayang kat panggung. aku cek tadi. jumlah kutipan, berapa juta lupa. tapi tempat keempat tertinggi dalam tayangan filem tempatan! kalah Ola Bola!



dan kutipan ni akan berterusan bila movie ni akan masuk Indonesia dan negara-negara lain!

tahniah team Animonsta! tahniah bro Nizam! teringat masa dia kat Les Coupaque, time datang lawat studio dia sehari sebelum premier "Geng: Pengembaraan Bermula". Sekarang, produk sendiri dah sukses. tahniah sekali lagi!

dan lepas ni, Ejen Ali ada potensi yang baik untuk teruskan kebangkitan animasi tempatan. aku selidik-selidik, Ejen Ali produced by WAU ANIMATION. tak tau sapa founder WAU ni. tapi aku wish all the best.


April 9, 2016

past

*draf ni tersimpan lama dah. 2012. terjumpa balik bila cari draf2 tulisan lain. 


aku yang ada sekarang, belum tentu sama dengan aku di masa depan. sebab? manusia. aku manusia.
kenapa dengan manusia? manusia berubah-ubah sifatnya.

contoh.
mudah.
kalau tadi aku subuh dah hujung waktu, esok boleh jadi solat awal waktu, ataupun tak solat langsung.
mungkin aku hari ni boleh jadi kawan yang menyenangkan, tapi dua tiga tahun lagi, mungkin orang tak nak pun kawan dengan aku.

Terengganu, UniSZA terutamanya, bagi aku pendedahan yang baik, terutama bab-bab agama dan spiritual. memang diakui sebelum ke sini, solat banyak lubang sana-sini, mengaji pun tajwid pun lupa-lupa. aku takkan lupa brother Ikhsan yang cuba tarik minat aku join halaqah, perbincangan agama dan aktiviti lain-lain (walaupun terpaksa) yang paling tidak pun, buat hati aku tergerak untuk belajar.

dulu, aku pernah terfikir, kalau la Tuhan atur aku sambung belajar kat tempat lain, yang mana pendedahan pada hiburannya amat mudah, mungkin aku terus hanyut.

dan tak lama lagi, habis belajar, haluan baru. mungkin zaman kerja nanti, kalau tak kuat dalam hati, mungkin boleh hanyut balik. siapa tahu.

perompak hari ini, mungkin setahun dua dah jadi alim.
ustaz hari ini, boleh jadi masa depan jadi pengunjung kelab tegar.

aku ditanya ingin menjadi apa bila lusa.
aku kata risau kenapa kerana Tuhan sudah tahu.
tambah aku lagi Tuhan Maha Kuasa.
apa kau tidak tahu?
lama, sedar aku sombong aku.
aku tidak pernah tahu.
jadi apa?

penemantelinga: Westlife-Soledad
nov '12 

April 2, 2016

merapu subuh

terbangun awal dan siap mandi.. pastu tiba2 baru teringat appointment awal pagi dah cancel.

dah la awal sangat sampai azan subuh pun lom dengar lagi ni.


*ok blur pagi2 ni tak tau tulis apa.


gambar bekerja
tu gambar tu saja amek sebab kena amek gambar pool organ sampling.. sebab ada benda nak consult dengan vet and nak masuk dalam report. DSLR susah nak pakai time2 kerja-kerja berdarah ni. so alang-alang, selfie skali. 

*

btw, tahniah team bola sepak perak masuk separuh akhir piala FA. dah berzaman tunggu. asyik2 kalah pusingan awal je. tapi mentaliti kita masih sama. masih lagi terpalit dengan insiden pergaduhan, tak kira home atau away game. tak pasti apa punca tapi hentikan le yob oi! fans bola sepak lain pun. sampai bila nak gaduh-gaduh kat stadium ni. hm..

itu je nak merapu subuh2 ni.