2004.
aku dapat henpon, pak su bagi. telefon nokia 3210. tau ke? sama macam nokia 3310 tapi lebih panjang dan berat. memang boleh mati anjing kalau kena lempar ngan henpon ni. dulu tak pikir mau style, asalkan ada, dah seronok.
walaupun henpon ni buruk dan tak elegan, pernah juga dicuri masa aku bawak kat hostel. tapi sebabkan ramai link, senang mau jumpa balik. huhu.
betapa berharganye henpon masa tu.
2005.
awal taun, aku tukar henpon nokia jugak, nokia butterfly ni. siap dah upgrade text kat situ. ayah aku yang beli, kat mane ntah. lupa. lampu putih. cantik la. huhu. bertahan dengan aku dalam 5 bulan rasanya. kawan aku buat hilang. dia pakai henpon ni, pastu tinggal dalam meja dalam kelas. memang sengaja cari nahas la kan. tapi silap gak, sebab kitorang pikir kelas kunci after abis skola, so takkan ada sape curi. bodoh gak la hilang henpon ni. kawan aku lak wat senyap je pasal henpon ni. adeh.
lepas tu, untuk sementara waktu, aku tak pakai henpon. dekat ujung taun, baru la mama abah bagi aku beli nokia 1110.
aku punya memang kaler ni la. henpon ni bertahan lama dengan aku. dari form 3 tu, sampai la zaman kat skolah alam shah. record gak la, sebab aku bawak henpon ni dari masa pendaftaran, dan kekal sampai abis form 5. huhu. cuma awal form 5 je ada kes. kena curi, dengan dormmate sendiri. memang sakit hati. haha. nasib baik tak lama lepas tu, dia keluar sekolah.
habis SPM, aku tukar henpon lagi. Nokia 5300. sebab aku suka layan music, so memang mau cari henpon yang ada mp3 camni la. express music ni best, sebab mp3 dia memang organize, senang nak susun lagu2 dalam mp3 list tu.
ogos lepas, aku tukar henpon. sebab henpon tu ada rosak sikit2, dan aku ada janji nak bagi kat adik aku. sekarang aku dah bagi henpon tu kat adik aku. aku pulak pakai sony ericsson w395. takde function menarik langsung. sebab theme, or ape2 application tak boleh masuk. tapi aku seronok jugak pakai, sebab keypad yang sangat best untuk ber-sms sampai lebam. haha. sekarang takde awek, kurang bermesej pun. jimat kredit..haha.
nuffnang ada promosi henpon LG Cookies. aku mula tertarik la pulak nak cuba. haha. rasa tak mampu la pulak. takkan mau abeskan duit PTPTN kat henpon je, kan?
bila guna duit sendiri beli henpon, rasa sayang nak tukar sesuka hati.