October 31, 2013

test 1 2

CLEANING SESSION!!!


huk huk huk... giler berbulan2 tinggal blog. tak pernah lagi kot aku tinggal blog lama camni.. haha. nak kata sibuk, boleh tahan la. sekarang ni bukan lagi student universiti ke apa ke. dah kerja pun. so lain pulak cabaran kerja sekarang nih.

sekarang ni kerja sebagai farm operation officer. kerja Dindings Poultry Sdn Bhd.  tak tau company apa? company aku yg bekalkan ayam pada kedai ni haa:



kerja mana2 pun sama je, ada cabaran dia. tak kisah la, yang penting bersyukur dapat kerja ni.

tak lama lagi nak konvo. tak sabar weh!

July 31, 2013

first official interview experience

ok tak tau pasai apa la lama tak update blog. padahal duk umah jer... kerja kat kandang kambing pun kejap je pun..haha..

takde mood nak update la gamaknya.


dah nak raya, tapi blom wish ramadhan.. so salam ramadhan semua!!


ok ini kali mau cerita pengalaman interview kat Dindings Poultry Sdn Bhd itu hari. ada beberapa junior aku sibuk tanya dia tanya apa semua. hahaha. korang lambat lagi nak habis...

so company apa ni erk?

Dindings poultry sdn bhd adalah anak syarikat kepada Malayan Flour Mill Berhad. memang terkenal la dalam kalangan perternak atau penianga ayam mahupun perternak2 lain sebab company pun ada buat makanan untuk ternakan lain.


tu dia logo company. 

ok sabtu lepas lepas subuh aku drive sorang2 ke tempat tu. nama tempat tu segari. aku tak tau, so mencari2 jugak la pagi tu. thanks tu abg2 driver lori yang sangat2 la friendly dalam membantu aku tunjuk jalan. tengok dari jauh macam gengster tapi ramah jer..haha



sampai2, aku terus ditunjukkan ke pejabat cik faradilla, person in-charge untuk interview ni. masa tu, ada sorang lagi candidate dah sampai. perempuan. tak tau nama, tapi semabgn2 dgn dia, dia dah kerja. tak tanya pulak universiti mana, tapi aku rasa upm la kot. so kat situ aku risau dah. yela dia ada woriking experience bertahun gak la, aku ni, keje kat kandang kambing yang sekejap tu, boleh ke kira experience? hahaha.

lepas isi segala borang bagai and submit resume, kitorang pun menunggu la big boss dan konco-konconya bersedia untuk interview.. dan bila start, interview tu dijalankan sorang-sorang, so yang pompuan tadi tu masuk dulu. aku pun menunggu la. lama jugak menunggu, ada gak la sampai 20 minit ke 30 minit camtu. aku dalam hati dah gelisah macam apa ntah. yela tak tau apa yang ditanya sampai lame benor dalam tu..haha

owh ye, interviewer merangkap bos2 aku tu chinese, so expect the questions in full English. haha

then bila tiba giliran aku, aku pun masuk la, terus duduk. sebelum tu, dari malam sebelumnya dah aku practice untuk part introduction aku.  yela part ni, "my name is.,.......... from bla bla, age, from bla bla bla... etc etc". yela orang kata part intro tu penting, nak tengok nervous ke tak, confident ke tak. 

masuk2, duduk, aku menunggu la soalan, "tell me about yourslef" or sama waktu dengannya. tup2 yang keluar, have u experience the management of broiler chicken before?" hahahaha. terus soalan crucial. tak payah intro2 pun. hahahaha.

soalan2 dia lebih pada practical part la. management of close house, penah post mortem ke ttak, penah buat blood sampling ke, apa yang aku dapat sepanajang latihan industri berkenaan ayam, biosecurity dan lain2. semua base on experience and knowledge la aku jawab. 

soalan lain bahagian kerja. sanggup travel ke tak. sanggup stay di ladang ke tak. transfer ke ladang lain jika perlu. macam2 lagi la.

dan personally aku rasa english aku tak teruk tapi tak bagus. banyak ayat nak goreng, tapi ada banyak words yang tersangkut, luckily interviewer mencelah, tolong la perkataan yg aku xdapat tu. hahaha.



then dah habis, aku balik. seriously aku tak pasti la sama ada diorang impress tak dgn aku. tawakal je la.

pastu sampai rumah, dalam pukul 1 camtu, dapat call dari company tuh. i'm hired! masuk lepas raya. as Farm Technician. alhamdulillah. syukur...




June 26, 2013

transform

assalamualaikum..

current location: home sweet home, di perak.

dah selesai my degree. so amek masa duduk rehat2 dulu kat rumah. manja2 dulu dgn masakan mama. sambil2 tu, resume tak habis2 submit ni. mengharapkan ada rezeki di mana2.

dan sambil2 duduk rumah, bisnes online dulu la.

dan in sha Allah, dalam kelapangan yang ada, blog ni akan ditransformasi ke peringkat lebih tinggi. haha. yela, layout pun dah mengarut2 ni. widget2 xde menarik dah. income nuffnang sangat2 la terjejas teruk. kesian blog ni, mentang2 ada bisnes online, pastu xnak dah maintain buffered. haha

dan nuffnang sangat2 la berubah sejak kali terakhir aku login. so kena review balik ni.

dan in sha Allah juga, ada rezeki, ada la giveaway kedua. tapi tunggu blog dah comey sket la.

orait. adios. 

June 21, 2013

student no more

assalamualaikum..

yes. aku berjaya halang diri dari update blog dalam exam period. haha.

as the title mentioned, selesai sudah perjalanan aku dalam fasa bergelar sebagai seorang pelajar degree. 4 tahun bukan sekejap beb, tapi tak terasa lama dengan kerenah classmate aku yang berbagai-bagai.

ni masa first year

ini semalam. ok perut aku besar. haha. btw faiz z hilang dah. 

aku enjoy masa aku jadi student kat unisza ni. yup, unisza has lot more to go, banyak lagi kena betul, but this is my second home for 4 years, and i really appreciate it. setidak-tidaknya banyak dah improvement yg dibuat.

anyway, the next big journey is ahead. memang aku tak sabar nak mula fasa baru, tapi kadang2 aku selalu terfikir, aku ni cukup matang ke tak nak masuk alam pekerjaan ni? bak kata ahmad muzzammil muda, dop puah nok maen lagi ni.. haha.

but this is reality. kena hadapi jugak alam pekerjaan sooner or later.
master? tak lagi la kot buat masa ni.. :)

May 19, 2013

teori darwin

dah dua hari aku bukak blogger.com dan klik butang create new post. setakat pukul 2 pagi tadi, still xde pape yang bertulis. 

lupa lagi apa yang nak ditulis..

so, aku share ni je la. ini adalah update status terbaru aku di facebook...

teori Darwin: sesuatu objek tidak akan bergerak ataupun berubah bentuk selagi tiada daya yang dikenakan ke atasnya.

anggaplah kita, manusia (ada ke robot atau binatang yang baca blog? hahaha) sebagai objek. kalau takde daya, kita akan terus la terlentang atas katil setiap pagi. erti kata lain, malas.

daya diperlukan untuk objek bergerak. so daya ni ada berbagai variety. daya ketukan jam loceng menyedarkan korang bangun subuh, daya tarikan dari ibubapa yang tarik telinga paksa anak2 pegi sekolah. keinginan mencapai sesuatu aka cita-cita pun salah satu bentuk daya.

tak kisah la daya apa sekalipun, ianya memang diperlukan untuk 'objek' bergerak.

ntah apa daya aku pakai ntah, baru la tertulis entri ni. :)

May 15, 2013

lupa

aku tak pasti la aku ni ada short term memory ke apa sejak kebelakangan ni.

iyelah. pagi tadi, ada satu kes yang aku rasa menarik untuk di-blog-kan, then aku lupe. petang tadi masa makan tepi pantai pun, ada je ilham nak goreng kat blog, tapi lupe juga. haish. ni baru tadi punya ilham. cepat2 tulis terus kat blog. haha..

*

ramai orang kata, kalau nak orang buat baik dengan kita, kita buat baik dengan dia dulu.


ghenti kan le yob!

ntah betui ke idak tulih rhupe itu. haha..

contoh. aiman belanja ainan nasik. dengan harapan nanti bila2 ainan belanja la aiman balik. lepas tu sampai sudah la ainan tak belanja2. lepas tu mula la aiman mengungkit2, tak kira la ungkit depan2 ke ungkit blakang2 ke mahupun ungkit dalam hati sekalipun. daripada benda jadi pahala, hilang dah pahala tu.

tapi aku tak pasti, bila belaja orang dgn mengharapkan balasan, ada ke pahala? sila cek dengan yang lebih arif.

aku pun tak pasti contoh aku bagi releven ke tak. tadi ada contoh lain. lupa. haa tengok! lupa lagi..


May 8, 2013

adab berbincang

beberapa hari yang lepas, sebelum pilihan raya, ada kawan aku, yang belajar di luar negara, bertegur sapa di facebook. diajak berborak tentang politik negara. ok tada hal. aku pun semakin hari, lekat dan layan juga cerita-cerita politik ni. haha

maka bersembang la kami berdua. pada awalnya, perbincangan masih okay. sampai satu tahap, topiknya adalah mengenai pendidikan percuma. aku taknak sebut yang dia ni setuju atau tak, tapi katakan lah pendirian dia ni A. maka dengan panjang lebarlah dia berhujah menyokong pendirian beliau tanpa mengira aku yang naik boring tunggu dia selesai taip hujah2 beliau.

lama juga la dia cerita.

lepas tu baru dia tanya. aku punya pendirian macam mana?

ok, aku pun bagitau la yang aku tengok ada kebaikan dan kelemahan untuk pelaksanaan pendidikan percuma tu. aku tak cakap aku sokong atau aku bangkang. dan dari sini, sesi perbincangan dah bertukar jadi sesi debat. segala point aku dibangkang. point yang positif terhadap pendirian dia je yang dia terima. dah kalau obses dan yakin sangat nak dengan pendirian sendiri, tak payah bincang la weh.

kalau tak setuju tu takpe, tapi biar dengan caranya yang betul. ni kalau dah nak macam bergaduh, apa hal? fanatik sangat kot dengan parti.

ada satu benda yang aku rasa, orang ramai kena faham bila bercakap dalam kumpulan atau dalam perbincangan.

bila bercakap, orang sekarang tak suka dengar kau je bercakap. orang sekarang lagi suka bila diorang diberi peluang untuk bagi feedback ataupun bertanya.

memang, ada akan kata, dalam kelas, bila lecturer bagi peluang bertanya, kenapa tak tanya?

pada aku, tu salah student. atau, lecturer boleh lebih terbuka dengan menyediakan platform lain untuk bertanya. contoh, ustaz azhar bagi peluang bertanya dengan tulis kat kertas dan bagi pada dia. atau, ada lecturer bagi email, minta student bertanya pada dia dalam email.

banyak je paltform untuk bertanya, atas sendiri la.

satu lagi pasal bercakap. ok walaupun kat atas tulis "satu benda", tapi ada lagi point..haha

bila dalam perbincangan berkumpulan, elakkan la kau sorang je bercakap. jangan nak dominasi sangat, macam semua benda kau tahu. itu basic. kau kena respect orang lain. tambah-tambah la masa mintak kerja. memang la skill bercakap tu yang kau nak tonjolkan, tapi jangan la sampai tenggelam orang lain kat situ.

aku bukan apa. aku pun tak pandai sangat nak bercakap depan orang ni. ilmu aku pun limited. sebab tu bila berbincang, aku lagi suka dengar dulu dan ambil kira semua pendapat. lepas tu summarize, tunjuk guideline biar perbincangan jadi teratur.

yang penting, bagi peluang dulu pada orang lain bagi pendapat. bercakap. kalau dia taknak, itu salah dia.



May 4, 2013

kenapa lipas mati terlentang

okay...seperti title entry ni..

kejadian berlaku di rumah. toilet rumah aku, kalau bangun tengah2 malam, memang paling tidak pun akan jumpa jugak seekor lipas. tak tau la dia datang dari mana. tapi tengah2 malam, pasti ada.

aku tak suka ada serangga ni (penegasan: aku tak takut lipas ok) kat toilet. so aku pun spray la dia dengan ridsect / penyembur nyamuk. kenapa guna penyembur nyamuk? dah itu je yang ada.. racun jugak kan. aku ni memang tak ada keje kot, sebab aku sembur pada lipas tu memang banyak la. siap kejar lagi. tup2, ada tiga ekor. tiga2 tu memang kena la ridsect tu. so diorang pun mula la mabuk2, dan x gerak2. so aku assume mission accomplished la. so aku tido la..

dan pagi esoknya.. ketiga2nya dah mati terlentang..

so soalannya ialah?

kenapa lipas mati terlentang?

haha pelik2 je pemerhatian aku kan.. biarlah.. pengisian malam terakhir sebelum mengundi esok.. hahaha


April 30, 2013

untunglah dah siap thesis

amaran: pelajar2 yang sedang struggle siapkan final year project (fyp) anda, sila tinggalkan blog ni. dah siap datang balik..

atau nak baca, baca je la. mohon tak terasa atau kome dengan pelbagai bentuk jealousy. haha..


kos aku adalah sangat unik berbanding kos2 lain, di mana kos aku hanya diberi masa satu semester sahaja untuk siapkan tesis. dan tesis tu dibuat pada semester lepas, iaitu semester 7. tapi next year, adik2 junior kos aku akan buat thesis diorang pada sem 8. tapi tetap la satu semester.


sumber google.

so bila dah siap thesis, adalah satu nikmat..haha. tak ada tekanan. walaupun semester 8 ni penuh gak kelas, dan semuanya extreme2 belaka, tapi tak boleh lawan stress buat thesis ni. setakat  assignment tu dah lali kot. hahaha ayat tak boleh blah kan..

so ada kawan2 yang dari kos lain, yang tengah sibuk dengan fyp, bila diorang nampak budak kelas aku rilex2 je, diorang lak stress. dah la rilex je, siap salu berjalan je. (semester ni more on practical, so banyak farm visits) and paling di-jelous-kan, siap ada masa gi international trip lagi.

so let me clarify some points:

1. kami yang buat thesis dalam jangka masa satu semester sebenarnya lagi perit. bayangkan satu semester tu ada berapa bulan je. start2 bukak semester dah serabut tulis proposal tajuk research kita. kena tukar itu ini. ada some of us, diorang kena start collect data awal sebelum pembentangan proposal lagi. dan paling malang adalah bila lepas pembentangan, kea tukar atau adjust findings kita. lagi teruk kalau ada yang kena tukar tajuk terus.

compare dengan orang lain, orang lain ada nearly satu semester untuk proposal, and one whole semester to finish it up.

2. bila diajukan ayat seperti ni, "jelesnya aku tengok korang, dah siap fyp, boleh rileks2, xde keje", so what do you expect us to reply or react? adakah bila diajukan statement tu, kami kena terus bangun dan pura2 mem-busy-kan diri semata-mata jaga hati korang?

at some points, sebenarnya sama je kot. last semester pun kami pun stress tengok korang relax. so, life's have ups and downs kan..


btw, sila jangan emosi ye. good luck in your thesis writing and tak lama lagi habis dah study :)

kalau stress, baca ni.. aku rasa lawak kot..




April 23, 2013

sensitivity

bila tulis, kau boleh padam-padam, sulam ayat cantik-cantik, pilih kata yang indah-indah. 

bila bercakap, keluar dari mulut, tak boleh padam-padam.cuma boleh atur lenggok intonasi dan gaya bahasa.

bercakap, akan ada dua kemungkinan; sama ada masuk seketika di ruang minda dan hilang lepas seketika, atau kekal dalam ingatan atas sesuatu sebab. mungkin terlalu kasar atau pedas bagi seseorang mahupun percakapan yang menyentuh hati dan memberi kesan.

thinks well before speak. kenal sensitivity kawan-kawan. kita gila-gila, tak kisah, tapi kawan-kawan kita belum tentu sama. 

April 20, 2013

chiang mai 2

pagi2 bila tiba di LCCT, ramai dah orang kat sana.. flight ke sana, ke mari..

dalam pukul 4.30pagi, check in siap2, pastu setel2 semua, cari surau dulu untuk solat subuh.

surau tu tak convenient, sebab speaker betul2 atas ruang solat, so solat subuh jemaah agak terganggu dengan announcement flight2 yang sangat kuat sampai tak dengar bacaan dr rahsid yang mengimami solat subuh pagi tu..

usai solat, terus bergegas ke gate perlepasan.

*

sampai di bumi chiang mai, lepas je check imegresen semua, van dah siap menunggu bersama wakil dari chiang mai university.

satu yang ketara, orang thai ni kebanyakannya guna kereta toyota dan mazda jer.. penuh kereta di sepanjang jalan dengan kereta2 jenis ni jer.. kereta proton ada satu dua je kot.. haha..tak tau la harga berapa sebijik kereta kat sana..
yang aku tau, harga minyak seliter kat sana kalau duit kita, lebih kurang seliter rm3.10 kot.

sambung lagi.. assignment pun x siap lagi nih.. haha

April 14, 2013

chiang mai 1

alhamdulillah, selesai sudah program mobiliti ke Chiang mai, Thailand baru-baru ni. 

hanya Tuhan la tahu betapa bersyukurnya aku bila dapat jugak jejakkan kaki ke thailand. 
hanya Tuhan je tahu macam mana sebenarnya perit jerih di sebalik tabir nak bawak semua classmate ke thailand.
hanya Tuhan je tahu, betapa berbaloinya usaha, wang ringgit dan kredit bila melihat semua orang berpuas hati dengan apa yang disediakan. 

alhamdulillah, aku bersyukur. 

paling membuatkan usaha kita berbaloi apabila tampil kawan-kawan yang datang pada kita dan ucap
"bro, thanks for all the efforts for bringing us here"

that short phrase means a lot. thanks.
esok sambung lagi..

April 4, 2013

2 years

orang kata, tempoh setahun perhubungan adalah tempoh percubaan, ataupun tempoh untuk mengenali hati budi pasangan masing2. kalau 2 tahun, macam mana?

normal, bila ada pergaduhan, tapi tak normal kalau masing-masing hati keras membatu, ego melangit.

normal, bila ada merajuk, cemburu dalam perhubungan.


for you,

it's 2 years now, and still long way to go. together, we build up this strong relationship, and together we will defend it until the rest of our lives. i love you sayang :)

saya percaya, jodoh di tangan Yang Esa, dan kita boleh berusaha untuk itu. saya percaya kebaikan itu ada pada orang-orang yang berusaha. perjalanan masih jauh, tahun ni kita akan sama-sama graduate, dan in shaa Allah, kita berusaha dapatkan kerja yang baik.. moga tahun-tahun mendatang kita akan jadi lebih kuat, dan hubungan kita akan jadi lebih matang.. :)






March 26, 2013

Famous Last Words

the famous last word from them..

THE BLACK PARADE IS DEAD!!

March 8, 2013

remember

copy paste...

always remember just because she/he doesnt love you the way you want her/him too, doesnt mean she/he doesnt love you with everything she/he has

March 7, 2013

ringankan beban

makin banyak kita memberi, in shaa Allah, makin banyak Allah bagi.

kita kena percaya rezeki kita di tangan Allah. jadi jangan berkira dalam membantu orang lain yang memerlukan.

untuk warga Facebook sekalian, mari tengok ke link ini..

https://www.facebook.com/events/495477443848935/

nama baby comel itu, Tasneem. anak kepada bekas deejay Xfresh fm satu ketika dahulu. suffer kerana jantung berlubang.

kalau ada yang ingin bantu ringankan beban, marilah..

Mohd Said Abed Ell Fattah (bapa Tasneem)
Maybank 564593302381

Haslinda Shapiee (ibu Tasneem)
Maybank 114842009481

** Haslinda Shapiee adalah nama sebenar ibu Tasneem ini. "Julia" adalah stage name bagi Kak Julia sewaktu bekerja sebagai penyampai radio **

Anda boleh berhubung terus dengan Julia di talian 0169174750 (SMS).

Bantulah seikhlasnya, walaupun hanya RM1

Jasa baik sahabat-sahabat semua saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. Hanya Tuhan yang boleh membalasnya.

March 3, 2013

asal usul tarian moonwalk

moonwalk adalah sejenis tarian yang signifikan dengan Micheal Jackson.

dan ilham Moonwalk itu sebenarnya dari gelagat burung untuk memikat burung betina.

ini aku belajar dalam kelas Animal Behavior tadi..

dan ini buktinya...


February 8, 2013

50 sen

assalamualaikum, dan salam sejahtera.

lulz intro formal gila. haha.

saja nak share cerita dari fb. copy dari fb heliza helmi kalau x salah. bacalah.

aku baca ni, bila aku tengok diri aku balik, rasa nak nangis pun ada. memang dari kecik, setiap kali pergi solat Jumaat, bawak duit syiling untuk sedekah (kdg2 lupa jugak). yelah, tak tau pasaipa ntah, aku selalu rasa duit aku cepat je lesap. bukan lesap kena curi, tapi boros, kot. nak sedekah banyak, takut nanti diri sendiri lak susah nanti.

so bila baca citer ni, aku silap. budak ni yang ada 50sen sehari tu pun, boleh sedekah the only 50sen yg dia ada, constant tiap2 jumaat camtu.

baca je lah. tak tau nak tulih apa dah. huhu.

Kisah 50 sen

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah. berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua

February 5, 2013

giveaway!


dah lama x join giveaway ni, so malam tadi aku decide, kalau time blogwalking, ada terjumpa giveaway, aku join je.

so there it is.

klik banner kalau nak join.

so aku kena tag 5 orang.


ok cukup 5!

February 4, 2013

istikharah cinta

lagu ni lama dah cari. jumpa balik masa blogwalking smlm..thanks to this blogger, giving me the title.


 virus baru dah ni. haha. dah bape kali ulang ni. hadoi.

February 3, 2013

gejala hashtag

satu-satunya social media yang aku layan adalah facebook. takde pencicip2 ni (twitter). ok, ada la sign up buat akaun tu, tapi tinggal macam tu je la. tak reti. biar la korang nak kata aku ketinggalan zaman pun.

satunya pada twitter ni, gejala hashtag tu makin berleluasa kot.

yela. aku tengok kawan2 aku tu, letak satu gambar, tapi kat caption, satu perenggan hashtag.

contoh. gambar semangkuk maggi.

dalam caption #jimat #lapar #duit #tomyam #sedap #mylife #malaysian #duckface #bujang dan lain2 lagi la. yg kadang2 tu xde relate langsung dengan gambar. tu yang aku tak paham tu.

apa korang buat camtu, nak kasi trending ke?

walaupun aku xtau amende trending tu. haha.

kuno? memang pun. fb aku pun bahasa melayu.

February 2, 2013

kopi pagipagi

*dah tulis lama, lupe publish..

ini cerita kedai kopi.
realiti.
yang aku sendiri perhati.

isu biasa pagi hari
perlawanan bola sepak (bukan Malaysia vs Iraq, xde live pun smlm)
sambil minum kopi

berdebat formasi itu tak betul
pemain itu tak mantap
salah pengurusan
kehebatan pemain muda
kekayaan kelab beli pemain
macam-macam.

liga super jadi topik hangat pagi-pagi.
bagus untuk kemajuan bola sepak negara.


coach2 kat liga Malaysia patut turun ke kedai kopi.
dengar idea dan formasi orang2 tua ni.
mengalahkan expert. haha.

January 29, 2013

choosing

in this life, we have the power of choosing the things we want, and things we want to do.

pilih, master or kerja?

setakat detik aku menulis ni, pilihan aku lebih menjurus pada kerja la kot. tapi still tak menutup peluang untuk sambung belajar lagi.

nearly semester 8 dah weh. Ahmad Khir, pls grow up and act like an adult!

January 27, 2013

give back LOL

LOL here means "Lots of  LOVE"


time to give back. 

love you mama :)


*doakan mama saya cepat sembuh. amin

January 21, 2013

rehat

022

hari-hari lalu egonya umpama batu
umpama rasa diri serba-serbi cukup
tapi terlafaz syukur hanya satu dua kali
rukun qalbi, fi'li dan qauli masih cacat cela sana sini

 terkadang lupa Tuhan
namun kasihnya Dia sama sekali tidak lupa kita

 kalau penat, berhenti
 rebahkan tubuhmu dan pejamkan mata
 turunkan spek kau dan berehatlah

 tenangi hari kau
 kurangkan gundah dan bertasbihlah.

January 7, 2013

kasih sayang

suppose kena tido awal, since esok dah start thesis presentation. tapi lekat lak tengok running man ep lama2 tadi.

just nak share ni jer.




'Kawan'nya mati dalam satu kemalangan..dia duduk lebih berjam-jam bagi menyelamatkan bangkai kawannya dari digilis kereta..itulah alam haiwan bergelar anjing yang di cipta Allah mempunyai sifat kasih sayang yang jarang kita lihat.

Subhanallah..Maha suci ALLAH yang mencampakkan kasih sayang dalam hati makhlukNya..

Tapi manusia sekarang ada yang tidak berhati perut jika melihat orang kemalangan mereka membiarkan di jalan dan ada jugak yang langgar dan terus lari.



for sure aku nangis kalau nampak depan mata ni.

January 3, 2013

format

bila orang lain meletakkan high expectation pada kita, ada dua perkara kita boleh buat.

1. buat bodoh je. biar la dia nak expect apa pun kat kita. kita pun own expectation pun x ke mana, nak achieve expectation orang lain lak.

2. u make effort to fulfill those expectations, at least ada effort ke arah tu. jadikan semangat to drive out yourself, improve yourself. beban tak beban, cuba dulu.


of course, semua terletak pada kita. dalam diri kita sendiri pun dah ada unsur negatif itu ini. baru suruh ape2, suara2 halus di minda dah inject aura negatif. tak boleh, jangan la, busy la..

for some reason, jawapan no 2 come at first place. then bila dah give effort and still x achieve apa yg orang nak, jawapan no 1 akan keluar sebagai 'cover'. hahaha. well that's me indeed.

susah nak pupuk mindset ni untuk bentuk new way of thinking actually. bukan macam desktop atau laptop atau aplikasi2 moden sekarang yang bila masa tak berfungsi dengan baik, main game pun lagged, hanged selalu, virus berlambak, then kita pun leh stop everything and format. turns things new, again.

pasal mindset dah berlambak2 virus, hanged dengan banyak mende tak berfaedah, corrupted dengan agenda syaitan yang bukan kita tak tau benda tu dosa, tapi akal logik tetap nak buat.

recite Quran, it's the ultimate antivirus for our own mind.

dalam buku Pahrol Mohd Juoi yang aku baca, apa saja tingkah laku kita, dia sering kali libatkan dengan kekuatan solat kita. yes, ada orang solat, tapi still mencuri (kes curi kat unisza x habis2 lagi ni). yang merokok, yang tak jaga pandangan, yang curi tulang time kerja, semua ni dikaitkan dengan solat.

2013, improve solat, sampai terhindar semua yang negatif ni. insyaAllah.

January 2, 2013

nak jadi apa?

dah 2013. satu semester je lagi. dah fikir nak jadi apa?

JADI APA?

aku ditanya ingin menjadi apa bila lusa.
aku kata risau kenapa kerana Tuhan sudah tahu.
tambah aku lagi Tuhan Maha Kuasa.
apa kau tidak tahu?
lama, sedar aku sombong aku.
aku tidak pernah tahu.
jadi apa?


by: affah, Oct 2012