February 8, 2013

50 sen

assalamualaikum, dan salam sejahtera.

lulz intro formal gila. haha.

saja nak share cerita dari fb. copy dari fb heliza helmi kalau x salah. bacalah.

aku baca ni, bila aku tengok diri aku balik, rasa nak nangis pun ada. memang dari kecik, setiap kali pergi solat Jumaat, bawak duit syiling untuk sedekah (kdg2 lupa jugak). yelah, tak tau pasaipa ntah, aku selalu rasa duit aku cepat je lesap. bukan lesap kena curi, tapi boros, kot. nak sedekah banyak, takut nanti diri sendiri lak susah nanti.

so bila baca citer ni, aku silap. budak ni yang ada 50sen sehari tu pun, boleh sedekah the only 50sen yg dia ada, constant tiap2 jumaat camtu.

baca je lah. tak tau nak tulih apa dah. huhu.

Kisah 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah. berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua

February 5, 2013

giveaway!


dah lama x join giveaway ni, so malam tadi aku decide, kalau time blogwalking, ada terjumpa giveaway, aku join je.

so there it is.

klik banner kalau nak join.

so aku kena tag 5 orang.


ok cukup 5!

February 4, 2013

istikharah cinta

lagu ni lama dah cari. jumpa balik masa blogwalking smlm..thanks to this blogger, giving me the title.


 virus baru dah ni. haha. dah bape kali ulang ni. hadoi.

February 3, 2013

gejala hashtag

satu-satunya social media yang aku layan adalah facebook. takde pencicip2 ni (twitter). ok, ada la sign up buat akaun tu, tapi tinggal macam tu je la. tak reti. biar la korang nak kata aku ketinggalan zaman pun.

satunya pada twitter ni, gejala hashtag tu makin berleluasa kot.

yela. aku tengok kawan2 aku tu, letak satu gambar, tapi kat caption, satu perenggan hashtag.

contoh. gambar semangkuk maggi.

dalam caption #jimat #lapar #duit #tomyam #sedap #mylife #malaysian #duckface #bujang dan lain2 lagi la. yg kadang2 tu xde relate langsung dengan gambar. tu yang aku tak paham tu.

apa korang buat camtu, nak kasi trending ke?

walaupun aku xtau amende trending tu. haha.

kuno? memang pun. fb aku pun bahasa melayu.

February 2, 2013

kopi pagipagi

*dah tulis lama, lupe publish..

ini cerita kedai kopi.
realiti.
yang aku sendiri perhati.

isu biasa pagi hari
perlawanan bola sepak (bukan Malaysia vs Iraq, xde live pun smlm)
sambil minum kopi

berdebat formasi itu tak betul
pemain itu tak mantap
salah pengurusan
kehebatan pemain muda
kekayaan kelab beli pemain
macam-macam.

liga super jadi topik hangat pagi-pagi.
bagus untuk kemajuan bola sepak negara.


coach2 kat liga Malaysia patut turun ke kedai kopi.
dengar idea dan formasi orang2 tua ni.
mengalahkan expert. haha.