April 27, 2015

format

komputer
kalau kena virus, hang, slow,
kita format

tak reti,
cari orang yang reti format
minta ajar,
atau minta tolong
atau upah.

sebelum nak format tu pulak
siap-siap asingkan file
file penting, simpan, backup
tak penting, abai, buang
kalau format
tak boleh recover
hilang
zero.

kalau diri rasa serabut, tak teratur,
semak.
mungkin perlu format.


April 22, 2015

belajar ayam kerja bank

kerja adalah kerja. part of your life that you spent to earn yourself, to survive. sama ada kerja tu memang bidang yang kau suka atau jauh menyimpang, antara matlamatnya adalah duit itu sendiri. rezeki semua Allah yang bagi.

ramai kenalan aku, terutamanya yang course-related dengan aku susah nak survive. tak dapat kerja yang sesuai dalam bidang aku, iaitu bidang ternakan. nothing wrong with that. apa saja, asalkan halal. asalkan boleh bayar bil utiliti bulanan kau. asalkan masuk bank simpanan kau untuk kahwin nanti.

"amek degree, blajar pasal ayam, tapi kerja bank"
"jauh menyimpang tu"

pekakkan telinga, kawan! yang rasa, yang tau pasal kau, cuma kau. memang kalau boleh, memang kita nak kerja bidang yang kita suka. semestinya. tapi realiti, tak seindah khabar.

yang penting, usahalah, cari saja apa kerja kau boleh buat. bukan mulut orang lain yang nak kau suap dgn hasil gaji kau.

April 21, 2015

5 things

1. masih di NAFAS, poultry.
2. stress. bila stress, makan. pastu tido tak tentu. pastu naik berat badan, gemuk. please do something about this!
3. GST. pendapat aku? terima je la. apa nak kata dah? haha
4. kawen? in sha Allah. doakan semuanya dipermudahkan. bukan tahun ni.
5. memang ada masa aku nak update blog, tapi ada kekangan. kena mula tulis balik ni. sebab sekarang masa aku tulis ni pun, sampai tak tau nak tulis apa. dah padam-tulis-padambalik berapa kali dah.

till next time!