October 11, 2014

updates

10/10/1990.

alhamdulillah genap 24 tahun dah. tahun ni punya birthday, aku ada di Kedah. Sungai Petani. ya, sekarang bekerja di NAFAS.



Ada yang tanya, NAFAS tu apa? Melayu nya ialah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan. ibu syarikat pada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan jugak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

kerja di NAFAS setakat ni dah sebulan lebih. kerja bahagian ayam daging. A-Z. semua. dan seorang. bagus tak? huhu.

alhamdulillah, rezeki sebenarnya masuk NAFAS ni. and of course, experience at DPDC helps me a lot. terima kasih pada staf2 kat sana yang banyak bantu, dan tak kurang juga yang masih membantu.

hopefully, kerja ni sesuai dengan aku dan harap sangat boleh settle down dah. tak larat dah nak tukar2 kerja selalu. so NAFAS, please be good to me, and i will contribute a lot to you. please. haha.

ada masa, aku tulis lagi. 

July 19, 2014

new offer in line

last post in on march. wow!

okey asssalamualaikum, and selamat sejahtera pada yang membaca (kalau ada).

24 this years, and right now need to start act like 24. alhamdulillah, nearly 1 year in Dindings, but sadly jodoh tak lama. alhamdulillah, the boss also value my works here, and it's not easy to talk with my boss to release me.

Dindings (DPDC) helps me a lot in this one year. within this one year, I have learnt a lot what it takes in poultry industry, especially in broiler production. I love DPDC, but this new offer is rare and tempting.

takziah pada mangsa MH17. unlucky for MAS. two planes down in same year is really bad for big company like MAS.

March 7, 2014

Hanez Suraya vs Ultraman

ada dua isu yang menarik perhatian aku untuk gali details.

satu, isu Hanez Suraya yang rampas suami orang ke ape ntah. serius di facebook penuh. dan aku tak tau apa2.

dua, ultraman akan di-ban. tak pasti kenapa. nanti la aku korek.

apa si tukang ban ni, ada revenge apa2 ke dengan ultraman? haha. mana la tau, kecik2 tak dapat patung ultraman sampai membawak dendam sampai macam ni. ataupun banned ni ada kena mengena dengan Ultras Malaya punya performance masa lawan Filipina hari tu.


peminat kucing, mohon untuk like page ni.. support ye :)

https://www.facebook.com/pages/Anggerik-Champione/507654142650456?fref=ts

January 26, 2014

motivation

nearly 3 years.

Ya Allah, please give us strength and lead us with Your guidance. 


beside my family, she's the one that drive my motivation to succeed, back then and now, and hopefully till the end. 
  
rasanya ni the first pic of us together. taken by my classmate. 

:)




January 19, 2014

positif

"benda kalau kita awal-awal fikir dah susah, jadi susah la jugak nanti"

jadi, teruskan hidup.
dengan positif.

hidup kita bukan sekadar kerja.
bukan sekadar rumah keluarga
atau lepak mamak sama-sama kawan.

hidup kita
kena beringat.

cari dunia
dan kenal dunia
untuk kenal Tuhan. 

January 15, 2014

gagal awal-awal

nampaknya, awal-awal 2014 lagi menyaksikan beberapa keinginan aku berubah sudah gagal. masih ada perkara lama yang masih dibuat, atau terbuat atau saja buat.

dan bila jadi macam ni, mula la fikir. sama ada buat je la. kan dah gagal matlamat sendiri, so tak kisah dah la akalau masih nak buat. ataupun boleh fikir, 2014 masih awal. so ada lagi peluang untuk berubah. tak payah tunggu tahun depan.

doakan aku kuat di hari-hari mendatang. 

January 12, 2014

random

apa kejadahnya polis buat roadbloak nak tengok IC lesen bagai, tapi berdiri sebelah pintu co-driver?? nak terjenguk2, terhulur2 tangan aku ke sebelah sana. 

makcik depan aku bawak kancil, kesian dia. tingkap dia manual. kau bayangkan la makcik tua tu nak turunkan tingkap macam mana.

ditegur, kata kita melawan pulak. 

hadoi la orang sekarang. logik semua letak mana ntah. tak boleh fikir?

January 4, 2014

2014

dua bulan tak update! new record!!
*ayat macam ada je yang baca blog ni.. haha.

pertama, selamat tahun baru 2014. yang baik dari 2013, kita bawak kenangannya bersama. yang tak berapa baik, ingat jugak, tapi ingatan supaya 2014 tak diulang lagi yang tak baik itu.

2014 semakin mencabar dengan kos sara hidup yang melampau-lampau tinggi. maafkan patik, bukan berpolitik tapi itu realitinya. aku belum dijelaskan dengan sewajarnya tentang kenaikan sara hidup ini, ataupun aku sekadar malas mau google.

tapi satu soalan la. apa pemikir2 dasar negara ni tak fikir tentang kemarahan rakyat marhaen ke sebelum keputusan mereka dimaktubkan?

mari la sama2 doakan, 2014 berjalan lancar. sejahtera semuanya. moga dipanjangkan usia dan doa apa saja yang baik2 saja.


in sha Allah, 2014 akan terus menaip di sini. kalau ada rezeki, mungkin menaip untuk satu level lain pulak.

amin~